Info terkini mengenai maintain ESP

. Sunday, June 19, 2011
0 comments

Mulai serta merta, para peserta baru yang menghadiri mana mana bengkel ESP boleh melakukan maintain 150pv dan mendapat status PLX 20%. Ini merupakan peluang besar untul mencipta kejayaan.

Program Jelajah KPJ ESP bersama Pengarah Urusan

. Friday, June 17, 2011
0 comments

Berikut adalah Jadual Program Jelajah KPJ ESP bersama Tuan Haji Ismail bin Ahmad

18 Jun A STAR SHAHAB PERDANA
19 Jun SP. DEWAN UMAR MUKHTAR
20 Jun PENANG. - B-SUITE HOTEL, PENANG
21 Jun IPOH. - CAWANGAN IPOH
22 Jun KANGAR. - HQ HPA
23 Jun HPAic.
24 Jun JOHOR. - HPA JOHOR BHARU
25 Jun MELAKA. - HALAL MART AYER KEROH
26 Jun KUANTAN.
27 Jun K TERENGGANU.
28 Jun KOTA BHARU.

Pasar ESP akan bermula pada seawal jam 9.00 pagi
Program kuliah akan bermula pada jam 8.30 malam
Promosi pembelian minyak But But menanti anda semua
Sebarkan demi PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Bila ESP pusingan ke dua.....

. Sunday, June 12, 2011
0 comments

Salam.
Harapan GM agar bila diberikan secara percuma, maka PJS, Pelapis, Agen Stok, Mentor serta Mentee di minta mengambil secara serius dan pastikan di gunakan sebaik mungkin dan jangan ambil mudah. Pastikan bakal peserta yang hadir adalah mereka yang mahukan kejayaan dan mahukan perjuangan Produk Halal.
Ambil peluang ini secara positif dan lakukan dengan penuh semangat dan bertanggungjawab. Moga kita semua akan mendapat petunjuk serta rahmat dari Allah swt.
Wslm..

ESP Pusingan Ke Dua Semenanjung Malaysia.

.
0 comments

Salam
Setelah kita berjaya menyelesaikan pusingan pertama dengan jayanya, maka ESP Pusingan Kedua akan dijangka lebih menarik. Istimewa pada warga HPA, ESP pusingan kedua kehadirannya adalah percuma. Kita mensasarkan kapasiti ESP kali ini dijangka mencecah 1000 perserta.
Sehubungan dengan ini, rebutlah peluang di tempat terhad dengan mengadirkan rangkaian baru khususnya ke ESP pusingan kedua..
Manakala ESP pusingan pertama di KK, Sabah masih lagi dikenakan bayaran.
Sekian. Wasallam.

Info Lanjutan PBC (Semenanjung Malaysia )

. Monday, June 6, 2011
0 comments

Salam
Berhubung dengan pandangan beberapa PJS mengenai pertimbangan PBC di lanjutkan hingga bulan Jun 2011, diatas alasan penginapan program yang sudah di tempah dan di bayar deposit serta ujud tindakan pengumpulan NM pengedar, maka HPA bersetuju untuk melanjutkan PBC hingga akhir Jun 2011. Namun demikian penganjur PBC di wajibkan mendapat kelulusan dari Presiden Kelab (KPA,KPU, KPT dan KPS) terlebih dulu supaya tidak ujud pertindihan program dengan ESP.
Sehubungan dengan itu, sila selesaikan masaalah pengumpulan NM. tempahan hotel dan apa apa yang berkaitan dengan PBC pada bulan Jun ini dan selepas ini PBC akan di mansuhkan dan di gantikan dengan ESP.
Sekian. Mohon perhatian.
Wasallam

Info Terkini Mengenai ESP dan PBC

. Thursday, June 2, 2011
0 comments

Salam pada seluruh warga HPA Malaysia
Berikut adalah keputusan hasil mesyuarat antara Pengarah Urusan, GM, AGM Zon dan Pres Kelab KPA, KPT, KPU dan KPS.
1. Semua program PBC di hentikan bagi memberikan fokus kepada Real Business ESP. Namun demikian PBC di benarkan buat masa ini di wilayah Borneo kerana ESP belum dilaksanakan.
2. Semua peserta ESP yang ingin mencapai status PLX 20% ESP dikehendaki melakukan maintain 150 PV keatas mana mana produk di Pasar ESP. Kepada peserta ESP yang tidak sempat untuk melakukan maintain pada hari ESP di pasar ESP, di bolehkan untuk melakukan maintain di mana mana cawangan HPA dalam tempoh 3 hari selepas ESP.(hanya di cawangan HPA sahaja).
3. Bagi peserta ESP yang tidak sempat untuk melakukan maintain dalam tempoh seperti yang di sebut atas, peserta ESP masih lagi boleh melakukan maintain di mana mana BENGKEL ESP.
4. Semua peserta ESP adalah di sarankan supaya meneruskan program Bengkel dimana anda akan di perkenalkan dan di bimbing oleh para Mentor bagi tujuan pencapaian sukses selama 3 tahun.

Penangguhan ESP Ipoh

. Wednesday, May 11, 2011
0 comments

Salam
Di sebabkan oleh sesuatu perkara yang tidak dielakan, ESP Ipoh terpaksa di tangguh. Sehubungan dengan itu para peserta yang telah mendaftar boleh menggunakan tiket tersebut ke ESP yang lain ( terdekat pada 22hb Mei 2011 di USM Penang ). Sebarang kesulitan sila hubungi KPU dan KPA.
Pihak HQ amat memohon maaf diatas penangguhan tersebut.

Mohon Maaf

. Sunday, May 8, 2011
0 comments

Blog ini terhenti seketika sebelum ini kerana ada sedikit kekeliruan mengenai password. Insyallah dah oke.

Kepada PJS yang masih belum hadir untuk Akujanji

. Wednesday, April 13, 2011
0 comments

Salam
Semua PJS yang belum hadir untuk majlis akujanji di minta untuk menyertai ESP di Putra Palace, Kangar Perlis sebagai syarat akujanji.
Sekian. Wasalam

Kowahida di jangka mengistiharkan dividen 10% untuk 2010

. Tuesday, April 12, 2011
0 comments

Salam pada seluruh anggota Ko Wahida HPA
Insyallah Kowahida dijangka mengistiharkan dividen sejumlah 10% kepada para pelabur untuk tahun 2010. Pembayaran dividen akan dilakukan setelah selesai Mesyuarat agung tahunan yang dijangkan berlangsung pada bulan Jun ini.
Sekian. Wasallam

ESP Putra Palace Kangar Perlis

Salam
Adalah dI maklumkan bahawa semua peserta ESP di kehendaki hadir tepat pada waktunya di mana pendaftaran bermula dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.
Begitu juga peserta di sarankan memakai pakain kemas. Baju T dan kasut selipar atau sandak biasa adalah tidak di galakan.
Seperti biasa HQ akan menyediakan stok 5 produk yang utama pada hari tersebut bagi membolehkan peserta baru melakukan maintain 150PV.
Sekian wasalam

ESP MITC Melaka

. Saturday, April 9, 2011
0 comments

Alhamdulilah
ESP pertama kali di ESP di MITC telah berjaya dengan suksesnya dengan kehadiran menepati sasaran.
Tahniah pada seluruh Komuniti KPS
Tahniah pada seluruh AJK ESP
Tahniah pada PJS yang terlibat
Kita merealisasikan Kecukupan Produk tanggungjawab kita semua. 5 produk utama disediakan sejumlah besar (3 buah lori).
Peserta ESP siap gempur!!!!

Info pada Peserta ESP

. Saturday, April 2, 2011
0 comments

Salam
Kepada peserta ESP yang masih pengedar biasa (berpangkat PB dan bukan wakil) akan di berikan status PLX 20% sekiranya mematuhi program ESP sepenuhnya dan melakukan pembelian 150NM di pasar ESP pada hari tersebut. Sila sebarkan.

Info khas buat seluruh pengedar Malaysia.

. Thursday, March 31, 2011
0 comments

Salam. Di sebabkan beberapa faktor spt banjir dan kesiapan produk maka tempoh maintain pembelian di cawangan bagi bulan Mac 2011 dilanjutkan sehingga 7hb Apr 2011.

ESP sebagai Program Terkini HPA

. Monday, March 28, 2011
0 comments

Salam pada seluruh komuniti. ESP adalah program utama dalam MLMS HPA. Sehubungan dengan itu sekiranya ESP di laksanakan, maka program HPA yang lain seperi PBC dsbnya akan di tangguhkan. Ini memberi laluan kepada ESP.

Tarikh terdekat ESP adalah pada 9hb Apr 2011 di MITC, Melaka. Sila pastikan kehadiran yang terhad kepada 250 peserta. Sila pastikan anda yang awal menyertainya. Sila hubungi KPS ( Pn Habibah Yusof dan AJK KPS untuk memastikan anda adalah peserta awal yang akan menerima menfaatnya.

Tempat program belum muktamad. Makluman terkini akan diberitahu dari masa kesemasa.

Syarat baru PBC

. Saturday, March 26, 2011
0 comments

Salam
Mulai 1hb apr 2011, syarat baru peserta PBC mencapai kelayakan PLX 20% adalah dengan melakukan maintain min 150NM pada bulan PBC. Sila hubungi Pres Kelab jika ada sebarang kemuskilan.
Sekian. Wasallam

Al Fatihah

Dukacita di maklumkan bahwa Ust Kamarulzaman suami kepada PJS Zarirah Melaka telah kembali ke rahmatullah kelmarin. Moga Allah mengampuni segala kesalahan dan meletakkan beliau bersama para mukminin.

Kini Radix Goat boleh di tempah terus dari Koperasi

. Thursday, March 24, 2011
0 comments

Salam pada seluruh pengedar HPA
Mulai besok tuan dan puan para pengedar boleh menempah produk RadIx Goat melalui koperasi.
Sila hubungi pegawai Koperasi untuk tujuan tersebut.
Wasallam

ESP

. Wednesday, March 23, 2011
0 comments

Program ESP adalah Eksklusif Sehari 14 jam bersama Pengarah Urusan.
Lembaga Pengursan HPA dan wakil pemimpin Zon hadir pada hari ini untuk taklimat lengkap mengenai ESP.
ESP ada suatu pembaharuan program latihan mengenai penghayatan serta perjuangan hakiki HPA
ESP mengabungkan lebih kurang 40 AJK yang akan memastikan perjalanan progran berjalan dengan lancar dan memuaskan.
ESP menjemput tuan dan puan para distributor HPA khusus PJS, Pelapis, Herbalis dan pengedar HPA menghadiri dengan menghubungi pimpinan Kelab KPA, KPU, KPS dan KPT.

Maklumat lanjut akan di keluarkan dari semasa.

Aktiviti Koperasi terhadap Kopi Radix

. Wednesday, March 9, 2011
0 comments

Koperasi Wahida kini berjaya menyelasaikan sebahagian masaalah dengan kerjasama HPA bagi tujuan pasaran kopi radix. Bagi Agen Stok Malaysia yang ingin oder pada nilaian minima RM 1200 sila hubungi terus ke En Naim 0124944778.

Program Bersepadu Borneo BERJAYA

. Monday, March 7, 2011
0 comments

Salam
Tahniah kepada
Staf HPA Borneo
Komuniti Sarawak
Komuniti Sabah
Komuniti Brunei
Penceramah dan Motivator Jemputan (PJs Aznan, Pjs Ust Ramizu, Pjs Hadfizan, PJs Hj Khalid, Pjs Saifulain dan semua sekali)
Komuniti MIRI yang bergerak cergas

Di atas kejayaan yang sungguh baik dalam menjayakan Program Bersepadu
BENGKEL AGEN STOK
SEMINAR MLMS
MEGA PBC
PERASMIAN PELAPIS
KPJ KHAS

Moga kita akan lebih cemerlang

Salam pada Pengurus Zon

. Friday, March 4, 2011
0 comments

Salam
Sila hubungi seluruh agen stok di bawah pentadbiran anda dan mohon mereka segerakan pembelian software LENGKAP dengan Koperasi Wahida Bhd. Ini amat mustahak kerana proses data ahli dan jualan akan menggunakan sistem ini.
Sekian. Wasallam

Kopi Papan dan Kopi Jumbo

. Thursday, March 3, 2011
0 comments

Kepada para agen stok khususnya sila buat oder kopi papan dan jumbo melalui seperti berikut
1. Puan Siti Zawiyah Kak Noor dan Ust Kamal bagi Zon Timur
2. En Azizan Ahmad bagi Zon Utara
3. En Hadfizan bagi Zon Tengah
4. Pn Alimah Sam dan Ros Julila bagi Zon Selatan

Kini urusan penjualan kopi secara pukal akan di uruskan terus oleh Koperasi Wahida.
Wasallam

SIstem Agen Stok LENGKAP

Salam
Alhamdulillah sistem perisian terkini Agen Stok secara online LENGKAP akan di lancarkan besok di MIRI dan selepas ini akan di perluaskam ke seluruh Malaysia dan kita menjangkakan selewat lewatnya bulan jun 2011 semua agen stok akan menggunakan sistem tersebut dan persyaratan baru permohonan agen stok adalah memiliki perisian tersebut.
Selepas ini tuan dan puan selaku agen stok sila mendapatkan perisian tersebut yang dijual melalui Ko Wahida dengan menghubungi pejabat Koperasi Wahida pada waktu pejabat atau menghubungi terus En Zikry 0174253342 atau En Yazid 0175510046. Perisian tersebut akan mula di jual pada minggu hadapan.
Terma order
RM 400 di bayar secara berperingkat selama 4 bulan
Pembayaran awal secara tunai di online ke akaun Koperasi Wahida
Pembayaran selanjutnya di buat secara potongan bonus
Wasallam

Recyle botol plastik untuk TABUNG MANHAL

. Friday, February 25, 2011
0 comments

Salam kepada seluruh warga HPA
Mulai sekarang tuan dan puan boleh melaksanakan sumbangan kepada MANHAL dengan memulangkan botol botol plastik semua jenis air minuman dan botol plastik produk ubatan herba ke seluruh cawangan dan kios sebagai projek kitar semula untuk penghasilan plastik sampah. Keuntungan penjualan plastik sampah akan di masukan kedalam tabung MANHAL.
Sekian

Berakhirnya MANTAP Siri 1

GM mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada seluruh peserta MANTAP di atas kejayaan mereka yang begitu baik. Kenyataan dari Tuan Haji Ismail bin Hj Ahmad selaku Pengarah Urusan 1 HPA, bahawa MANTAP akan dijadikan program utama selain PBC, PIC, Herbalis dsbnya. Sehubungan dengan itu saya menyarankan pada seluruh PJS dan Pelapis yang belum menyertai MANTAP supaya mendaftar pada program akan datang. Ini kerana MANTAP merupakan salah satu syarat utama kelayakan menjadi PJS dan PELAPIS pada akan datang.
Tahniah pada seluruh peserta
Tahniah pada seluruh AJK
Terima kasih pada Team Penunjuk Arah Banjaran Nakawan
Terima kasih pada Eagle Resort Bukit Ayer

MANTAP menguji sejauh mana ketahanan minda. Bila minda kita hebat, maka ia akan mengatasi kelemahan fizikal kita steterusnya melahirkan kekuatan luar biasa.

Arahan semasa ke enam dan info MANTAP

. Sunday, February 20, 2011
0 comments

Salam
Keistimewaan program MANTAP adalah tuan dan puan akan di iringi oleh Pengarah Urusan serta penunjuk arah menjelajahi Banjaran Nakawan yang menghubungkan Negara Thailand dan Perlis Indera Kayangan. Kita akan di bawa melihat khazanah hutan yang penuh dengan kekayaan herba.
Sehubungan dengan itu arahan ke enam adalah setiap peserta di wajibkan membawa SARUNG TANGAN kain kasar ( boleh didapati di kedai hardware ).
Sekian. Wasallam

Info kepada PELAPIS

. Saturday, February 19, 2011
0 comments

Salah satu syarat utama didalam program kenaikan ke PENGARAH JATI SETIA adalah telah menyertai dengan jayanya program MANTAP. Begitu juga dengan syarat perpanjangan syarat PJS dari masa ke semasa di mana salah satu dari syarat utama adalah penyertaan di dalam program MANTAP.

Arahan semasa ke lima

. Friday, February 18, 2011
0 comments

Khusus untuk peserta wanita
Warna KAIN TUDUNG untuk peserta wanita adalah putih tidak bercorak. Sila patuhi arahan ini tanpa bantahan. Sila sebarkan pada para peserta.

Peringatan Keras kepada Peserta MANTAP

HQ melarang sama sekali kehadiran peserta MANTAP menggunakan proksi individu. Sekira proksi hadir maka pihak HQ tidak akan membenarkan dan segala kos adalah tanggungjawab sendiri.

Arahan keempat Program Mantap (AMAT TERLALU PENTING)

. Thursday, February 17, 2011
0 comments

Mohon semua peserta yang membaca blog ini khususnya para presiden supaya menyebarkan arahan keempat.
Arahan: Sila pastikan semua peserta membawa KAIN TUALA dan KAIN BASAHAN MANDI. Kegagalan membawa 2 perkara ini akan menyebabkan anda gagal untuk mandi.
SEKIAN

Program Pemantapan Kini di Isytihar " MANTAP "

. Monday, February 14, 2011
0 comments

Salam pada bakal peserta
Siapkan Mental & Fizikal mulai sekarang. Lakukan perubahan diri.
MANTAP akan memantapkan anda semua.

Info tambahan
Peserta di sarankan supaya tidak membawa barang berharga seperti barang kemas dsb serta jumlah wang yang banyak. Pihak urusetia bagaimana pun menyediakan khidmat menyimpan barang barang tersebut sekira para peserta memerlukannya.

Arahan Ketiga Peserta Pemantapan PJS, Pelapis dan Ex Herbalis

. Saturday, February 12, 2011
0 comments

Salam.
Kepada Presiden dan SU KPA, KPU, KPS dan KPT
Peralatan dalam kumpulan
Setiap Kelab dikehendaki menyediakan seperti berikut;
1. 4 biji periuk nasi berkapasiti 10 orang makan bagi setiap periuk.
2. 4 biji periuk lauk berkapasiti 10 orang makan bagi setiap periuk.
3. Senduk yang secukupnya.

Kepada seluruh peserta di kehendaki membawa pinggang dan gelas sendiri untuk tujuan makan.
Begitu juga setiap peserta wajib membawa 3 Pen Marker(Merah, Biru dan Hitam).

Selamat membaca dengan penuh kesabaran dan insyallah kejayaan bersama kita semua.

Arahan Kedua Bakal Peserta Pemantapan PJS dan Pelapis

. Friday, February 11, 2011
0 comments

Semua peserta dikehendaki wajib mendaftar seperti berikut;
22hb Feb 2011 jam 6.00 petang
Lokasi: Hotel Amir Ramadhan, Komplek Wahida, Jejawi, Perlis
Kos pendaftaran: RM 100 perorang( termasuk penginapan, pengankutan dan makanan )

*SILA BAWA BEKALAN MAKANAN SENDIRI SEPERTI SARDIN HPA, BERAS, BAWANG, LIMAU NIPIS dan MINUMAN HPA

Arahan Pertama Peserta Program Pemantapan PJS dan Pelapis

Semua peserta di wajibkan untuk menghafal 2 lagu UNIC
1. Lagu Usahawan
2. Hijrah
Sila dapatkan album UNIC dan pastikan tuan dan puan menghafal lagu tersebut.

Program Pemantapan PJS dan Pelapis pada 23&24hb Feb 2011

. Tuesday, February 8, 2011
0 comments

Perhatian seluruh PJS dan Pelapis Malaysia
Kepada tuan dan puan yang mendaftarkan diri menghadiri program pemantapan PJS dan Pelapis pada 23 & 24 hb Feb 2011 di Taman Herba , Bukit Ayer, Perlis diminta untuk seperti berikut;

1. Reconfirm kehadiran anda dengan menghubungi setiausaha PJS Kelab masing masing atau sms terus ke En Kamal pada no hp 0134804717 selewat lewatnya pada 15hb Feb 2011.
2. Bagi yang tidak mendaftar tetapi ingin hadir boleh memohon dengan menghubungi terus En Kamal.
3. Peralatan wajib di bawa;
- peralatan mandi (sabun, ubat gigi, tuala dsbnya)
- pakaian sukan ( kasut, seluar sukan, t shirt bagi lelaki dan pakaian sukan untuk muslimat)
- pakaian solat termasuk sejadah
- selipar
- alatan menulis termasuk buku nota, marker pen, pen, pensil dan yang difikirkan perlu
- Al quran dan Wirid Matsurat
- Ubatan sendiri seperti minyak but but dan produk HPA yang difikirkan untuk kegunaan sendiri.
4. Peserta tidak di sarankan membawa peralatan komputer pada hari program tersebut.
Sebarang perubahan atau penambahan maklumat akan GM infokan dari waktu ke waktu.
Sekian. Wasallam

Modul Khas Perlatihan JAWI Water Filter & Jam Tawaf

. Wednesday, February 2, 2011
0 comments

Salam
Pres dan Pres Pelapis KPA, KPU, KPS, KPT dan KPB
Pengurus Zon
GM akan turun ke zon untuk mengadakan taklimat khusus mengenai latihan khusus untuk penjualan produk tersebut.
Tarikh dan lokasi akan di maklumkan dalam waktu terdekat.

Harga baru produk HPA mulai 1hb Feb 2011

. Monday, January 31, 2011
0 comments

Harga Senarai baru produk HPA 2011.

# Download excel: http://hpa.com.my/produk/harga2011.xls
# Melihat terus di web: http://www.hpa.com.my/produk

Berkuatkuasa 1hb Feb 2011. Harap maklum

Nota: Semua yaang terlibat sila hebahkan

Pertanyaan hubungi Puan Rashidah (049776805) atau En.Kamal (013-4804717)

Info khas buat PJS dan Pelapis

. Wednesday, January 26, 2011
0 comments

Salam
1. Semua PJS dan Pelapis di jemput untuk menghadiri program sehari bersama Pengarah Urusan mengenai latihan bengkel LDK produk baru HPA yang akan di lancarkan pada waktu konvek ini.
Lokasi di HPAIC
Tarikh: 1hb Feb 2011
Jam: 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Jamuan makan tengahari di sediakan.

2. Masih ada PJS yang belum memberikan maklum balas mengenai respon kehadiran mereka di konvek. Kelewatan memberikan maklum balas akan menyebabkan tuan dan puan tidak di peruntukan tempat duduk disebabkan ruangan yang terhad.

Sekian. Wasallam

Perhatian Pusat Jualan dan Pusat Agensi Semenanjung Malaysia

. Saturday, January 22, 2011
0 comments

Salam
Satu perjumpaan khas antara Pengara Urusan 2, GM MIS dan GM AWM bersama Pusat Jualan dan Pusat Agensi seluruh semenanjung akan diadakan bagi membincangkan khusus mengenai pengedaran dan rancangan hadapan Kopi Radix.
Sehubungan dengan itu semua Pusat Jualan dan Pusat Agensi dikehendaki hadir pada seperti berikut;

Tarikh: 26hb Jan 2011
Lokasi: HPA Cawangan Shahab Perdana, Alor Setar
Jam: 9.00 pagi

Sila hubungi Puan Rashidah dan En Kamal untuk perkembangan lanjut

Perjumpaan Majlis Tribunal PJS Malaysia

. Friday, January 21, 2011
0 comments

Salam
Mohon yang tersenarai di bawah supaya dapat menghadiri pada majlis Tribunal yang akan di pengerusikan oleh Pengarah Urusan.
1. KPA: PJS Hadfizan, PJS Rosmandi, PJS Hj Marjuni, PJS Hj Khalid Iskri dan PJS Jamaluddin Yeop Majlis.
2. KPU: PJS Azizan, PJS Ust. Zahir, PJS Cikgu Nazri, PJS Asri dan PJS Jamaliah.
3. KPT: PJS Ramizu, PJS Jaafar Abd Ghani, PJS Siti Zawiyah, PJS Ust Jamaludin dan PJS Ust Kamal.
4. KPS: PJS Habibah, PJS Rahmat, PJS Alimah Sam, PJS Shafie dan PJS Maslizar.
Tarikh: 25hb Jan 2011
Jam: 0930 pagi
Lokasi: Pejabat PPU Sungai Patani.

Sila hubungi En Kamal sekiranya tuan/puan memerlukan tempahan bilik dan urusan yang berkaitan.
Sekian. Wasallam

Mengemas kini syarat penajaan semula

. Wednesday, January 19, 2011
0 comments

Salam
Penajaan semula ada beberapa syarat tambahan yang perlu di lakukan supaya tidak ujud kes penipuan.
1. Penajaan semula hendaklah di buat oleh tuan tubuh berkenaan dan di kehendaki untuk mengisi borang khas yang boleh didapati di semua cawangan mulai minggu hadapan 23hb Jan 2011.
2. Salinan photostat kad pengenalan adalah suatu kewajipan.
3. Perlu tandatangan dalam borang tersebut bagi mereka yang hendak menaja dan mereka yang hendak di taja semula di dalam borang tersebut.
4. Sekiranya didapati pengaduan orang yang hendak di taja semula tidak tahu menahu dan berlaku penipuan mengenai salah laku meniru tanda tangan dan di dapati benar akan kesalahan tersebut, maka pihak syarikat tidak akan teragak agak mengambil tindakan tata tertib kepada mereka yang terlibat dalam melakukan kesalahan tersebut.
Sekian

Pada Agen Stok Seluruh Malaysia

. Wednesday, January 12, 2011
0 comments

Salam
Insyallah program perisian baru sistem agen stok online sudah memasuki fasa akhir dalam penyiapan. Kita akan melaksanakan berperingkat mulai Mac 2011 dan dijangkakan seluruh agen stok akan menggunakan perisian tersebut menjelang Jun 2011.
Sehubungan dengan itu agen stok di sarankan memliki dan memahirkan penggunaan komputer bagi memastikan perjalanan perisian tersebut berjalan dengan lancar.
Kelengkapan yang perlu di sediakan
1. Set komputer atau notebook
2. Anti Virus yang high kapasiti bagi tujuan mengelak dari serangan virus, spam dsbnya.
3. Printer utk isu inbois, lapuran dsbnya
4. Sistem internet broadband atau talian strymx atau lain talian.

Koperasi Wahida juga ada menyediakan perkhidmatan jual beli secara ansuran dan sila hubungi koperasi sekiranya tuan dan puan berhajat.

Sekian
Wasallam

HPA menjadi ahli PPIM

. Saturday, January 8, 2011
0 comments

Adalah di maklumkam HPA telah memohon untuk menjadi ahli PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) dan insyallah kita akan meneruskan lagi usaha untuk mengembangkan ekonomi umat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh dunia umumnya.

Tambahan soal jawab mengenai penajaan semula

. Thursday, January 6, 2011
0 comments

Ada yang bertanyakan soaln

Siapakah yang seharusnya memohon untuk proses penajaan semula? Individu tersebut atau Si penaja?

Jawapannya adalah sepatutnya Individu atau pengedar yang ingin di taja semula yang kena buat permohonan dan sebaiknya di bantu oleh si penaja.

Penjelasan lengkap Penajaan Semula

. Wednesday, January 5, 2011
0 comments

Kenapa penajaan semula boleh di lakukan?
Ini adalah bertujuan untuk memberikan peluang sesaorang yang telah di taja sebelum ini tetapi berstatus tidak aktif membuat pilihan semula sama ada untuk kekal di jaringan lama atau mencari jaringan baru atas pilihannya sendiri.

Apakah yg di maksudkan dengan tidak aktif?
Tidak aktif bermaksud tidak aktif sebagai seorang PENGEDAR. Kelayakan menerima bonus sesaorang pengedar adalah minima 50NM maintain perbulan. Jika ia melakukan maintain peribadi di bawah 50NM ia hanya di anggap sebagai Pengedar yang bersifat pengguna biasa yang di kategorikan sebagai PENGEDAR TIDAK AKTIF.

Berapa jangka masa ketidakaktifan sesaorang pengedar itu melayakan ia boleh di taja semula?
Seorang yang tidak aktif selama 12 bulan semasa hendak di taja, layak memohon untuk penajaan semula.

Apakah ia mengambil kira tahun bila ia mendaftar menjadi ahli?
Ada dua jawapan
1. Ia tidak mengambil kira bila ia menjadi ahli asalkan jumlah edah beliau tidak aktif adalah selama 12 bulan.
2. Sekiranya usia keahlian sesaorang itu di bawah 12 bulan, maka ia belum layak untuk di taja semula sehinggalah usia menjadi ahli cukup 12 bulan dan dalam keadaan beliau tidak aktif.

Apakah pangkat dan rangkaian boleh di bawa bersama?
Kena faham istilah penjaan semula dan pindahan rangkaian. Kita tidak membenarkan sama sekali pindahan rangkaian dan pangkat. Jawapannya ada penajaan semula bermaksud dia akan di taja sebagai pengedar baru yang berpangkat pengedar biasa tanpa membawa rangkaian, pangkat maupun timbunan nilai mata yang dia miliki sebelum ini.

Bagaimana proses penajaan semula itu boleh di lakukan?
Sesaorang yang ingin melakukan penajaan semula di kehendaki memohon terlebih dahulu dan mendapatkan kelulusan dari pihak AWM. Adalah di ingatkan mereka tidak di benarkan melakukan apa apa pembelian sebelum penajaan baru di luluskan. Ini adalah untuk mengelakan berlaku kesilapan dalam pengisian data oleh pihak MIS.

Sebarang kemuskilan sila hubungi en Kamal pada no hp 0134804717 atau email jatidiri09@yahoo.com.my
Wasallam

Salam Tahun Baru 2011

. Friday, December 31, 2010
0 comments

Salam
GM mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat memasuki tahun 2011 dengan harapan kita akan lebih baik dari sebelumnya. Insyallah tahun 2011 ini kita akan membuat beberapa pembaharuan seperti berikut;
1. Penajaan semula akan di benarkan kepada pengedar yang tidak melakukan maintain bersyarat 50NM selama tempoh setahun(12 bulan). Ini bermakna sekiranya sesaorang yang ingin di taja harus dipastikan ia tidak melakukan aktiviti minima maintain 50NM dan tidak mengambil kira tahun bila ia menjadi pengedar HPA. Ini juga termasuk membolehkan mereka yang melakukan pembelian di bawah 50NM boleh di taja semula.
2. Program perlatihan Pelapis akan di buat di setiap zon selewatnya bulan April 2011 dan diminta semua Presiden Pelapis menghubungi En Kamal untuk menentukan tarikh perlatihan.
3. Semua program PBC akan di teruskan dan disusun oleh PJS mengikut zon masing masing. PBC Mega di sarankan minima tiga bulan sekali di setiap zon.
4. Semua agen stok akan mulai menggunakan sistem pengurusan online selewat-lewatnya Jun 2011 bagi memudahkan penghantaran dan kawalan data oleh pihak MIS.
5. PJS Malaysia dan Indonesia akan memulakan program Motivasi Silang dalam program yang dianjurkan oleh AWM dan AWMIT khusus dalam pembentukan dan pembangunan program kepimpinan.
Sekian. Wasallam

Cuti Umum Pada 31hb Dis 2010

. Thursday, December 30, 2010
0 comments

Adalah di maklumkan besok adalah cuti umum menyambut kemenangan pasukan bolasepak negara Malaysia. Bagaimana pun semua cawangan HPA tetap beroperasi seperti biasa.

Khas buat Sabah, Serawak dan Brunei Ds

Info awal supaya semua warga HPA bersedia menggempur HPA di Borneo
Sila buat persiapan awal.
LOKASI:1)DEWAN PUSTAKA MIRI,SARAWAK
       2)PERKAMPUNGAN PERTONAS MIRI,SARAWAK
SASARAN:PENGEDAR HPA
 
4 MARCH 2011 (JUMAAT)
PROGRAM:BENGKEL AGEN STOK (PAGI)
MOTIVATOR:PUAN RASHIDAH ABD RAHIM
SASARAN PENGGUNAAN SISTEM ONLINE KPD AGEN STOK

4 MARCH 2011 (JUMAAT)
PROGRAM:SEMINAR MLMS (MALAM)
MOTIVATOR:UST AHMAD ADNAN

5 - 6MARCH 2011 (SABTU,AHAD)
PROGRAM:MEGA PBC
MOTIVATOR:PENGARAH URUSAN/EN MOHD FAISOL/PJS HAFIZAN
 
6 MARCH 2011 (AHAD)
PROGRAM:PENUBUHAN PELAPIS/PJS BORNEO
MOTIVATOR: PENGARAH URUSAN/EN MOHD FAISOL/PJS HAFIZAN

 
NORMALINA BT SHARONI
Penolong Pengurus Pentadbiran / PA
Bahagian Pemasaran
Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.
dew_beater1505@yahoo.com
04- 977 4716 @ 019-221 2073

Kenyataan Resmi Program Waktu Malam.

. Wednesday, December 29, 2010
0 comments

Salam
Kepada PJS, Pelapis, Pimpinan Komuniti dan Staff Cawangan HPA Malaysia
Sehubungan dengan isu program khusunya di waktu malam, berikut adalah kenyataan resmi dari AWM.
Semua program cawangan boleh menjalankan program pada waktu malam seperti sedia kala dengan saranan dari pihak AWM mematuhi aturan dan etika yang di tetapkan. Diantaranya adalah seperti berikut;
1. Bagi wanita di sarankan datang bersama mahram bagi mengelakan salah faham.
2. Program hendaklah di tamatkan selewat-lewatnya jam 11.00 malam bagi membolehkan semua aktiviti lain seperti pengurusan di cawangan selesai sebelum 12.00 malam.
3. Mematuhi peraturan seperti menjaga harta, kebersihan dan hal hal yang berkaitan dengan cawangan.
Sekian. Wasallam

Share

Share |