KHUSUS PJS YANG BELUM HADIR PROGRAM PENGHAYATAN HPA

. Saturday, September 26, 2009
1 comments

Salam para PJS yang belum hadir program penghayatan PJS di Sungai Patani.
Sukacita dimaklumkan program terakhir tahun ini akan diadakan pada 7 dan 8hb Oct 2009.
Mana-mana PJS yang belum hadir lagi sila hadir pada tarikh yang disebutkan tadi.

PJS KAK BEDAH BIDOR KEMBALI KE RAHMATULLAH

. Thursday, September 24, 2009
1 comments

Dengan rasa sedih lagi duka cita saya umumkan PJS Zabedah Abdullah(Kak Bedah) telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.30 malam tadi. Marilah kita semua menyampaikan alfatihah pada beliau. Beliau seorang yang peramah dan punyai kekuatan serta semangat berjuang bersama HPA walaupun dalam keadaan uzur.
Pada semua cawangan sila anjurkan majlis tahlil dengan seberapa segera.

Moga roh beliau berada bersama kalangan orang beriman.
AL FATIHAH

PRODUK SOLOMON OIL OMEGA GOLD

. Wednesday, September 23, 2009
0 comments

Produk ini amat sesuai bagi mereka yang mengalami masaalah kadar kolesterol yang tinggi. Produk yang dihasilkan dari minyak ikan solomon ini amat terbukti melancarkan perjalan darah dan mengembalikan kadar kolesterol kepada paras normal. Ia juga sesuai untuk mereka yang mengadapi masaalah diabetis, ghout, reumatik.
sila dapatkan di cawangan segera.

SALAM IDUL FITRI

. Saturday, September 19, 2009
2 comments

SETELAH SEBULAN KITA MELALUI SUATU PROSES PEMBERSIHAN DIRI DENGAN BERPUASA SERTA MELAKUKAN PELBAGAI IBADAT YANG DITUNTUT SEPERTI SOLAT SUNAT, MEMBACA ALQURAN, MEMOHON PENGAMPUNAN DOA SERTA PELBAGAI AMALAN ZIKIR DAN SOLAWAT. KITA BERSYUKUR KERANA PADA TAHUN INI ALLAH SWT TELAH MENGIZINKAN SEMUA INI DAN KITA BERHARAPAN PADA TAHUN YANG AKAN DATANG INSYALLAH, ALLAH AKAN TERUS MENGIZINKAN KITA MELAKUKAN DENGAN YANG LEBIH BAIK.
GM MENGAMBIL KESEMPATAN MEMOHON KEMAAFAN PADA SELURUH WARGA HPA (MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI, SINGAPORE, MESIR, THAILAND DAN SELURUHNYA), SESIAPA YANG MENGENALI KU SEJAK DARI DULU(EX SEKOLAH, EX KAMPUNG KU, EX UPM, EX BN 301, EX PENS HOLDING) SEHINGGALAH KINI. MOGA ALLAH SWT SENTIASA MENGAMPUNI SERTA MENGURNIAKAN RAHMAT DAN MOGA KITA BERADA DIJALAN KEBENARAN.
DARI
MOHAMMAD FAISOL ABD RAHMAN
JAMILAH OMAR
RISKA ANGGRAINI
SITI NUR AISYAH BT MOHD FAISOL
MOHAMMAD FARHAN BIN. MOHD FAISOL
MUHAMMAD FAHMI BIN MOHD FAISOL
SITI NURUL IZZAH BT MOHD FAISOL
FATIMAH AZ ZAHRA BT MOHD FAISOL

Insentif Menjelang Idul Fitri

. Tuesday, September 8, 2009
1 comments

Adalah dimaklumkan bahawa AL WAHIDA MARKETING SDN BHD akan mengadakan Insentif Sempena Aidilfitri berkuatkuasa mulai 1 September sehingga 30 September 2009. Tawaran ini terbuka kepada semua pengedar HPA seluruh Malaysia.

Syarat kelayakkan:

1. Maintain minima 300 nilai mata sebulan akan mendapat 10% daripada nilai mata.

2. Insentif akan dibayar dalam bentuk baucer ( Cek Dalaman).

Anda boleh gunakan baucer ini untuk mana-mana pembelian produk dan perkhidmatan HPA (RFC/RCH/ROC/El zahra/Radix Bakery)

MAKLUMAT PENTING BUAT PJS DAN SELURUH WARGA HPA

. Sunday, September 6, 2009
0 comments

Salam satu Ramadhan pada anda semua.
Sahabat kita di Indonesia kini sekali lagi di timpa musibbah gempa bumi di Jawa Barat dan mengakibatkan jumlah kematian yang tinggi. Sehubungan dengan itu, atas dasar kemanusiaan serta islam yang tanpa sempadan, maka HPA dengan ini mengistiharkan sumbangan derma bencana dengan serta merta.
Saya memohon dan menyeru seluruh komuniti yang ada di Malaysia segera mengujudkan tabung dana tersebut. Sebarkanlah maklumat ini kepada seluruh warga HPA khusunya. Insyallah sama-samalah kita mengejar amalan mulia di bulan Ramadhan.
SUMBANGAN ANDA SEMUA AMAT-AMAT DINANTIKAN OLEH MEREKA YANG KINI KEHILANGAN HARTA DAN KELUARGA TERSAYANG.

KINI RFC SP DAN SHAH ALAM MILIK KOPERASI

. Friday, September 4, 2009
0 comments

Pehak RFC sdn Bhd bersetuju untuk menyewa ruangan kedai di Sungai Petani dan Shah Alam dengan Koperasi Wahida HPA bagi diujudkan peniagaan kedai makan segera (RFC). Dengan ini kita mengharapkan koperasi boleh menyediakan lebih banyak ruangan kedai bagi tujuan seperti diatas.
Pehak RFC juga akan mencari lebih banyak tempat borpotensi bagi memperbesarkan lagi peniagaan ini. Target tahun 2009 ,RFC memiliki lebih dari 20 buah cawangan diseluruh Malaysia. InsyaAllah. Pada masa kini terdapat 3 buah RFC iaitu 2 di Sungai Petani dan 1 buah di Alor setar. RFC di Melaka,Perlis dan Kluang dijangka siap dalam bulan ini atau awal bulan hadapan. InsyaAllah
JOM RAMAI RAMAI AHLI KOPERASI KHUSUSNYA MAKAN DI RFC SP DAN SHAH ALAM(DIBUKA TAHUN HADAPAN)

KEMUDAHAN PINJAMAN JUAL BELI KO WAHIDA

. Thursday, September 3, 2009
1 comments

Dengan segala hormatnya Ko Wahida menawarkan kepada para pengedar yang berkelayakan bagi kemudahan pinjaman jual beli produk HPA berasaskan islam (murabahhah) kepada para PJS dan juga mereka yang mencapai bonus minima RM 1500 selama 3 bulan berturut-turut. Bagi mereka yang bukan PJS boleh mendapatkan jaminan dari PJS.
Insyallah keterangan lanjut akan dikeluarkan oleh pihak Koperasi dalam waktu terdekat.

INFO TERKINI KO WAHIDA

. Wednesday, September 2, 2009
0 comments

SALAM KEPADA SELURUH PEMEGANG SAHAM KOPERASI HPA(KO WAHIDA)
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt, Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) dengan resminya meluluskan permohonan Ko Wahida untuk melakukan pembayaran dividen 14% kepada seluruh pemegang saham berakhir Jun 2008.
Sehubungan dengan itu, pihak Koperasi akan menghantar surat penyata saham dan dividen kepada pemegang saham dan akan sampai selewatnya hujung bulan ini. Para pemegang saham yang menerima surat tersebut dikehendaki menjawab surat tersebut bagi menyatakan hasrat untuk menebus dividen atau melabur kembali sebagai saham.
Sebarang pertanyaan sila hubungi HQ koperasi di no tel 049773813/049773814 atau email ke copwahida@gmail.com atau kowahida@yahoo.com
MARI MELABUR DAN TERUS MELABUR KE KO WAHIDA.

Share

Share |