PENUHI JADUAL PBC>>GEMPUR

. Friday, October 30, 2009
4 comments

MARI SEMUA TERUS JADIKAN PBC SEBAGAI SUATU WADAH UTAMA PERJUANGAN MLMS HPA....
PENUHI JADUAL KITA DENGAN PBC

RENUNGAN PARA SAHABATKU KPA

Syukur kita sempat mengadakan pertemuan majlis makan malam di De Palma Ampang.
Kepada semua yang hadir tahniah diucapkan kerana beginilah budaya kerja MLMS yang memerlukan hubungan yang akrab dalam menjayakan missi "PASARAN HALAL TANGGUNGJAWAB SEMUA".
Memang amat mudah menyebut missi tersebut, namun bukan suatu yang mudah untuk melaksanakan missi tersebut.

Kita pernah di kenali, pernah disanjungi, pernah juga di cerca maki, malah pernah di letak paras bawah kaki.
Kita bangkit dengan menjadikan PBC sebagai suatu senjata paling terkini.
Semua ini memerlukan penyatuan hati.
Kebelakangan ini PBC membawa diri.
Ada yang buat secara menyendiri.
Apakah kita semua sanggup melihat sejarah sungkur berulang kembali?
Hingga ketika itu yakni suatu masa nanti
Baru insaf teramat dikesali
Jangan sampai ada yang sebut kalau dulu kita bersatu hati
Tidak berlaku semua ini
Kalaulah kita ketepikan sentimen peribadi
Sudah pasti nama HUTANG tidak akan kembali

Kita sekarang hidup tanpa serangan
Ketika ini jangan hidup penuh kelalaian
Kerana...
Musuh melihat penuh perancangan
Musuh pasti membuat keputusan
Perang saraf membawa perpecahan
Ketika lemah longlai musuh menyusup keseluruh badan

PASTIKAN KITA BERSATU HATI DALAM USAHA MEMERTABATKAN "PASARAN HALAL TANGGUNGJAWAB SEMUA"

INI BUKAN KES YANG MEMBABITKAN RADIX CHICKEN HOUSE

. Wednesday, October 28, 2009
2 comments

PENIAGA TERMAKAN AYAM NAJIS
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my


JAMALNASIR menunjukkan ayam goreng yang didakwa ada najis di Kangar semalam.
________________________________________

KANGAR - Seorang penggemar makanan segera fobia apabila mengalami keracunan selepas termakan najis yang terdapat dalam seketul ayam goreng yang baru dibeli dari sebuah restoran makanan segera di sini kelmarin.
Mangsa, Jamalnasir Kamarulzaman, 24, yang muntah-muntah akibat kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu terpaksa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Besar selepas sejam termakan najis yang terdapat dalam ayam goreng tersebut.
Menurut Jamalnasir, ketika mula menikmati ayam goreng itu dia tidak perasan dia terdapat najis di dalamnya cuma ada berbau masam sahaja, namun tahi ayam itu kelihatan sebaik dia memakan sebahagian ketulan ayam goreng tersebut.
"Saya mulanya hairan kenapa ada rasa masam-masam dan payau pada daging ayam yang dikunyah tetapi bila melihat bahagian selebihnya saya terkejut mendapati isi hitam di dalam daging itu ialah tahi.
"Saya terus hilang selera dan loya, sejam selepas itu keadaan bertambah teruk apabila saya muntah-muntah dan pening kepala sehingga terpaksa pergi ke klinik untuk mendapat rawatan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kangar di sini semalam.
Jamalnasir yang merupakan peniaga menjelaskan, ayam goreng itu merupakan salah satu daripada lapan ketul ayam goreng yang dibeli oleh ibunya di sebuah restoran makanan segera di sini.

KOMEN DARI GM.
SETELAH MENDAPAT INFO DARI LAPURAN POLIS, AKHBAR KOSMO DAN PEJABAT KESIHATAN, MAKA SAYA DENGAN INI MENGESAHKAN IA BUKAN MELIBATKAN SAMAADA RCH, RFC DAN AYAM HPA. SILA HEBAHKAN AGAR TIDAK BERLAKU KEADAAN PANIK.
INI KES RESTOREN AYAM YANG POPULAR DI NEGARA KITA...TAK BOLE SEBUT NAMA...

Info terkini buat semua warga HPA

. Tuesday, October 27, 2009
4 comments

Insyallah dalam waktu terdekat beberapa info yang akan saya sebutkan di bawah ini akan di laksanakan;

1. Berita gembira buat Sabah dan Sarawak. Harga produk akan di turunkan bagi memastikan tidak ujud jurang perbezaan yang tinggi. SEMANGAT ONE MALAYSIA
2. Insentif 2010 akan bermula 1hb Dis 2009 ini. Insyallah akan di bawa dalam mesyuarat pengurusan dan Tribunal PJS dalam waktu terdekat.
3. Semua pengubahsuaian penajaan yang berlarutan sampai sekarang akan di hentikan serta merta. Bagi penajaan semula masih di teruskan(sekiranya layak)(MIS sila pastikan).
Sekian
Wasallam

RADIX FRIED CHICKEN(RFC) KLUANG BOOMING HEBAT

. Saturday, October 24, 2009
8 comments

Alhamdulillah RFC sudah beroperasi. Kini masyarakat Kluang sudah ada pilihan yang selepas ini tidak ada alasan. lagi. RFC adalah suatu imej Halal lagi berorganik. RFC akan menjadi pilihan seluruh masyarakat Malaysia.
Akan menyusul di Melaka, Shah Alam, Taman Permata Ampang dan banyak lagi.
Insyaallah Koperasi akan memainkan peranan dalam mengembangkan RADIX FRIED CHICKEN DAN RADIX CHICKEN HOUSE.
Mari melabur dalam KOPERASI WAHIDA BHD.

MASTER RADIX KINI DIFAIL DI MAHKAMAH

. Tuesday, October 20, 2009
4 comments

HPA kini telah memfailkan "trade discription order(TDO) untuk tindakan kes Master Radix. Sama-samalah kita doakan akan kemenangan di pihak kita.

MENU TERKINI RCH

. Saturday, October 17, 2009
0 comments



YOUR HALAL CHOICE
LAZAT LAGI BERORGANIK

YOUR HALAL CHOICE RCH (ENAK LAGI BERORGANIK)

. Friday, October 16, 2009
2 comments



SALAM SEMUA SEKELIAN.NIKMATILAH MENU TERKINI KAMI ORGANIC CHIKENCHOP, RADIX TEH TARIK, FLOAT DAN PELBAGAI LAGI MENU MENARIK LAGI BERORGANIK...

PERKEMBANGAN RCH TERKINI

. Tuesday, October 13, 2009
0 comments

RCH kini akan melakukan suatu perubahan luar biasa
Selain dari menu sedia ada RCH akan memperkenalkan menu sihat seperti berikut;

1. Pembukaan seawal jam 7.00 pagi: Bermula 1hb Nov 2009 kecuali di Jelempok. RCH akan menyediakan menu sarapan seperti nasi lemak, Kopi o, Teh Tarik Radix, Radix Spring Roll(Popia Ayam Organik), Organic Chiken Ball dan pelbagai lagi menu menarik akan menyusul.
2. Makan tengah hari mulai jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang: Menyediakan pelbagai makanan seperti Sup Ayam Organik, Mee Ayam, Nasi Ayam pelbagai cita rasa dan beberapa makanan tradisional.
3. Makan petang dan malam: Organic Chikenchop.
Menu lain termasuk Ice Blended, Float, Mocca, Burger dan Sosej Ayam dsb akan menyusul dari masa kesemasa.

Bila Master Radix kembali menipu pengguna

GM ke Tawau, Sabah minggu lepas. Agak kurang menyenangkan mata memandang jenama Master Radix kedapatan di warung dan restoren di sekitar Sabah.
Tambah sakit mata dan hati apabila kakak GM seorang guru di Sungai Patani memberitahu bahawa Master Radix di jual di sekolah beliau.
Tambah geram menerima sms Master Radix di jual di sebuah restoren di negeri Perlis.
Lagi tambah kecewa bila melihat Master Radix menggunakan papan Kopi Radix di R&R Bukit Merah, Perak.
Apakah kita semua kini sudah layu dan masih dibuai dengan 'mabuk ketupat' raya. Apakah istilah Gempur Radix hanya mainan di bibir sahaja. Apakah kita seperti generasi yang lampau dengan istilah "cukuplah dengan apa yang ada sekarang". Apakah kita asyik dengan keselesaan sekarang sehingga hilang lupa masa depan kita akan terancam.
I feel shocked mendengar kenyataan PJS Sabri SP mengatakan "MASTER RADIX AKAN KEBUMIKAN KOPI RADIX DI BUMI PERLIS". I hope dont be monkey excited(terkejut berok) dengan apa yang GM sampaikan ini.
Kepada semua warga yang membaca sila copy and paste dan masukan dalam blog masing-masing.

DOA PELINDUNG DARI MUSIBAH

. Friday, October 9, 2009
0 comments

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan apa yang dihembuskan oleh angin dan kebaikan apa yang ada di dalamnya. Aku berlindung dengan-Mu dari keburukannya dan keburukan apa saja yang ada di dalamnya. Ya Allah, jadikan angin itu rahmat bagi kami dan azab bagi orang-orang yang ingkar kepada-Mu, semoga shalawat Allah senantiasa tercurahkan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.

Tawau Potensi Besar HPA

. Sunday, October 4, 2009
0 comments

Walaupun jarak perjalanan KLIA ke Tawau mengambil masa 2jam 50min, namun perjalanan GM kesana tidak sia-sia. Tahniah kepada para pemimpin junior HPA Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan tidak lupa Kunak yang memenuhi program sehari bersama GM dan PJS Kak Zaini.
Semangat tanpa mengira kumpulan merupakan contoh terbaik yang ditunjukkan.
GEMPUR RADIX

PELUANG UNTUK ANDA DAN DOWNLINE ANDA DAPATKAN MODAL

. Friday, October 2, 2009
1 comments

KOPERASI WAHIDA KINI MENAWARKARKAN KEMUDAHAN MENDAPATKAN MODAL MELALUI URUSNIAGA JUAL BELI PRODUK HPA.

Projek Kemudahan Urusniaga Jual Beli Murabahah
PENGENALAN

Kemudahan Urusniaga Jual Beli Berdasarkan Konsep Murabahah ini diperkenalkan untuk memudahkan anggota Koperasi Wahida HPA Berhad atau Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. membeli produk-produk HPA dengan modal yang besar.


KONSEP SYARIAH

Urusniaga Jual Beli ini berdasarkan konsep Murabahah di mana konsep ini adalah jualan tambahan untung dimana barangan diserah segera manakala harga jualan, terdiri daripada kos dan keuntungan, dibayar kemudian secara ansuran. Penjualan produk adalah pada harga yang termasuk margin keuntungan dan dipersetujui oleh kedua pihak. Harga belian dan jualan, kos-kos lain serta margin keuntungan dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian jual beli dilaksanakan.


KELAYAKAN PERMOHONAN URUSNIAGA JUAL BELI BERDASARKAN KONSEP MURABAHAH

Kelayakan Urusniaga Jual Beli ini mestilah;

1) Anggota Koperasi Wahida HPA Berhad
a) Telah menjelaskan modal syer minima mengikut Undang-undang kecil Koperasi Wahida Hpa Berhad, Akta Koperasi 1993 dan Peraturan Koperasi 1995 subsekyen 55(1) Bagi maksud 50(b) Akta, setiap anggota hedaklah melanggan dua ratus ringgit syer sebagai sumbangan minimum yang hendaklah dijelaskan dalam tempoh dua belas bulan dan tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan itu tamat.

2) Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.
a) Telah mencapai Pangkat Pengarah Jati Setia; atau
b) Mempunyai bonus minimum satu ribu lima ratus ringgit selama tiga bulan berturut-turut sebelum atau pada tarikh permohonan tersebut.


HAD URUSNIAGA

1) Minima lima ribu ringgit; atau
2) Lima kali bonus bulanan melebihi had minima; atau
3) Tidak melebihi seratus ribu ringgit; atau
4) Mengikut mana-mana jumlah yang terendah; atau
5) Bergantung pada kelulusan dan budi bicara Lembaga Koperasi.

KADAR KEUNTUNGAN

1) Sepuluh peratus enam bulan kadar tetap; atau
2) Lembaga Koperasi boleh menetapkan suatu kadar keuntungan yang berlainan berasaskan kepada “Kadar Urusniaga Jual Beli Semasa”.

TEMPOH BAYARAN BALIK

1) Tidak melebihi enam bulan; atau
2) Lembaga Koperasi boleh menimbangkan suatu tempoh lain mengikut budi bicaranya dari masa ke semasa.
** Walau bagaimana pun, sesuatu pembiayaan boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih singkat dan rebat atas keuntungan boleh diberikan oleh Lembaga Koperasi mengikut budi bicara nya.

JAMINAN URUSNIAGA

1) Bonus bulanan bagi pengedar yang mencapai pangkat Pengarah Jati Setia
2) Bonus bulanan penjamin bagi pengedar yang tidak mencapai pangkat Pengarah Jati Setia
3) Seorang penjamin bagi pembiayaan yang kurang dari lima puluh ribu ringgit
4) Dua orang penjamin bagi pembiayaan yang berjumlah lima puluh ribu ringgit sehingga seratus ribu ringgit.

KELAYAKAN PENJAMIN

1) Mencapai Pangkat Pengarah Jati Setia
2) Bonus minima tiga ribu ringgit sebulan
3) Tidak melebihi 5 kali jaminan; atau
4) Nilai jaminan keseluruhan yang telah dibuat berjumlah minima seratus ribu ringgit mengikut mana yang terdahulu.

TABUNG PERLINDUNGAN URUSNIAGA JUAL BELI

Tabung Perlindungan Urusniaga ini diwujudkan bertujuan untuk melindungi jumlah Urusniaga yang diluluskan jika peminjam mati atau ketidakupayaan kekal. Lembaga berhak melantik mana-mana syarikat insurans bagi melindungi pembiayaan yang diluluskan. Apa-apa bayaran premium yang dikenakan oleh syarikat insurans akan ditolak dari jumlah Urusniaga yang diluluskan.

BORANG DAN DOKUMEN URUSNIAGA

1) Setiap permohonan pembiayaan hendaklah dibuat melalui borang yang telah ditetapkan oleh pihak Koperasi Wahida HPA Berhad dan hendaklah disertakan dengan:-

a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Slip Bonus tiga bulan terkini pemohon;
c) Salinan Surat Pengesahan Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing; atau
d) Salinan Surat Pengesaha lantikan Pengarah Jati Setia
e) Salinan Kad Pengenalan penjamin-penjamin (jika perlu);
f) Salinan Slip Bonus tiga bulan terkini penjamin-penjamin (jika perlu);

2) Permohonan pinjamam yang diluluskan, peminjam hendaklah menandatangani Surat Perjanjian Kemudahan Urusniaga Jual Beli Berdasarkan Konsep Murabahah dan di setemkan mengikut Akta Setem 1949.

3) Setiap penjamin hendaklah menandatangani Surat Perjanjian Jaminan yang ditetapkan oleh Koperasi dan disetemkan mengikut Akta Setem 1949.

TRAJEDI GEMPA PADANG

Salam GM pada seluruh warga HPA
Kita berdukacita dengan apa yang terjadi dua hari lepas iaitu trajedi Gempabumi di Padang, Sumetera, Indonesia. Apa pun kita menerima dengan penuh tabah akan takdir dari Allah swt. Ini merupakan suatu peringatan dan perlu kita semua bermuhasabah dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah swt.
Marilah kita seluruh warga HPA berkunjung segera ke cawangan HPA untuk menyalurkan sumbangan ikhlas bantuan MANGSA GEMPA PADANG.
Kepada seluruh staff cawangan HPA pastikan anda turut lakukan kempen pada sesiapa yang hadir.

Share

Share |