PELUANG UNTUK ANDA DAN DOWNLINE ANDA DAPATKAN MODAL

. Friday, October 2, 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

KOPERASI WAHIDA KINI MENAWARKARKAN KEMUDAHAN MENDAPATKAN MODAL MELALUI URUSNIAGA JUAL BELI PRODUK HPA.

Projek Kemudahan Urusniaga Jual Beli Murabahah
PENGENALAN

Kemudahan Urusniaga Jual Beli Berdasarkan Konsep Murabahah ini diperkenalkan untuk memudahkan anggota Koperasi Wahida HPA Berhad atau Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. membeli produk-produk HPA dengan modal yang besar.


KONSEP SYARIAH

Urusniaga Jual Beli ini berdasarkan konsep Murabahah di mana konsep ini adalah jualan tambahan untung dimana barangan diserah segera manakala harga jualan, terdiri daripada kos dan keuntungan, dibayar kemudian secara ansuran. Penjualan produk adalah pada harga yang termasuk margin keuntungan dan dipersetujui oleh kedua pihak. Harga belian dan jualan, kos-kos lain serta margin keuntungan dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian jual beli dilaksanakan.


KELAYAKAN PERMOHONAN URUSNIAGA JUAL BELI BERDASARKAN KONSEP MURABAHAH

Kelayakan Urusniaga Jual Beli ini mestilah;

1) Anggota Koperasi Wahida HPA Berhad
a) Telah menjelaskan modal syer minima mengikut Undang-undang kecil Koperasi Wahida Hpa Berhad, Akta Koperasi 1993 dan Peraturan Koperasi 1995 subsekyen 55(1) Bagi maksud 50(b) Akta, setiap anggota hedaklah melanggan dua ratus ringgit syer sebagai sumbangan minimum yang hendaklah dijelaskan dalam tempoh dua belas bulan dan tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan itu tamat.

2) Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.
a) Telah mencapai Pangkat Pengarah Jati Setia; atau
b) Mempunyai bonus minimum satu ribu lima ratus ringgit selama tiga bulan berturut-turut sebelum atau pada tarikh permohonan tersebut.


HAD URUSNIAGA

1) Minima lima ribu ringgit; atau
2) Lima kali bonus bulanan melebihi had minima; atau
3) Tidak melebihi seratus ribu ringgit; atau
4) Mengikut mana-mana jumlah yang terendah; atau
5) Bergantung pada kelulusan dan budi bicara Lembaga Koperasi.

KADAR KEUNTUNGAN

1) Sepuluh peratus enam bulan kadar tetap; atau
2) Lembaga Koperasi boleh menetapkan suatu kadar keuntungan yang berlainan berasaskan kepada “Kadar Urusniaga Jual Beli Semasa”.

TEMPOH BAYARAN BALIK

1) Tidak melebihi enam bulan; atau
2) Lembaga Koperasi boleh menimbangkan suatu tempoh lain mengikut budi bicaranya dari masa ke semasa.
** Walau bagaimana pun, sesuatu pembiayaan boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih singkat dan rebat atas keuntungan boleh diberikan oleh Lembaga Koperasi mengikut budi bicara nya.

JAMINAN URUSNIAGA

1) Bonus bulanan bagi pengedar yang mencapai pangkat Pengarah Jati Setia
2) Bonus bulanan penjamin bagi pengedar yang tidak mencapai pangkat Pengarah Jati Setia
3) Seorang penjamin bagi pembiayaan yang kurang dari lima puluh ribu ringgit
4) Dua orang penjamin bagi pembiayaan yang berjumlah lima puluh ribu ringgit sehingga seratus ribu ringgit.

KELAYAKAN PENJAMIN

1) Mencapai Pangkat Pengarah Jati Setia
2) Bonus minima tiga ribu ringgit sebulan
3) Tidak melebihi 5 kali jaminan; atau
4) Nilai jaminan keseluruhan yang telah dibuat berjumlah minima seratus ribu ringgit mengikut mana yang terdahulu.

TABUNG PERLINDUNGAN URUSNIAGA JUAL BELI

Tabung Perlindungan Urusniaga ini diwujudkan bertujuan untuk melindungi jumlah Urusniaga yang diluluskan jika peminjam mati atau ketidakupayaan kekal. Lembaga berhak melantik mana-mana syarikat insurans bagi melindungi pembiayaan yang diluluskan. Apa-apa bayaran premium yang dikenakan oleh syarikat insurans akan ditolak dari jumlah Urusniaga yang diluluskan.

BORANG DAN DOKUMEN URUSNIAGA

1) Setiap permohonan pembiayaan hendaklah dibuat melalui borang yang telah ditetapkan oleh pihak Koperasi Wahida HPA Berhad dan hendaklah disertakan dengan:-

a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Slip Bonus tiga bulan terkini pemohon;
c) Salinan Surat Pengesahan Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing; atau
d) Salinan Surat Pengesaha lantikan Pengarah Jati Setia
e) Salinan Kad Pengenalan penjamin-penjamin (jika perlu);
f) Salinan Slip Bonus tiga bulan terkini penjamin-penjamin (jika perlu);

2) Permohonan pinjamam yang diluluskan, peminjam hendaklah menandatangani Surat Perjanjian Kemudahan Urusniaga Jual Beli Berdasarkan Konsep Murabahah dan di setemkan mengikut Akta Setem 1949.

3) Setiap penjamin hendaklah menandatangani Surat Perjanjian Jaminan yang ditetapkan oleh Koperasi dan disetemkan mengikut Akta Setem 1949.

1 comments:

admin nmc said...

kalau dah 7000nm tapi bukan pangkat pengarah jati xboleh ye?

Share

Share |