SALAM IDUL ADHA

. Friday, November 27, 2009
2 comments

Salam Idul Adha pada semua sekali.

Ayam sudah mulai masuk ke cawangan secara berperingkat

. Saturday, November 21, 2009
7 comments

Salam satu HPA,
Disini saya ingin maklumkan bahawa ayam segar HPA sudah mulai masuk secara berperingkat ke cawangan dan dijangka dalam masa sebulan stok ayam akan kembali di pasaran.
wasallam

Tahniah kepada semua yang menjayakan PERASMIAN RCH KLUANG

Salam pada semua
Alhamdulillah, Allah swt telah mempermudahkan kepada kita semua bagi menjayakan majlis perasmian RCH Kluang.
\
Salam penghargaan GM pada

1. Team RCH(HQ dan Kluang)
2. Zon Selatan
3. Staff Cawangan
4. Team RFC Kluang
5. PJS, Agen Stok dan seluruh pengedar
6. Para VIP dan VIP
RADIX CHIKEN HOUSE
Your Halal Choice

OKU di RCH Alor Star

. Friday, November 20, 2009
4 comments

RCH kini mula merekrut beberapa OKU(kecacatan pekak bisu) sebagai tanda komitmen menyambut seruan kerajaan dalam usaha memastikan golongan ini tidak dipinggirkan. Ternyata GM mendapati 2 staff OKU yang diambil bekerja di RCH Alor Star memiliki tahap displin dan kerajinan yang cukup memuaskan. Insyallah RCH akan mengambil beberapa lagi OKU untuk bekerja di bahagian yang bersesuaian.

Mesyuarat Tribunal PJS

Salam Pada Anggota Tribunal PJS KPA,KPT, KPS, KPU dan Kelab Sabah dan Serawak

Mesyuarat Tribunal 5 anggota setiap Kelab akan diadakan seperti berikut

1. Tarikh: 3hb Dis 2009 jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
2. Lokasi: Cawangan Sungai Patani
3. Pakaian Jaket HPA Hitam

Untuk sesiapa yang ingin menginap pada malam sebelum program sila berhubung segera En Hidzir pada no hp 0194155717

Pelancaran RCH Kluang, PBC Kluang, Taklimat Koperasi dan Mesyuarat Koperasi

. Wednesday, November 18, 2009
1 comments

Insyallah GM akan hadir di Kluang dalam acara seperti berikut

1. 21hb Nov jam 9.00 pagi di Perasmian RCH Kluang
2. 21hb Nov jam 9.00 malam di PBC Kluang di Dewan Nuruddin sebelah RCH Kluang
3. 23hb Nov jam 9.00 malam Taklimat Kejayaan Koperasi Wahida di Dewan Nuruddin sebelah RCH Kluang.
4. 24hb Nov jam 9.oo pagi Mesyuarat ALK

HADIRLAH RAMAI-RAMAI, BAWA KAWAN,TEMAN,SAHABAT DAN HANDAI KE PERASMIAN RADIX CHICKEN HOUSE KLUANG DAN NIKMATI KELAZATAN AYAM ORGANIK YANG SUNGGUH HEBAT.

RCH Your Halal Choice

Sabar menanti Pengumuman Insentif 2010

Salam seluruh warga HPA, Insyallah kalau tidak ada apa-apa halangan, Insentif 2010 akan bermula awal Dis 2009. Sabar menanti akan pengumumannya setelah mendapat persetujuan dari Pengarah Urusan.

GM di Radio FM Perlis

. Monday, November 16, 2009
8 comments

Besok Selasa jam 1210tengahhari, GM akan berkumandang lagi di Radio Perlis 102.9. jangan lupa untuk sama-sama mendengarnya

Salam Satu Simpati Pada MUHAMAD KAMAL ISMAIL

. Thursday, November 12, 2009
2 comments

Salam semua sekali
Mungkin ada yang sudah menerima kabar ini dan mungkin juga ada yang belum. Muhammad Kamal Ismail adalah staff saya di bahagian pemasaran. Musibah yang tidak di jangka menimpa anak perempuan beliau Najihah (5 tahun) yang kini terlantar di Hospital Besar, Kangar akibat pendarahan otak dah hampir sebulan. Baru-baru ini Najihah telah menjalani pembedahan di bahagian tengkorak kepala bagi membuang pendarahan beku. Namun masih belum berhasil dan akan di pindahkan ke Hospital Besar Penang dalam waktu terdekat.
Hulurkan sumbangan sebagai tanda simpati dan mohon doakan kesejahteraan mereka.
Sumbangan boleh di online terus ke akaun beliau

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KANGAR
09 010 02 0116634 (MUHAMAD KAMAL ISMAIL)

*kepada bloger yang link to HPA sila link info ini.

Kesilapan Pencetak Ubat Gigi Miswak

. Wednesday, November 11, 2009
3 comments

Ada kesilapan ejaan pada kotak ubat gigi Miswak di catit HAP Industries Sdn. Bhd., sebenarnya HPA Industries Sdn. Bhd. dan Kayu Suci sebenarnya Kayu Sugi.
Maaf diatas kesilapan tersebut.

Tarikh Insentif Pelancongan

BIL TARIKH CADANGAN DESTINASI
1 29 JAN - 02 FEB 2010 JAKARTA PUNCAK BANDUNG
2 20 MAR - 03 APR 2010 UMRAH(GROUP1)
3 13 MAR - 18 MAR 2010 SPAIN
4 03 JUN - 17 JUN 2010 UMRAH(GROUP2)
5 25 APR - 30 APR 2010 BEIJING
6 25 APR - 30 APR 2010 AUSTRALIA

Ingatan Pada Staff Cawangan

. Monday, November 9, 2009
3 comments

Pihak Koperasi telah pun sebelum ini memaklumkan pada semua cawangan, bahawa semua pelabur yang ingin melabur dikehendaki melakukan tranksasi online ke akaun bank Koperasi manakala urusan cash/tunai tidak di benarkan melainkan di HQ Koperasi. Ini adalah untuk mengelakan berlaku kes yang tidak di ingini.
Jangan jadi macam kes di cawangan Johor Baru 2 hari yang lepas. Ini menyusahkan semua pihak.
Berikut adalah no akaun Koperasi Wahida HPA Berhad
1. CIMB ISLAMIC 09010000110108
2. MAYBAN ISLAMIC 559012306051
3. BIMB 09010010046316

Mengisi Program Mingguan

Salam satu HPA
Salah satu dari rukun MLM adalah perlatihan. Lebih dikenali sebagai "meeting". MLM tidak akan berfungsi dengan sempurna kalau perlatihan tidak diberikan secukupnya.
Ada pengedar baru yang email terus ke GM bertanyakan apakah HPA tidak mengujudkan perlatihan. GM jawab ada. Diantaranya adalah KPJ dan PBC. Namun pengedar tersebut masih mempersoalkan mengenai satu lagi perlatihan iaitu BOP(Business Orientation Programme) atau lebih dikenali sebagai kelas awal bagi pengedar baru. Salah satu sebab kenapa keaktifan pengedar tidak bertahan lama adalah amat kurangnya kelas mingguan. Sebagai contoh di zon timur sendiri daripada 31 cawangan dan kios hanya 16 sahaja ada kelas mingguan, sedangkan 10 cawangan yang lengkap dengan dewan masih kosong dan tidak digunakan (5 cawangan tak ada dewan).
GM amat berharap pada semua komuniti kelab supaya segera mengujudkan kelas mingguan. Ini adalah untuk memastikan dewan yang sedia ada dapat digunakan.
Wasallam

GM di Radio FM Perlis

. Sunday, November 8, 2009
0 comments

Khas untuk penduduk sekitar Perlis dan Kedah. Kalau tak ada apa-apa hal, GM akan berkumandang di Radio FM (102.9) Perlis pada selasa ini jam 1215 tghri.

Banjir

. Saturday, November 7, 2009
2 comments

Musim Tengkujuh kembali lagi. Apakah banjir besar akan berulang lagi? Pastikan keluarga kita selamat dari tragedi buruk. Dalam suasana musim yang sejuk ini jangan lupa untuk minum KOPI RADIX. Dalam keadaan penyakit H1N1 masih belum reda, amalkan IMT.

KENYATAAN RESMI

. Wednesday, November 4, 2009
4 comments

Berikut adalah kenyataan resmi mengenai penarikan ayam organik HPA;
Pihak pengurusan mengambil keputusan menarik semua stok ayam organik di pasaran kerana beberapa faktor seperti berikut;
1. Memastikan ujud sisitem Standard Operation Prosedure mengenai pengurusan stok ayam di cawangan bagi memastikan kualiti ayam terjamin.
2. Memastikan selepas ini akan di catitkan tarikh ayam di sembelih bagi kepuasan pengguna.
3. Mengemaskini pengurusan pusat penyembelihan supaya lebih bersistematik.
Namun disini saya ingin menegaskan penarikan ayam organik tidak akada kaitan dengan berita di KOSMO dan METRO tempoh hari dan saya telah pun membuat penjelasan.
Operasi RFC dan RCH tetap berjalan seperti biasa kerana telah ujud SOP pengurusan ayam.
Insyallah ayam akan kembali memenuhi pasaran dalam tempoh selewat-lewatnya 45 hari.

SALES KEMBALI BOOMING & JOM PENUHI PROGRAM HPA

. Monday, November 2, 2009
7 comments

Alhamdulillah setinggi syukur kehadrat Allah swt.
Setelah ada penurunan sale pada bulan puasa(satu keadaan biasa), sale HPA kembali menyegar pada bulan Oktober yakni RM 14JUTA. Kita amat yakin sale akan terus naik dalam cita-cita mencapai RM 20 juta. Maka untuk itu marilah kita melipat ganda usaha bersama antara syarikat dalam memastikan produk kembali cukup dan para pemimpin maupun pengedar mengaktifkan program cawangan dan PBC. INSYALLAH PASTI TERCAPAI RM 20 JUTA....

KAPSUL UBAT GELATIN BABI DICOP HALAL


Nov 2, 09 5:01pm

Kapsul ubat: Gelatin babi dicop halal

Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.


"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn (foto, kiri) berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.

Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.

Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.

Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA

Share

Share |