Pengedaran Kopi Radix

. Saturday, September 17, 2011
0 comments

Salam
Insyallah Ko Wahida telah mendapat persetujuan persefahaman untuk membekalkan produk Kopi Radix ke Al Wahida Marketing Sdn.Bhd. dan PT AWMIT melalui satu bentuk kerjasama yang akan bermula pada Isnin ini.
Satu taklimat penerangan khas akan diadakan bagi kepada seluruh Pengurus Zon, Pengurus Gudang, Pengurus Radix dan bahagian Akaun AWM pada hari selasa 20hb Sept jam 10.00pagi bertempat pejabat AWM, Kangar.
Sehubungan dengan itu juga pihak Ko Wahida akan mengadakan taklimat khas di Jakarta bersama PT AWMIT setelah draft perjanjian selesai.
Ko Wahida akan memulakan siri penerangan ke seluruh program HPA dalam waktu terdekat.
Sekian

Maklumat Terkini Mesyuarat ALK

. Saturday, September 3, 2011
0 comments

Salam
Kepada seluruh ALK Ko Wahida, berikut adalah maklumat terkini mengenai mesyuarat ALK yang akan berlangsung pada 8hb Sept 2011, jam 9.00 pagi, lokasi di Bilik Meeting AWM, Kangar, Perlis.

1. Perpindahan HQ Ko Wahida ke Jejawi Arau, Perlis.
2. Projek Kopi Radix ke Indonesia.
3. Penubuhan unit projek Tender Kementerian Keewangan Malaysia.
4. Lapuran Bangunan 5 Tingkat KoWahida.
5. Projek Ar Rahnu sebagai pemangkin Ko Wahida(Pajak Gadai Islam)
Sehubungan dengan itu di minta supaya semua ALK dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat tersebut.
Sekian.

Share

Share |