Showing posts with label Cawangan. Show all posts
Showing posts with label Cawangan. Show all posts

PEMBUKAAN CAWANGAN DI WAKTU KELAS MINGGUAN

. Monday, April 6, 2009
0 comments

SALAM SEMUA SEKALI.

Saya berharap Pengurus Zon dapat memastikan hal seperti berikut;

  • Sila pastikan mulai sekarang, sekiranya ada kelas mingguan, maka cawangan harus beroperasi hingga selesai kelas mingguan.
  • Kita mendapati ada cawangan yang memadam lampu antara jam 6.00 petang hingga 9.00 malam, menutup pintu cawangan sehingga menimbulkan keraguan mereka yang datang.
  • Mulai sekarang sila aturkan jadual supaya di hari kelas mingguan, cawangan di buka operasinya (jangan tutup lampu) kerana ada pengedar yang datang awal untuk membuat belian.

Minta semua cawangan yang berkaitan sila ambil perhatian segera.

KEPADA PJS DAN PENGANJUR KLASS. SILA PASTIKAN KLASS DI TAMATKAN SEBELUM JAM 12 MALAM. (INI ADALAH BERKAITAN DENGAN KESELAMATAN DAN PERATURAN SYARIKAT DAN NEGARA)

KEARAH KHIDMAT PELANGGAN YANG BERKUALITI

KHIDMAT PELANGGAN DARI CAWANGAN

. Sunday, April 5, 2009
3 comments

Salam seluruh staff cawangan:
Saya berkunjung ke beberapa cawangan baru-baru ini. Saya masih mendapati staff masih lagi bersikap kaku dan tiada sebarang ucapan menyambut para pelanggan yang datang berkunjung ke cawangan. Masih seperti kurang percaya diri.
Mulai hari ini berkuat kuasa serta merta pastikan hal ini di laksanakan
1. Ucapkan dengan jelas pada seluruh pelanggan yang berkunjung " Assalamualaikum Selamat Datang"
2. Pastikan juga sebelum pelanggan meninggalkan cawangan ucapkan " Terima kasih. Datang Lagi"
Sila pastikan ucapan ini di sebut dengan terang dan jelas. Saya akan meneliti dan mendapatkan info dari masa ke semasa.

PERHATIAN PADA SELURUH CAWANGAN HPA

. Thursday, April 2, 2009
0 comments

Saya mendapati ada lapuran cawangan yang ditutup operasi awal dari sepatutnya. Suka saya ingatkan bahawa kita tidak boleh memberikan apa-apa alasan untuk melakukan demikian. Komplen yang saya terima dari pengedar Lembah Klang amat mengecewakan saya.

Tindakan menutup awal tanpa kebenaran dari HQ akan menjejaskan prestasi dan imej syarikat yang dianggap tidak ada peraturan kerja tetap. Pengedar amat kecewa dengan keadaan ini. Mereka datang untuk berurusniaga, namun kecewa bila melihat cawangan ditutup. Ini menjejaskan sama sekali konsep khidmat pelanggan cawangan tersebut.

Sehubungan dengan itu, sila patuhi arahan ini serta merta. TIDAK ADA ALASAN UNTUK SESUKA HATI MENUTUP OPERASI TANPA KEBENARAN HQ.

Share

Share |