Saya mendapati ada lapuran cawangan yang ditutup operasi awal dari sepatutnya. Suka saya ingatkan bahawa kita tidak boleh memberikan apa-apa alasan untuk melakukan demikian. Komplen yang saya terima dari pengedar Lembah Klang amat mengecewakan saya.
Tindakan menutup awal tanpa kebenaran dari HQ akan menjejaskan prestasi dan imej syarikat yang dianggap tidak ada peraturan kerja tetap. Pengedar amat kecewa dengan keadaan ini. Mereka datang untuk berurusniaga, namun kecewa bila melihat cawangan ditutup. Ini menjejaskan sama sekali konsep khidmat pelanggan cawangan tersebut.
Sehubungan dengan itu, sila patuhi arahan ini serta merta. TIDAK ADA ALASAN UNTUK SESUKA HATI MENUTUP OPERASI TANPA KEBENARAN HQ.
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana Meninggalkan Mesej