Salam seluruh staff cawangan:
Saya berkunjung ke beberapa cawangan baru-baru ini. Saya masih mendapati staff masih lagi bersikap kaku dan tiada sebarang ucapan menyambut para pelanggan yang datang berkunjung ke cawangan. Masih seperti kurang percaya diri.
Mulai hari ini berkuat kuasa serta merta pastikan hal ini di laksanakan
1. Ucapkan dengan jelas pada seluruh pelanggan yang berkunjung " Assalamualaikum Selamat Datang"
2. Pastikan juga sebelum pelanggan meninggalkan cawangan ucapkan " Terima kasih. Datang Lagi"
Sila pastikan ucapan ini di sebut dengan terang dan jelas. Saya akan meneliti dan mendapatkan info dari masa ke semasa.
3 comments:
kalau bisa ketika pelanggan ingin meninggalkan cawangan....bukakan pintu and say Terima Kasih,Datang Lagi n Assalamu'alaikum
salam. kalau nak buka pintu tu tak praktikal.memadai dengan ucapan.
SATU LAGI INGIN SAYA MAKLUMKAN CEK DALAMAN HANYA BOLE DITUKAR DENGAN PRODUK
Haha, ini komen paling lawak menggelupur la GM HPA pernah buat. Saya kerap berurusan dengan HQ di Jejawi. Mula-mula saya berurusan dengan HQ, rasa macam menyesal sungguh dan hampeh belaker masuk HPA. Namun saya kuatkan azam kerana join HPA bukan kerana umat Melayu dan Islam semata-mata, TETAPI KERANA MEMPERJUANGKAN ISLAM. Rata-rata saya melihat, staff HPA memang kaku habis bila berurusan dengan klien. Tak dinamik langsung. Saya rasa kaum Semang dan Iban (bukan Islam) kat Sarawak sana pun, jauh lebih mesra dan tahu berkomunikasi secara body language berbanding staff HPA. Bezanya macam langit dengan bumi. Percayalah (ambil tone dan pitching siti...), hampir semua cawangan2 HPA, semua klien dilayan agak macam hampeh dan kaku. Yang bernasib baiknya ialah, ahli2 yang join HPA memang hatinya kuat berpegang dalam memperjuangkan produk2 Islam dan HPA. Sbb tu kami tak kesah sangat walau dilayan "derk" jer oleh staff2 HPA terutama di HQ.
Ello GM? Takder ke kelas grooming untuk staff HPA. Ceramah agama saja, makanan jiwa untuk diri sendiri jer. Ilmu pemikat pengguna baru dan pengembangan bisnes, kene diberi latihan sama. Kelas bahasa Inggeris (proper pronunciation yang bukan Malay-flavoured perlu juga. I bagi contoh mcm Zeti Aziz ka..). Ini speech memang kampung giler. Kalau angan nak Global, kene slang abis macam Obama tu. (Bukan lama sangat nak training jadi camni, sebulan dua jer dah boleh mastering dah). Baru ELKEN terkejut biawak sikit. Dunia perniagaan banyak cara nak memikat pelanggan. Pekej sebegini kena ada. Jangan la bagi alasan orang Jepun, German, Perancis tak mastering pun boleh berjaya! Kita bukannya ada pekej yang depa ada, baik tiru dulu! Then see what will happen next.
Rasanya Pak Su Simpang Empat memang setuju dengan komen saya.
Post a Comment
Terima Kasih kerana Meninggalkan Mesej