KHAS UNTUK SELURUH ZON DAN CAWANGAN

. Friday, April 10, 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

HARI CAWANGAN BEROPERASI
Mulai hari ini semua cawangan di seluruh Malaysia akan beroperasi pada setiap hari walau pun cuti umum kecuali Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha. Pengurus Operasi Zon sila ambil perhatian dan atur jadual kerja. Pengurus Operasi juga dikehendaki mengadakan kunjungan ke cawangan bagi memastikan operasi cawangan berjalan dengan lancar.
Pengurus Cawangan dikehendaki segera mengambil perhatian dalam hal ini secara positif. Kita perlu bergerak lebih jauh kehadapan dalam perjuangan kita.
TAMBAHAN
Apakah arahan kerja diatas merupakan suatu kezaliman? Seharusnya kita mengambil arahan ini dalam perspektif yang positif. Tidak lah bermaksud bila arahan ini dikeluarkan maka staff tidak ada hak untuk bercuti. Semua staff ada hak bercuti. Kalau kita hendak berjaya kita harus sentiasa kehadapan. Banyak syarikat dinegara kita menjalankan perniagaan 365 hari tanpa ada masaalah. Dikala dunia masa kini menghadapi kegawatan, ramai orang hilang pekerjaan, ramai pekerja hilang hak (gaji turun, tiada insentif, diberikan cuti separuh gaji dsbnya) warga HPA seharusnya melahirkan kesyukuran diatas kejayaan yang di nikmati. Kita seharusnya mengambil langkah proaktif dan mempersiapkan kekuatan mental dan fizikal bagi mencapai kejayaan.
Saya pada awal penubuhan HPA( 13 tahun lampau) memulakan karier sebagai pemandu van, penjual produk HPA, pengisi ceramah dan pengutip dana (all in one). Semua para GM yang ada sekarang mengharungi cabaran yang cukup hebat. Semuanya bermula dari bawah dan bukannya terus berada di awangan. Para staff generasi baru pun akan bakal menikmati kejayaan seperti ini pada suatu masa akan datang sekiranya berani berdepan dengan cabaran.
Wasallam

0 comments:

Share

Share |