Salam
Saya dengan ini memohon semua PJS Malaysia dan Indonesia khususnya menyemak kembali syaratbdan peraturan dan soal jawab yang telah saya keluarkan sebelum ini di dalam blog tidak timbul kekeliruan dan salah faham mengenai siapa yang layak dan sebaliknya. Ini khusus dalam soalan siapakah yang layak memiliki hak pengarah jati di bawah untuk insentif ke China, Umrah dan Haji. Jawaban ada dalam soal jawab.
Layari info saya di
http://gmalwahida.blogspot.com/2009/12/soal-jawab-insenti-taawun.html
Keputusan Insentif Taawun
Kepada PJS dan Pelapis
Salam
Selaras dengan menjadikan MLM HPA sebagai MLM syariah, maka semua PJS dan Pelapis di kehendaki memulakan klas mingguan bagi memahamkan diri dan jaringan akan terma terma, maksud dan beberapa kefahaman yang terdapat dalam MLMS HPA.
Ini adalah penting dalam usaha untuk memantapkan lagi perjalanan MLMS supaya menjadi suatu realiti
Info khas untuk Para Pelapis
Salam.
Kepada para Pelapis dan mereka yang bakal memohon Pelapis yang akan hadir dalam program khas pada 14&15hb Dis 2010 dikehendaki bersiap sedia dari segi fizikal dan mental serta mematuhi arahan semasa yang dikeluarkan oleh syarikat. Arahan dari AWM akan di salurkan kepada Presiden Pelapis dan dengan ini GM meminta supaya para Pelapis segera merujuk kepada Presiden masing-masing. Hanya mereka yang berdaftar di bawah Presiden sahaja di terima masuk dalam program terrsebut. AWM tidaka akan sama sekali melayan mana-mana peserta yang tidak di daftarkan melalui Presiden masing-masing. Ini adalah sebagai latihan membina kepimpinan sebelum di serapkan ke PJS nanti. Selepas ini tidak akan ada perlantikan PJS di luluskan tanpa melalui KELAB PELAPIS.
Info terkini
Posted by
GM
at
Thursday, November 18, 2010
.
0
comments
Berita baik untuk Staf HPA seluruh negara. PU telah memberi tambahan cuti sehari lagi menjadi 3 hari kepada sehingga 19hb Nov 2010. Cawangan, HPA Halal Mart dan Pasaraya HPA akan mula beroperasi pada 20hb Nov 2010. Harap ambil perhatian
Salam Idul adha
Salam.
Dengan segala hormat, GM mengucapkan salam Idul Adha kepada semua warga HPA. Sehubungan dengan itu seluruh cawangan HPA Malaysia akan bercuti pada hari pertama dab kedua Idul Adha. Sekian. Wasallam
Berita Duka
Adalah di maklumkan bahawa ANAK lelaki kepada PJS Nadzri telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan pada awal pagi tadi semasa beliau hendak kesekolah. Al Fatihah
HPA Perlis di tutup kerana banjir
Salam semua warga HPA,
Di sebabkab oleh faktor banjir buruk melanda utara Malaysia termasuk Perlis, maka operasi HQ, Kilang dsbnya terpaksa di tutup sementara waktu sehingga keadaan menjadi pulih.
Sekian. Wasallam