Recyle botol plastik untuk TABUNG MANHAL

. Friday, February 25, 2011
0 comments

Salam kepada seluruh warga HPA
Mulai sekarang tuan dan puan boleh melaksanakan sumbangan kepada MANHAL dengan memulangkan botol botol plastik semua jenis air minuman dan botol plastik produk ubatan herba ke seluruh cawangan dan kios sebagai projek kitar semula untuk penghasilan plastik sampah. Keuntungan penjualan plastik sampah akan di masukan kedalam tabung MANHAL.
Sekian

Berakhirnya MANTAP Siri 1

GM mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada seluruh peserta MANTAP di atas kejayaan mereka yang begitu baik. Kenyataan dari Tuan Haji Ismail bin Hj Ahmad selaku Pengarah Urusan 1 HPA, bahawa MANTAP akan dijadikan program utama selain PBC, PIC, Herbalis dsbnya. Sehubungan dengan itu saya menyarankan pada seluruh PJS dan Pelapis yang belum menyertai MANTAP supaya mendaftar pada program akan datang. Ini kerana MANTAP merupakan salah satu syarat utama kelayakan menjadi PJS dan PELAPIS pada akan datang.
Tahniah pada seluruh peserta
Tahniah pada seluruh AJK
Terima kasih pada Team Penunjuk Arah Banjaran Nakawan
Terima kasih pada Eagle Resort Bukit Ayer

MANTAP menguji sejauh mana ketahanan minda. Bila minda kita hebat, maka ia akan mengatasi kelemahan fizikal kita steterusnya melahirkan kekuatan luar biasa.

Arahan semasa ke enam dan info MANTAP

. Sunday, February 20, 2011
0 comments

Salam
Keistimewaan program MANTAP adalah tuan dan puan akan di iringi oleh Pengarah Urusan serta penunjuk arah menjelajahi Banjaran Nakawan yang menghubungkan Negara Thailand dan Perlis Indera Kayangan. Kita akan di bawa melihat khazanah hutan yang penuh dengan kekayaan herba.
Sehubungan dengan itu arahan ke enam adalah setiap peserta di wajibkan membawa SARUNG TANGAN kain kasar ( boleh didapati di kedai hardware ).
Sekian. Wasallam

Info kepada PELAPIS

. Saturday, February 19, 2011
0 comments

Salah satu syarat utama didalam program kenaikan ke PENGARAH JATI SETIA adalah telah menyertai dengan jayanya program MANTAP. Begitu juga dengan syarat perpanjangan syarat PJS dari masa ke semasa di mana salah satu dari syarat utama adalah penyertaan di dalam program MANTAP.

Arahan semasa ke lima

. Friday, February 18, 2011
0 comments

Khusus untuk peserta wanita
Warna KAIN TUDUNG untuk peserta wanita adalah putih tidak bercorak. Sila patuhi arahan ini tanpa bantahan. Sila sebarkan pada para peserta.

Peringatan Keras kepada Peserta MANTAP

HQ melarang sama sekali kehadiran peserta MANTAP menggunakan proksi individu. Sekira proksi hadir maka pihak HQ tidak akan membenarkan dan segala kos adalah tanggungjawab sendiri.

Arahan keempat Program Mantap (AMAT TERLALU PENTING)

. Thursday, February 17, 2011
0 comments

Mohon semua peserta yang membaca blog ini khususnya para presiden supaya menyebarkan arahan keempat.
Arahan: Sila pastikan semua peserta membawa KAIN TUALA dan KAIN BASAHAN MANDI. Kegagalan membawa 2 perkara ini akan menyebabkan anda gagal untuk mandi.
SEKIAN

Program Pemantapan Kini di Isytihar " MANTAP "

. Monday, February 14, 2011
0 comments

Salam pada bakal peserta
Siapkan Mental & Fizikal mulai sekarang. Lakukan perubahan diri.
MANTAP akan memantapkan anda semua.

Info tambahan
Peserta di sarankan supaya tidak membawa barang berharga seperti barang kemas dsb serta jumlah wang yang banyak. Pihak urusetia bagaimana pun menyediakan khidmat menyimpan barang barang tersebut sekira para peserta memerlukannya.

Arahan Ketiga Peserta Pemantapan PJS, Pelapis dan Ex Herbalis

. Saturday, February 12, 2011
0 comments

Salam.
Kepada Presiden dan SU KPA, KPU, KPS dan KPT
Peralatan dalam kumpulan
Setiap Kelab dikehendaki menyediakan seperti berikut;
1. 4 biji periuk nasi berkapasiti 10 orang makan bagi setiap periuk.
2. 4 biji periuk lauk berkapasiti 10 orang makan bagi setiap periuk.
3. Senduk yang secukupnya.

Kepada seluruh peserta di kehendaki membawa pinggang dan gelas sendiri untuk tujuan makan.
Begitu juga setiap peserta wajib membawa 3 Pen Marker(Merah, Biru dan Hitam).

Selamat membaca dengan penuh kesabaran dan insyallah kejayaan bersama kita semua.

Arahan Kedua Bakal Peserta Pemantapan PJS dan Pelapis

. Friday, February 11, 2011
0 comments

Semua peserta dikehendaki wajib mendaftar seperti berikut;
22hb Feb 2011 jam 6.00 petang
Lokasi: Hotel Amir Ramadhan, Komplek Wahida, Jejawi, Perlis
Kos pendaftaran: RM 100 perorang( termasuk penginapan, pengankutan dan makanan )

*SILA BAWA BEKALAN MAKANAN SENDIRI SEPERTI SARDIN HPA, BERAS, BAWANG, LIMAU NIPIS dan MINUMAN HPA

Arahan Pertama Peserta Program Pemantapan PJS dan Pelapis

Semua peserta di wajibkan untuk menghafal 2 lagu UNIC
1. Lagu Usahawan
2. Hijrah
Sila dapatkan album UNIC dan pastikan tuan dan puan menghafal lagu tersebut.

Program Pemantapan PJS dan Pelapis pada 23&24hb Feb 2011

. Tuesday, February 8, 2011
0 comments

Perhatian seluruh PJS dan Pelapis Malaysia
Kepada tuan dan puan yang mendaftarkan diri menghadiri program pemantapan PJS dan Pelapis pada 23 & 24 hb Feb 2011 di Taman Herba , Bukit Ayer, Perlis diminta untuk seperti berikut;

1. Reconfirm kehadiran anda dengan menghubungi setiausaha PJS Kelab masing masing atau sms terus ke En Kamal pada no hp 0134804717 selewat lewatnya pada 15hb Feb 2011.
2. Bagi yang tidak mendaftar tetapi ingin hadir boleh memohon dengan menghubungi terus En Kamal.
3. Peralatan wajib di bawa;
- peralatan mandi (sabun, ubat gigi, tuala dsbnya)
- pakaian sukan ( kasut, seluar sukan, t shirt bagi lelaki dan pakaian sukan untuk muslimat)
- pakaian solat termasuk sejadah
- selipar
- alatan menulis termasuk buku nota, marker pen, pen, pensil dan yang difikirkan perlu
- Al quran dan Wirid Matsurat
- Ubatan sendiri seperti minyak but but dan produk HPA yang difikirkan untuk kegunaan sendiri.
4. Peserta tidak di sarankan membawa peralatan komputer pada hari program tersebut.
Sebarang perubahan atau penambahan maklumat akan GM infokan dari waktu ke waktu.
Sekian. Wasallam

Modul Khas Perlatihan JAWI Water Filter & Jam Tawaf

. Wednesday, February 2, 2011
0 comments

Salam
Pres dan Pres Pelapis KPA, KPU, KPS, KPT dan KPB
Pengurus Zon
GM akan turun ke zon untuk mengadakan taklimat khusus mengenai latihan khusus untuk penjualan produk tersebut.
Tarikh dan lokasi akan di maklumkan dalam waktu terdekat.

Share

Share |