Ramai yang bertanyakan mengenai soalan penajaan/sponsoring MALAYSIA/INDONESIA. Berikut adalah jawapan dari saya;
SOALAN: Bolehkah saya melakukan penjaan ke Indonesia dan bagaimana caranya?
JAWABAN: Boleh. Penajaan antara Indonesia dan Malaysia boleh dilakukan secara timbal balik. Caranya adalah anda perlu menggunakan kit niaga yang dikeluarkan samada dari Malaysia ataupun Indonesia. Tetapi sebaiknya distributor yang hendak di sponsor disarankan menggunakan kit niaga di negara setempat kerana lebih sesuai pada aspek bahasa, marketing plan dan produk.
SOALAN: Berapa harga keanggotaan di Indonesia dan Malaysia?
JAWABAN: Menjadi keangotaan di Malaysia adalah RM 30 manakala di Indonesia Rp 60ribu. (Nilai tukaran adalah kurang lebih RM 1 = Rp 2000-2500)
SOALAN: Sekiranya saya distributor Malaysia ke Indonesia dan melakukan pembelian di mana-mana cawangan di Indonesia apakah akan di masukan sebagai nilai mata(NM/PV)?
JAWABAN: Keanggotaan Malaysia dan Indonesia adalah satu kad satu pasaran. Kad/Kartu keanggotaan/keahlian HPA sah diperlakukan di Malaysia dan Indonesia. Namun kita perlu tahu kadar tukaran nilai mata adalah 1NM Malaysia bersamaan dengan 2000NM Indonesia.
SOALAN: Apakah yang membezakan keanggotaan antara 2 negara?
JAWABAN: Tidak ada apa-apa perbezaan. Cumanya sekiranya anda memiliki keanggotaan Malaysia dan anda membeli/belanja di Indonesia sila pastikan nombor keanggotaan anda di catatkan lengkap. Sebagai contoh 123456.MY01(Id Malaysia). Begitu juga sebaliknya sekiranya anda memiliki keanggotaan Indonesia dan melakukan pembelian/ belanja di Malaysia pastikan juga nombor keanggotaan anda di catatkan lengkap. Sebagai contoh 123456.ID01(id Indonesia).
SOALAN: Apakah jenis produk di Malaysia sama dengan di Indonesia?
JAWABAN: Tidak. Terdapat perbezaan kadar harga dan penjenisan produk antara dua negara ini.
SOALAN: Bolehkah stokis membuat pembelian melintasi negara?
JAWABAN: Tidak boleh. Ini disebabkan oleh akan berlaku kode konflik disebabkan oleh perbezaan produk dan Nilai Mata. Hanya distributor/pengedar sahaja yang boleh melakukan pembelian melintasi negara. Agen Stok tidak dibenarkan melakukan. Sebagai contoh stokis Indonesia tidak boleh membuat pembelian di Agen stok Malaysia dan begitu juga sebaliknya. Sekiranya mereka melakukan, maka nilai mata tersebut tidak akan di proses didalam system.
Sekiranya mereka melakukan, maka nilai mata tersebut akan dijadikan nilai mata peribadi.
SOALAN : Bagaimanakah sekiranya saya mempunyai 2 ID iaitu satu id di Malaysia dan satu ID di Indonesia?
JAWABAN : Keanggotaan yang melebihi 2 keanggotaan mestilah ditamatkan salah satu daripadanya..
SOALAN :Adakah nilaimata yang dibeli di Malaysia akan dicampur dengan nilaimta di Indonesia ?
JAWABAN : Ya, kerana satu kad/kartu satu pasaran.
SOALAN : Bagaimanakan sekiranya saya ingin menaja semula anggota yang telah mempunyai no id ?.
JAWABAN:Boleh dengan syarat
1. Tidak aktif sejak tahun 2003 dan sebelumnya
2. Mesti membuat permohonan terlebih dahulu
Sekiranya anda ada soalan tambahan sila emailkan pada saya di cwahidagm@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana Meninggalkan Mesej