GM ke Palembang baru-baru ini dalam rangka program HPA GROOM BIG dan pertemuan dengan pengusaha setempat. Alhamdulillah Kota Palembang kini pesat membangun dari segi prasarana jalan, shopping kompleks, airport, hotel, bangunan-bangunan baru dan tidak ketinggalan juga pertumbuhan jaringan HPA.
GM sempat bertemu dengan seorang PJS dari Medan yang sanggup memandu(steer mobil) kereta Toyota Rush sejauh 800 KM ke Palembang yang memakan waktu lebih dari 2 hari. Menempuh jalan berliku, gunung ganang dan hujan. GM bertanyakan " kamu tidak letih ka?" kerana bagi rakyaat Malaysia itu suatu kerja luar biasa. Kata beliau " kami udah biasa, malah tidak ada masaalah pun kalau memandu mobil dari Medan ke Surabaya yang mengambil jangka waktu 1 minggu".
Walaupun HPA serba kurang fasilitas(produk dan program) di Indonesia, namun itulah yang dikatakan sebagai PERJUANGAN. Kata mereka" Banyak MLM yang menyediakan fasilitas yang cukup baik, namun kami tetap memilih HPA kerana situ ada PERJUANGAN".
GM melihat ini sebagai suatu renungan untuk kita semua. Apakah kita yang berada di pentas yang lebih selesa tidak melihat ini sebagai suatu PERJUANGAN atau dengan selamba kita mengatakan setiap manusia ada ujiannya yang tersendiri.
TAHNIAH PADA SELURUH DITRIBUTOR HPA INDONESIA YANG SENTIASA MENANTI HPA DENGAN PENUH SABAR.
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana Meninggalkan Mesej