Berikut adalah kenyataan resmi mengenai penarikan ayam organik HPA;
Pihak pengurusan mengambil keputusan menarik semua stok ayam organik di pasaran kerana beberapa faktor seperti berikut;
1. Memastikan ujud sisitem Standard Operation Prosedure mengenai pengurusan stok ayam di cawangan bagi memastikan kualiti ayam terjamin.
2. Memastikan selepas ini akan di catitkan tarikh ayam di sembelih bagi kepuasan pengguna.
3. Mengemaskini pengurusan pusat penyembelihan supaya lebih bersistematik.
Namun disini saya ingin menegaskan penarikan ayam organik tidak akada kaitan dengan berita di KOSMO dan METRO tempoh hari dan saya telah pun membuat penjelasan.
Operasi RFC dan RCH tetap berjalan seperti biasa kerana telah ujud SOP pengurusan ayam.
Insyallah ayam akan kembali memenuhi pasaran dalam tempoh selewat-lewatnya 45 hari.
4 comments:
Stok ayam di Agen Stok pula macamana? Adakah perlu dipulangkan? Kenapa setiap kali berlaku penarikan produk daripada cawangan , produk yang berada di Agen Stok tidak terlibat sama ? Kenapa Agen Stok sering dilupakan dalam soal-soal ini ? Adakah salah untuk pihak Syarikat menjual produk yang tiada SOP tetapi tidak bagi Agen Stok.Jangan lupa Agen Stok juga membawa topi yang sama ...iaitu HPA
salam pada abd halim.sila pulangkan jika masih ada stok.
Wsalam arahan pemulangan seharusnya ditujukan kepada semua agen stok bukan kepada saya seorang sekiranya produk tersebut tidak mematuhi SOP. Stok saya tidak sempat dipulangkan kerana habis dijual apabila mereka tahu bekalan ayam akan terputus dalam tempoh yang lama. Sepatutnya stok baru yang akan memasuki pasaran perlu disediakan dengan mematuhi SOP dan bukannya menarik terus bekalan yang telah memasuki pasaran agar tidak timbul pertanyaan dikalangan ahli dan tidak berlaku kekosongan yang begitu lama ketiadaan ayam dipasaran. Maaf sekiranya telah menjual ayam yang tidak sepatutnya dijual kepada ahli. Nampaknya kena mohon maaf kepada mereka semua kerana telah menjual produk yang tidak mematuhi spesifikasi selama ini
Elok laaa Abd Halim minta maaf. Kalau nak henti jadi Pusat Jualan pun bagus juga. Kami di HPA tidak berminat dengan gaya dan cara Abd Halim berbicara yang tidak beradab.
Post a Comment
Terima Kasih kerana Meninggalkan Mesej