Mengisi Program Mingguan

. Monday, November 9, 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Salam satu HPA
Salah satu dari rukun MLM adalah perlatihan. Lebih dikenali sebagai "meeting". MLM tidak akan berfungsi dengan sempurna kalau perlatihan tidak diberikan secukupnya.
Ada pengedar baru yang email terus ke GM bertanyakan apakah HPA tidak mengujudkan perlatihan. GM jawab ada. Diantaranya adalah KPJ dan PBC. Namun pengedar tersebut masih mempersoalkan mengenai satu lagi perlatihan iaitu BOP(Business Orientation Programme) atau lebih dikenali sebagai kelas awal bagi pengedar baru. Salah satu sebab kenapa keaktifan pengedar tidak bertahan lama adalah amat kurangnya kelas mingguan. Sebagai contoh di zon timur sendiri daripada 31 cawangan dan kios hanya 16 sahaja ada kelas mingguan, sedangkan 10 cawangan yang lengkap dengan dewan masih kosong dan tidak digunakan (5 cawangan tak ada dewan).
GM amat berharap pada semua komuniti kelab supaya segera mengujudkan kelas mingguan. Ini adalah untuk memastikan dewan yang sedia ada dapat digunakan.
Wasallam

3 comments:

KOTAKITA said...

Salam. Bagi menjamin ikatan pengedar bertahan lama bersama HPA, program pertemuan mingguan perlu digandakan kerana tak cukup sekali seminggu dan ia hendaklah dipantau oleh PJS melalui Kelab2 yang dibentuk. Tak pun, leader2 tempatan dilatih untuk membuat pengisian program di caw. Justeru Kursus Khas bagi memakmurkan caw hendaklah dibuat oleh Kelab secara bersistematik. Peranan herbalis juga boleh dimanfaatkan untuk memberi ilmu agar lahir usahawan herbalis melalui kursus2 ilmu perawatan berkala di caw2 HPA. Masalahnya, tiada prosedur yang jelas cara untuk menggunakan dewan di caw hingga berlaku perselisihan dan salah faham antara pengedar dalam hal ini. Ada yang perlu minta kebenaran PJS berdekatan caw. Ada yang mesti melalui JK Komuniti. Ada juga yang perlu mendapat kelulusan pengurus caw dan sebagainya. Akhirnya kerana karenah birokrasi ...caw ada yang terbiar lesu selesu kebanyakan masjid yang indah tapi hanya dimakmurkan sang cicak saja.

GM said...

salam
bagi menggunakan dewan perlu memohon pada cawangan dan menginfo pada komuniti setempat.ini adalah untuk mengelakan berlaku pertembungan. sesiapa saja bole menggunakan dewan tersebut.sebenarnya prosedur telah di keluarkan sejak dari dahulu lagi.
Bagi saya bukan istilah kebenaran dari PJS atau komuniti, tetapi menginfo supaya pemantauan dapat dibuat. pernah berlaku program yang tak dimaklumkan tetapi dibuat tidak mengikut etika HPA itu sendiri.
Jadi saya rasa kita sama-sama mempermudahkan bagi memastikan missi kita tercapai
wasalam

crewradix said...

En KOTA KITA BUAT KAT TEMPAT SENDIRI LA KLU TAK NAK ADA BIROKRASI..KLU RASA CAWANGAN HPA SAMA CAM MASJID YG BYK CICAK,APA LAGI AJAK2 ORG KAMPUNG IMARAHKAN MASJID DAN CAWANGAN HPA BERDEKATAN...JGN LUPA CUCI SKALI TAIK CICAK YG BERSEPAH2 TU...

Share

Share |