PJS SITI HABIBAH BT YUSUF - PRESIDEN KELAB PEMIMPIN SELATAN (KPS)
Tanggal 4 Mac 2010, Khamis mengukir satu sejarah bagi kepimpinan baru bagi HPA zon selatan. Mesyuarat pembentangan dan penubuhan Kelab Pemimpin Selatan (KPS) yang telah diadakan di Dewan Nuruddin Fahmy, Kluang, Johor. Majlis dimulakan jam 10 pagi dengan ucapan GM Zon Selatan, En. Abd. Ghani dengan taklimat perkembangan terkini HPA di zon selatan.
Seterusnya GM AWM, En. Mohd. Faisol Abd. Rahman telah menyampaikan kata-kata amanat dan nasihat sebelum mengumumkan perlantikan jawatankuasa KPS yang diputuskan oleh pihak pengurusan HPA.
Berikut adalah senarai Jawatankuasa Kelab Pemimpin Selatan (KPS)
Presiden : PJS Siti Habibah Yusuf
Timbalan 1 : PJS Rahmat Daim
Timbalan 2 : PJS Mohd. Shafie Tasiron
Setiausaha : PJS Alimah Sam
Bendahari : PJS Evi Shoraiya
Unit Kehalian : PJS Maslizar, PJ Rahmah, PJ Nasimah Musa
Unit Kebajikan : PJS Fauziah, PJS Rogayah, PJ Mirzatul
Unit Latihan : PJS Rosli Daud, PJS Naziadi, PJRoslina
Unit IT dan Sebaran : PJS Shafikk, PJS Rahim Mutawil, PJ Hassan
Unit Perubatan Jawi : PJS Zahirah, PJS Rosjulila, PJ Ust. Abd. Hadi
Majlis penyerahan watikah perlantikan yang ditandatangi oleh Pengarah Urusan HPA dan GM AWM telah disempurnakan oleh EN. Mohd. Faisol dan En. Abd. Ghani.
Presiden KPA, PJS Hafidzan dan Presiden KPU, Tn. Hj. Azizan telah dijemput memberikan ucapan, motivasi dan perkongsian pengalaman dalam menguruskan KPA dan KPU. Presiden KPT, PJS Ust Ramizu tidak dapat hadir.
Mesyuarat pertama jawantankuasa KPS telah diadakan sebelah petang jam 3 pm bagi membincangkan aktiviti yang akan dijalankan terutamanya Program Gen 2 Zon Selatan yang telah ditetapkan pada bulan April.
Tahniah kepada Jawatankuasa KPS. Semoga Allah beri kekuatan dalam menjalankan amanah ini.
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana Meninggalkan Mesej