Tentatif terkini majlis HPAIC 2nd Oct 2010(LATEST)
Labels: HPAicRayuan dari GM pada semua.
Perhatian pd PJS HPA International. PJS Ajid Muhshin bin Muhsin antara figure awal pengembangan HPA di Indonesia sedang menderita stroke beberapa bulan yang lalu kini di masukan ke Rumah Sakit . All HPA bersimpati diatas kejadian ini dan GM memohon kita semua mengadakan Solat Hajat selepas Isyak hari ini khamis mal...am jumaat. Moga kita berdoa pada Allah swt supaya beliau dapat kembali sehat. ARAHAN SERIUS DARI GM
PENGGUNAAN SISTEM DI HPA
Program Qurban Masyarakat Campa Cambodia
Salam seluruh warga HPA
HPA Cambodia akan sedang berusaha untuk membantu Masyarakat Muslim Cambodia(Campa) dalam program Qurban. Sesungguhnya Masyarakat Muslim Cambodia hidup dalam serba kekurangan dan amat begitu daif. Sehubungan dengan itu demi sesuap daging yang di makan setahun sekali, marilah tahun ini kita menyalurkan ibadat Qurban kita kepada masyarakat tersebut. Setiap tahun daging Qurban di negara kita melimpah ruah dan berputar dikalangan kita, sedangkan ibadah Qurban bertujuan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Bagi yang ingin bersama HPA CAMBODIA dalam ibadah Qurban ini boleh menyalurkan kepada HPA Malaysia dengan menghubungi saudara Khidir Osman(staff AWM) pada no hp 0194582205. Harga setompok RM 200(termasuk kos pengurusan sembelihan dan sebagainya). Pembayaran boleh di lakukan dengan bayaran melalui akain bank Al Wahida Marketing Sdn.Bhd. dan Fax slip bank ke Pejabat AWM. Sebarang pertanyaan sila hubungu Sdr Khidir.
Insyallah kita bercadang untuk menyumbang sebanyak mungkin pada tahun ini.
Berita Duka.
Salam seluruh warga HPA,Al Fatihah kepada staff HPA dan 2 anak beliau yang turut terkorban dalam kemalangan baru baru ini. Mohon Pejabat Cawangan di Sabah dan Serawak khususnya mengadakan majlis tahlil(up En Idzham)
Tiga sekeluarga terkorban di pagi Aidilfitri
LAHAD DATU 11 Sept. - Tiga beranak terbunuh selepas kereta Proton Saga yang dinaiki terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 4, Jalan Lahad Datu-Sandakan dekat sini pada pukul 5.30 pagi semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Supritendan Bong Kuet Khiun berkata, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Sabaruddin Sakka, 31, dan dua anaknya, Norsyafiqa, 5, serta Mohd. Sahirzan berusia tiga tahun.
Katanya, Sabaruddin dan Norsyafiqa meninggal dunia di Hospital Lahad Datu (HLD) manakala Sahirzan meninggal di tempat kejadian.
"Kesemua mangsa mengalami kecederaan parah pada badan dan kepala," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, isteri Sabaruddin iaitu Saidah Misji, 26, pula cedera parah dan telah mendapatkan rawatan di HLD apabila patah tulang kaki kiri.
Kuet Khiun berkata, kenderaan yang dipandu Sabaruddin dilaporkan dalam perjalanan dari Beaufort, Kota Kinabalu menuju ke Lahad Datu.
Katanya, mangsa dikatakan telah hilang kawalan setiba di tempat kejadian sebelum terbabas ke bahu kiri jalan lalu terjunam ke dalam parit.
Jelasnya, hentaman kuat akibat kemalangan tersebut menyebabkan kereta mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian depan.
Tambahnya, semua mayat mangsa telah dihantar ke HLD bagi menjalani bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.
Produk Selepas Idul Fitri
Setelah puas makan daging, nasi beraini, lemang, kek dan macam-macam juadah berkolesterol tinggi, maka jom kita amalkan Alkalizing ChloropHyll Drops. Kurangkan asid berlebihan dalam badan. Pengamalan ACD ini amat mustahak khusus kepada para pengempur Radix.....
Salam Idul Fitri
Saya Mohammad Faisol b Abd. Rahman, isteri saya Jamilah bt Omar & Riska Anggraini serta anak kami Siti Nur Aisyah, Mohammad Farhan, Muhammad Fahmi, Siti Nurul Izzah & Fatimah Az Zahra mengucapkan selamat Idul Fitri pada seluruh warga HPA dengan ucapan maaf zahir batin.
Hidup cinta dan spiritual...
Hidup perdamaian dan keamanan...
Hidup keadilan dan kebebasan...
Arahan Terkini dari BILIK GM AWM.
Salam kepada semua PENGURUS ZON.
Bagi memenuhi keperluan ayam menjelang Idul Fitri yang di jangka pada 10hb Sept 2010(jumaat), maka semua pergerakan kenderaan frozen ayam di jalankan 24 jam. Pastikan penghantaran topup dilakukan ke semua cawangan walaupun pada waktu malam. Pengurus zon dikehendaki mengatur dan mengarahkan cawangan menerima penghantaran ayam tanpa mengira waktu.
PERJALANAN LORI KENDERAAN BERAT MAKANANAN ADALAH DIBENARKAN OLEH JPJ SEMASA OPS IDUL FITRI.
Sepintas Lalu Info Pelancaran HPAIC
Salam seluruh warga HPA Malaysia, Indonesia, Cambodia, Brunei, Thailand, Singapore dan Filipina.
Majlis Pelancaran sepintas lalu adalah seperti berikut
Tarikh: 2hb Oct 2010
Jam: 0800 - 1130H Perasmian bersama Pengarah Urusan dan PJS
1430 - 1700H Seminar khas Chlorophyl, Minuman Talbinah, MLMS dan Jelly Gamat
Semua Pengurusan, PJS dan Pemimpin berpakaiana blazer.
Sehubungan dengan ini di minta semua KPA/KPU/KPT/KPS/KPB sila uruskan segera dan maklumkan anggaran jumlah kehadiran kepada AWM selewat-lewatnya 15hb sept 2010.
Info Buletin Utama TV3 Jam 8.00 malam 3hb Sept 2010
Satu lagi pengkhianatan terhadap umat Islam dilakukan. Ayam yang kononnya ada logo JAKIM di serbu oleh pihak JAKIM dan beberapa NGO di Lembah Kelang. Amat kotor, menjijik dan termuntah bila ayam tidak disembelih secara hukum syarie. Disembelih oleh mereka yang tidak tahu menegenai agama. Paling jijik sebelah pusat sembelih ayam adalah pusat sembelihan BABI dan pusat proses kerang yang di miliki oleh satu taukeh. Sungguh amat BIADAP mereka ini. Tapi apa nak kata dengan sikap orang kita. Mencari semua nak murah. Tak percaya diri sendiri. Kerana nak ayam murah maka itulah hasilnya. Semua nak tuding jari ke JAKIM bila hal ini terbongkar. Mungkin ada yang kata "saya tak tau" atau ada yang main senang cakap "JAKIM yang tanggung dosa.."!!!!
Namun apakah kita rela mulut kita di masuki najis BABI, ayam HARAM dan kerang dan ikan keli yang makan TAHI dan BANGKAI BABI?????? Bagi ahli HPA sudah tentunya tidak. Namun berjuta lagi umat Islam yang tidak terkecuali para alim Ulamak masih lagi bersifat lidah petah berhujah, namun MEMBUJUR LALU MELINTANG SAPU.
Sudah sekian lama, ramai yang menjamah Minyak Sapi QBB(Beratur Babi)dan sewajarnya semua umat Islam amat wajib/mandatori memulaukan terus walaupun QBB mohon maaf kerana sebagai suatu pengajaran kepada pengusaha lain agar tidak main mudah dengan umat Islam. Maka hari ini kita wajib mandatori untuk terus memulau ayam yang tidak tahu asal usul dan tidak di pantau oleh mereka yang ahli dalam Halal dan Haram.
Salah laku curi line
Salam seluruh warga HPA
GM mendapati masih ada lagi kejadian mencuri line berlaku. Suka di ingatkan bahawa sebarang usaha untuk melakukan penajaan curi line dengan kaedah matlamat menghalalkan cara adalah sama sekali bertentangan dengan etika MLMS HPA. Sebagai contoh, penajaan dilakukan atas nama syarikat bila mengetahui si individu tersebut sudah di taja.
Khusus kepada para Pemimpin dan Penaja, sewajibnya sekira mengetahui sesaorang yang ingin di taja sudah menjadi ahli, maka ia harus memahami penajaan diatas mana-mana proksi adalah tidak dibenarkan sama sekali kecuali individu tersebut tidak aktif sama sekali sejak bulan 6 tahun 2007.
Penajaan atas nama Syarikat perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu dengan mengemukan sebab dan tujuan syarikat tersebut di taja.
Sekian. Wasallam
Tahniah pada HPA Indonesia dan Cambodia
Tahniah kepada Seluruh Warga HPA(Staf dan Distributor) Indonesia dan Cambodia kerana berjaya melakukan peningkatan jualan pada bulan August 2010. Walaupun ada sedikit permasalaahan hubungan Msia/Indonesia, namun Islam tidak memisahkan kita semua. Mereka yang bijak adalah mereka yang melakukan kebaikan dan bukannya permusuhan.
Warga HPA adalah pembawa missi kedamaian dan perpaduan. Warga HPA pencetus kepada gerakan ekonomi ummah. Warga HPA tidak mudah melatah dengan isu-isu provokasi semasa yang membawa kepada keruntuhan sebuah kedamaian.