Berita Duka.

. Thursday, September 16, 2010
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Salam seluruh warga HPA,Al Fatihah kepada staff HPA dan 2 anak beliau yang turut terkorban dalam kemalangan baru baru ini. Mohon Pejabat Cawangan di Sabah dan Serawak khususnya mengadakan majlis tahlil(up En Idzham)

Tiga sekeluarga terkorban di pagi Aidilfitri

LAHAD DATU 11 Sept. - Tiga beranak terbunuh selepas kereta Proton Saga yang dinaiki terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 4, Jalan Lahad Datu-Sandakan dekat sini pada pukul 5.30 pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Supritendan Bong Kuet Khiun berkata, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Sabaruddin Sakka, 31, dan dua anaknya, Norsyafiqa, 5, serta Mohd. Sahirzan berusia tiga tahun.

Katanya, Sabaruddin dan Norsyafiqa meninggal dunia di Hospital Lahad Datu (HLD) manakala Sahirzan meninggal di tempat kejadian.

"Kesemua mangsa mengalami kecederaan parah pada badan dan kepala," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, isteri Sabaruddin iaitu Saidah Misji, 26, pula cedera parah dan telah mendapatkan rawatan di HLD apabila patah tulang kaki kiri.

Kuet Khiun berkata, kenderaan yang dipandu Sabaruddin dilaporkan dalam perjalanan dari Beaufort, Kota Kinabalu menuju ke Lahad Datu.

Katanya, mangsa dikatakan telah hilang kawalan setiba di tempat kejadian sebelum terbabas ke bahu kiri jalan lalu terjunam ke dalam parit.

Jelasnya, hentaman kuat akibat kemalangan tersebut menyebabkan kereta mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian depan.

Tambahnya, semua mayat mangsa telah dihantar ke HLD bagi menjalani bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

0 comments:

Share

Share |