Harga Senarai baru produk HPA 2011. # Download excel: http://hpa.com.my/produk/harga2011.xls Berkuatkuasa 1hb Feb 2011. Harap maklum Nota: Semua yaang terlibat sila hebahkan Pertanyaan hubungi Puan Rashidah (049776805) atau En.Kamal (013-4804717)
# Melihat terus di web: http://www.hpa.com.my/produk
Harga baru produk HPA mulai 1hb Feb 2011
Info khas buat PJS dan Pelapis
Salam
1. Semua PJS dan Pelapis di jemput untuk menghadiri program sehari bersama Pengarah Urusan mengenai latihan bengkel LDK produk baru HPA yang akan di lancarkan pada waktu konvek ini.
Lokasi di HPAIC
Tarikh: 1hb Feb 2011
Jam: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Jamuan makan tengahari di sediakan.
2. Masih ada PJS yang belum memberikan maklum balas mengenai respon kehadiran mereka di konvek. Kelewatan memberikan maklum balas akan menyebabkan tuan dan puan tidak di peruntukan tempat duduk disebabkan ruangan yang terhad.
Sekian. Wasallam
Perhatian Pusat Jualan dan Pusat Agensi Semenanjung Malaysia
Salam
Satu perjumpaan khas antara Pengara Urusan 2, GM MIS dan GM AWM bersama Pusat Jualan dan Pusat Agensi seluruh semenanjung akan diadakan bagi membincangkan khusus mengenai pengedaran dan rancangan hadapan Kopi Radix.
Sehubungan dengan itu semua Pusat Jualan dan Pusat Agensi dikehendaki hadir pada seperti berikut;
Tarikh: 26hb Jan 2011
Lokasi: HPA Cawangan Shahab Perdana, Alor Setar
Jam: 9.00 pagi
Sila hubungi Puan Rashidah dan En Kamal untuk perkembangan lanjut
Perjumpaan Majlis Tribunal PJS Malaysia
Salam
Mohon yang tersenarai di bawah supaya dapat menghadiri pada majlis Tribunal yang akan di pengerusikan oleh Pengarah Urusan.
1. KPA: PJS Hadfizan, PJS Rosmandi, PJS Hj Marjuni, PJS Hj Khalid Iskri dan PJS Jamaluddin Yeop Majlis.
2. KPU: PJS Azizan, PJS Ust. Zahir, PJS Cikgu Nazri, PJS Asri dan PJS Jamaliah.
3. KPT: PJS Ramizu, PJS Jaafar Abd Ghani, PJS Siti Zawiyah, PJS Ust Jamaludin dan PJS Ust Kamal.
4. KPS: PJS Habibah, PJS Rahmat, PJS Alimah Sam, PJS Shafie dan PJS Maslizar.
Tarikh: 25hb Jan 2011
Jam: 0930 pagi
Lokasi: Pejabat PPU Sungai Patani.
Sila hubungi En Kamal sekiranya tuan/puan memerlukan tempahan bilik dan urusan yang berkaitan.
Sekian. Wasallam
Mengemas kini syarat penajaan semula
Salam
Penajaan semula ada beberapa syarat tambahan yang perlu di lakukan supaya tidak ujud kes penipuan.
1. Penajaan semula hendaklah di buat oleh tuan tubuh berkenaan dan di kehendaki untuk mengisi borang khas yang boleh didapati di semua cawangan mulai minggu hadapan 23hb Jan 2011.
2. Salinan photostat kad pengenalan adalah suatu kewajipan.
3. Perlu tandatangan dalam borang tersebut bagi mereka yang hendak menaja dan mereka yang hendak di taja semula di dalam borang tersebut.
4. Sekiranya didapati pengaduan orang yang hendak di taja semula tidak tahu menahu dan berlaku penipuan mengenai salah laku meniru tanda tangan dan di dapati benar akan kesalahan tersebut, maka pihak syarikat tidak akan teragak agak mengambil tindakan tata tertib kepada mereka yang terlibat dalam melakukan kesalahan tersebut.
Sekian
Pada Agen Stok Seluruh Malaysia
Salam
Insyallah program perisian baru sistem agen stok online sudah memasuki fasa akhir dalam penyiapan. Kita akan melaksanakan berperingkat mulai Mac 2011 dan dijangkakan seluruh agen stok akan menggunakan perisian tersebut menjelang Jun 2011.
Sehubungan dengan itu agen stok di sarankan memliki dan memahirkan penggunaan komputer bagi memastikan perjalanan perisian tersebut berjalan dengan lancar.
Kelengkapan yang perlu di sediakan
1. Set komputer atau notebook
2. Anti Virus yang high kapasiti bagi tujuan mengelak dari serangan virus, spam dsbnya.
3. Printer utk isu inbois, lapuran dsbnya
4. Sistem internet broadband atau talian strymx atau lain talian.
Koperasi Wahida juga ada menyediakan perkhidmatan jual beli secara ansuran dan sila hubungi koperasi sekiranya tuan dan puan berhajat.
Sekian
Wasallam
HPA menjadi ahli PPIM
Adalah di maklumkam HPA telah memohon untuk menjadi ahli PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) dan insyallah kita akan meneruskan lagi usaha untuk mengembangkan ekonomi umat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh dunia umumnya.
Tambahan soal jawab mengenai penajaan semula
Ada yang bertanyakan soaln
Siapakah yang seharusnya memohon untuk proses penajaan semula? Individu tersebut atau Si penaja?
Jawapannya adalah sepatutnya Individu atau pengedar yang ingin di taja semula yang kena buat permohonan dan sebaiknya di bantu oleh si penaja.
Penjelasan lengkap Penajaan Semula
Kenapa penajaan semula boleh di lakukan?
Ini adalah bertujuan untuk memberikan peluang sesaorang yang telah di taja sebelum ini tetapi berstatus tidak aktif membuat pilihan semula sama ada untuk kekal di jaringan lama atau mencari jaringan baru atas pilihannya sendiri.
Apakah yg di maksudkan dengan tidak aktif?
Tidak aktif bermaksud tidak aktif sebagai seorang PENGEDAR. Kelayakan menerima bonus sesaorang pengedar adalah minima 50NM maintain perbulan. Jika ia melakukan maintain peribadi di bawah 50NM ia hanya di anggap sebagai Pengedar yang bersifat pengguna biasa yang di kategorikan sebagai PENGEDAR TIDAK AKTIF.
Berapa jangka masa ketidakaktifan sesaorang pengedar itu melayakan ia boleh di taja semula?
Seorang yang tidak aktif selama 12 bulan semasa hendak di taja, layak memohon untuk penajaan semula.
Apakah ia mengambil kira tahun bila ia mendaftar menjadi ahli?
Ada dua jawapan
1. Ia tidak mengambil kira bila ia menjadi ahli asalkan jumlah edah beliau tidak aktif adalah selama 12 bulan.
2. Sekiranya usia keahlian sesaorang itu di bawah 12 bulan, maka ia belum layak untuk di taja semula sehinggalah usia menjadi ahli cukup 12 bulan dan dalam keadaan beliau tidak aktif.
Apakah pangkat dan rangkaian boleh di bawa bersama?
Kena faham istilah penjaan semula dan pindahan rangkaian. Kita tidak membenarkan sama sekali pindahan rangkaian dan pangkat. Jawapannya ada penajaan semula bermaksud dia akan di taja sebagai pengedar baru yang berpangkat pengedar biasa tanpa membawa rangkaian, pangkat maupun timbunan nilai mata yang dia miliki sebelum ini.
Bagaimana proses penajaan semula itu boleh di lakukan?
Sesaorang yang ingin melakukan penajaan semula di kehendaki memohon terlebih dahulu dan mendapatkan kelulusan dari pihak AWM. Adalah di ingatkan mereka tidak di benarkan melakukan apa apa pembelian sebelum penajaan baru di luluskan. Ini adalah untuk mengelakan berlaku kesilapan dalam pengisian data oleh pihak MIS.
Sebarang kemuskilan sila hubungi en Kamal pada no hp 0134804717 atau email jatidiri09@yahoo.com.my
Wasallam