Penjelasan lengkap Penajaan Semula

. Wednesday, January 5, 2011
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Kenapa penajaan semula boleh di lakukan?
Ini adalah bertujuan untuk memberikan peluang sesaorang yang telah di taja sebelum ini tetapi berstatus tidak aktif membuat pilihan semula sama ada untuk kekal di jaringan lama atau mencari jaringan baru atas pilihannya sendiri.

Apakah yg di maksudkan dengan tidak aktif?
Tidak aktif bermaksud tidak aktif sebagai seorang PENGEDAR. Kelayakan menerima bonus sesaorang pengedar adalah minima 50NM maintain perbulan. Jika ia melakukan maintain peribadi di bawah 50NM ia hanya di anggap sebagai Pengedar yang bersifat pengguna biasa yang di kategorikan sebagai PENGEDAR TIDAK AKTIF.

Berapa jangka masa ketidakaktifan sesaorang pengedar itu melayakan ia boleh di taja semula?
Seorang yang tidak aktif selama 12 bulan semasa hendak di taja, layak memohon untuk penajaan semula.

Apakah ia mengambil kira tahun bila ia mendaftar menjadi ahli?
Ada dua jawapan
1. Ia tidak mengambil kira bila ia menjadi ahli asalkan jumlah edah beliau tidak aktif adalah selama 12 bulan.
2. Sekiranya usia keahlian sesaorang itu di bawah 12 bulan, maka ia belum layak untuk di taja semula sehinggalah usia menjadi ahli cukup 12 bulan dan dalam keadaan beliau tidak aktif.

Apakah pangkat dan rangkaian boleh di bawa bersama?
Kena faham istilah penjaan semula dan pindahan rangkaian. Kita tidak membenarkan sama sekali pindahan rangkaian dan pangkat. Jawapannya ada penajaan semula bermaksud dia akan di taja sebagai pengedar baru yang berpangkat pengedar biasa tanpa membawa rangkaian, pangkat maupun timbunan nilai mata yang dia miliki sebelum ini.

Bagaimana proses penajaan semula itu boleh di lakukan?
Sesaorang yang ingin melakukan penajaan semula di kehendaki memohon terlebih dahulu dan mendapatkan kelulusan dari pihak AWM. Adalah di ingatkan mereka tidak di benarkan melakukan apa apa pembelian sebelum penajaan baru di luluskan. Ini adalah untuk mengelakan berlaku kesilapan dalam pengisian data oleh pihak MIS.

Sebarang kemuskilan sila hubungi en Kamal pada no hp 0134804717 atau email jatidiri09@yahoo.com.my
Wasallam

0 comments:

Share

Share |