Disini ingin saya sampaikan beberapa info:
1. 21 & 22 hb Mei PIC JAKARTA & Pertemuan dengan Pengusaha Muslim Indonesia bagi memasarkan produk HALAL TOYIBBAN menggunakan logo HPA.
2. HPA Nusantara akan mengadakan Gudang di Medan.
3. Kantor Cabang Semarang akan beroperasi pada Augustus 2009
4.Kantor Batam, Riau, Aceh akan beroperasi pada Juli 2009
5.HPA Collection (Busana) akan di adakan di semua cabang dengan kadar segera.
6. Kantor Medan akan di besarkan operasinya.
SALAM BUAT PJS COPS INDONESIA dan DISTRIBUTOR
Labels: HPA IndonesiaSALAM PARA PJS MALAYSIA
Labels: PJS MalaysiaSekadar peringatan pada PJS Malaysia. Pastikan tiket konvek diedarkan segera dan jangan tunggu saat akhir. Kepada PJS yang masih belum menerima tiket konvek sila dapatkan dari presiden kelab masing-masing.
KEMASUKAN PRODUK KOPI KE INDONESIA
Salam para distributor Indonesia. Kami para GM sedang berusaha mendapatkan segera perijinan yang resmi untuk membolehkan kopi dihantar ke sana. Solusi akan diselesaikan dalam waktu terdekat. Insyallah bila selesai, maka kita tidak akan ada masaalah lagi selepas ini. Yang penting kita akan lakukan secara resmi.
Wasallam
AL FATIHAH
Rohana Mat Isa (bekas staff HPA Tandop Alor Setar) kembali kerahmatullah pada 26hb Apr 2009. Beliau yang di kenali sebagai Kak Ana merupakan staff yang cukup baik dan berdisplin. Al Fatihah..
HARI OPERASI KERJA(KHUSUS DI INDONESIA)
Sebagai langkah awal untuk pastikan HPA sukses di Indonesia, maka seharusnya HPA di Indonesia akan mengikuti jejak Malaysia beroperasi di hari libur(cuti). Sehubungan dengan itu semua cabang akan beroperasi pada hari libur kecuali idul fitri dan idul adha. Cabang Kramat Raya Senin akan memulakan operasi kerja 7 hari seminggu mulai tanggal 1hb Mei 2008. Cabang yang lain akan memulakan operasi kerja 7 hari seminggu setelah produk mencukupi.
Bahagian Sales PT HPA Nusantara mohon cukupkan stok produk HPA di Kramat Raya Senin mulai tanggal 1hb Mei 2008.
Bahagian MIS (Pak Naufal) sila pastikan sistem data penjualan di up grade di cabang tersebut.
Mohon pentadbiran PT HPA Nusantara sila pastikan arahan ini di laksanakan.
KECURANGAN DALAM PENUKARAN PENAJAAN
Hal ini perlu di ambil perhatian serius oleh seluruh warga HPA Malaysia. HQ hanya membenarkan penukaran penaja pengedar yang tidak aktif dari tahun 2003 kebawah. Namun kita mendapati ada usaha "matlamat menghalalkan cara" yang akan merosakan imej MLM Syariah. Antara tektik licik yang dilakukan adalah memindahkan nama sesaorang kepada waris dengan alasan tidak mau aktif. Suka saya ingatkan disini tindakan ini akan merosakan imej MLM HPA.
Mulai sekarang penukaran penaja pada warith hanya boleh di lakukan sekiranya ada lampiran surat kematian.
Wasalam
SELEPAS JAKARTA,,,,HPA KE MEDAN
Insyallah HPA akan mengempur MEDAN bersama Direktur PT HPA Nusantara pada 25hb ini. Cawangan Medan yang telah beroperasi lebih setahun akan diberikan nafas baru..GROOM. Bahagian Penjualan PT WAHIDA sila pastikan stok di Cabang Medan di cukupkan segera.
INFO TERKINI INDONESIA
- Insyallah dalam waktu terdekat beberapa produk baru akan masuk ke Indonesia. Ini bagi memastikan Indonesia akan mencapai target jualan RP 30 Milliar menjelang Dis 2009.
- Semua Cabang di Indonesia (Medan, Palembang, Senin, Bandung, Jogja, Surabaya & Makassar) akan di lengkapi dengan sistem cabang yang akan diselesaikan selewat-lewat hujung bulan.
- PJS akan mengadakan rapat dengan GM sebulan sekali di kantor Senin. Kantor operasi GM adalah di Kramat Raya Seni dan di Melawai.
MESYUARAT/RAPAT PT HPA NUSANTARA
Hari ini dalam sejarah. Pembentukan PT HPA NUSANTARA sudah bermula. Tuan Haji Ismail bin Ahmad selaku Direktur Utama sedang mempengerusikan rapat/mesyuarat. Antara agenda adalah taklimat organisasi dan pengurusan.
Sama-sama lah kita doakan akan kejayaan ini..
PELUNCURAN PT HPA NUSANTARA SUKSES
Alhamdulillah majlis pelancaran/peluncuran PT HPA NUSANTARA berjalan dengan begitu baik sekali. Walaupun hari ini merupakan hari kerja, namun semangat luar biasa para distributor mampu menghimpun sejumlah lebih dari 1500 peserta. Jutaan tahniah kepada PJS, AWMIT, PT Wahida, Herbalis dan semuanya yang datang bukan sahaja dari kota Jakarta malah dari Papua Irian Jaya, Palembang, Padang, Surabaya, Kalimantan, Sulawesi, Lampung, Banten, Batam, Tanggerang, Yogja, Jawa Tengah, Jawa Barat, Jambi, Bengkulu, Aceh dan lain lain tempat. Suasana begitu meriah sekali.
Atur cara
MLM Syariah oleh Ust Adnan b Fadzil
Groom BIG oleh Mr GM
Peluncuran PJS CORPS INDONESIA
Peluncuran dan Bedah Buku oleh Tuan Haji Ismai Direktur Utama PT HPA NUSANTARA
Moga Allah swt akan memberikan kekuatan pada kita semua.
Amin...
PERHATIAN PADA SELURUH CAWANGAN HPA
SELURUH CAWANGAN/CABANG HPA MALAYSIA & INDONESIA
Saya mewajibkan semua cawangan/cabang seluruh Malaysia/Indonesia supaya on Yahoo Msg diwaktu kerja. Ini bagi memudahkan HQ menghubungi anda semua. Bagi yang bermasaalah sistem komputer yang belum di lengkapi dengan internet, sila hubungi samada Pengurus Zon, Pengurus Opr Cabang Indonesia atau terus kepada Saudara Hidzir. Sila baca semua blog dan web berkaitan dengan HPA. pastikan sistem anti virus sentiasa di up date. Maklumat produk baru sentiasa ada dalam rangkaian blog dan tidak ada alasan tak tahu akan info produk baru. Saya menganggap sekiranya YM tidak di on kan maka pejabat/kantor tidak beroperasi/tutup.
Sila teruskan kualiti khidmat pelanggan seperti yang saya sampaikan sebelum ini. Masih ada staff cawangan yang kaku dan malu untuk memberikan ucapan pada setiap pelanggan yang berkunjung.
Pengurus Zon sila pastikan hal ini berlaku.
PJS PERLU ADA KELENGKAPAN
Dalam era HPA mencapai suatu kejayaan luar biasa, para PJS yang menjadi tonggak utama dalam mengendalikan peranan sebagai pemacu dan pengembang jaringan maka wajarlah semua PJS wajib memiliki kelengkapan asas seperti berikut;
a) Notebook
b) LCD/Infocus
c) Wireless broadband
Dunia kini memerlukan sesiapa yang inginkan kejayaan memiliki kelengkapan asas seperti diatas. Kelengkapan ini bukan lagi di anggap suatu kemewahan, tetapi keperluan wajib. Majlis presentasi memerlukan perkara seperti diatas.
Sehubungan dengan ini GM menyarankan supaya semua PJS segera melengkapkan kelengkapan seperti di atas.
PROJEK GEMPUR RADIX DI INDONESIA
Sejarah baru bakal dilakarkan besok 20hb Apr 2009. HPA Malaysia akan membentuk sebuah organisasi baru dengan mengujudkan sebuah perusahaan/syarikat baru yang bersifat PMA(Pemasukan Modal Asing). Pengarah Urusan Tuan Haji Ismail Ahmad akan menerajui/memimpin sebuah perusahaan baru yang dikenali sebagai PT HPA/Wahida Nusantara Indonesia. Harapan HPA akan terus maju dan berkembang sebagai MLM utama di Indonesia.
Semua karyawan/staff. PJS Indonesia, leader, agen stok, para herbalis akan mendokong dan membawa arus perubahaan baru bagi memastikan kejayaan luar biasa ini.
Kepada para distributor di Malaysia, mohon bersabar untuk melakukan sponsoring di Indonesia. Semua urusan sponsoring akan berjalan lancar dalam waktu terdekat.
PERHATIAN PENGURUS ZON
SALAM
Sila pastikan selewat-lewatnya hujung bulan ini semua cawangan yang menjalankan aktiviti program mingguan wajib dilengkapi dengan PA sistem, aircond yang sempurna, kerusi yang cukup,
white board, layar putih dan kelengkapan-kelengkapan yang lain.
Sila pastikan pegawai tuan sentiasa mematau kecukupan stok, khususnya stok baru dan jangan ada cawangan yang ketinggalan.
Sila pastikan cawangan yang usang sila perbaiki imej dengan segera. Hantar wakil untuk melihat dan sila perbaiki segera.
Wassalam
PERJUMPAAN PJS SEMALAYSIA
Hasil dari perjumpaan dengan PJS pada 15hb Apr 2009 di Cawangan Sg Patani adalah seperti berikut;
MAJLIS KONVEK 25HB JULY BERTEMPAT MAEPS SERDANG SELANGOR, PJS AKAN MEMBERIKAN KOMITMEN MENGHIMPUNKAN SEJUMLAH 5000 KEHADIRAN.
SEHUBUNGAN DENGAN ITU SEMUA STAFF CAWANGAN, PARA PENGEDAR HPA DAN PARA PEMIMPIN SILA WAR WARKAN MULAI SEKARANG. HARGA TIKET RM 50 PERHEAD. TEMPAT TERHAD...
Salam Kepada Agen Stok Malaysia
Saya masih mendapati beberapa agen stok yang gagal mematuhi secara berterusan tanpa mengendahkan surat peringatan yang dikeluarkan oleh HQ. Kelewatan menghantar dokumen akan menjejaskan proses bonus para pengedar seluruh negara.
Sehubungan dengan ini mana-mana agen stok yang menghantar lewat dari tarikh yang ditetapkan pihak HQ akan mengenakan tindakan dengan tidak membayar bonus agen stok.
Adalah diharapkan para agen stok sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh MIS bagi memastikan perjalanan MIS berjalan lancar.
MAKLUMAN PADA PENGURUS ZON
Salam,
Pengurus Zon di kehendaki memastikan cawangan-cawangan seperti berikut
1. Ada bangunan yang tidak di cat dan tidak menampakan imej.
2. Masih ada sign board yang tak sempurna (lampu padam).
3. Penghawa dingin yang tak menepati spec( panas kerana kuasa rendah).
4. Sistem komputer yang tidak diselengarakan dengan sempurna.
5. Stor yang tiada rak yang sempurna.
6. Kekurangan staff.
7. Sistem keselamatan ( auto door ) yang masih belum lengkap.
Disini saya berharap supaya di buat pemantauan segera. Ini boleh menjejaskan reputasi HPA sebagai MLM terbaik di negara kita.
Sila pastikan tindakan ini di ambil dengan segera. Pastikan perlaksanaan di buat segera.
KHAS UNTUK SELURUH ZON DAN CAWANGAN
HARI CAWANGAN BEROPERASI
Mulai hari ini semua cawangan di seluruh Malaysia akan beroperasi pada setiap hari walau pun cuti umum kecuali Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha. Pengurus Operasi Zon sila ambil perhatian dan atur jadual kerja. Pengurus Operasi juga dikehendaki mengadakan kunjungan ke cawangan bagi memastikan operasi cawangan berjalan dengan lancar.
Pengurus Cawangan dikehendaki segera mengambil perhatian dalam hal ini secara positif. Kita perlu bergerak lebih jauh kehadapan dalam perjuangan kita.
TAMBAHAN
Apakah arahan kerja diatas merupakan suatu kezaliman? Seharusnya kita mengambil arahan ini dalam perspektif yang positif. Tidak lah bermaksud bila arahan ini dikeluarkan maka staff tidak ada hak untuk bercuti. Semua staff ada hak bercuti. Kalau kita hendak berjaya kita harus sentiasa kehadapan. Banyak syarikat dinegara kita menjalankan perniagaan 365 hari tanpa ada masaalah. Dikala dunia masa kini menghadapi kegawatan, ramai orang hilang pekerjaan, ramai pekerja hilang hak (gaji turun, tiada insentif, diberikan cuti separuh gaji dsbnya) warga HPA seharusnya melahirkan kesyukuran diatas kejayaan yang di nikmati. Kita seharusnya mengambil langkah proaktif dan mempersiapkan kekuatan mental dan fizikal bagi mencapai kejayaan.
Saya pada awal penubuhan HPA( 13 tahun lampau) memulakan karier sebagai pemandu van, penjual produk HPA, pengisi ceramah dan pengutip dana (all in one). Semua para GM yang ada sekarang mengharungi cabaran yang cukup hebat. Semuanya bermula dari bawah dan bukannya terus berada di awangan. Para staff generasi baru pun akan bakal menikmati kejayaan seperti ini pada suatu masa akan datang sekiranya berani berdepan dengan cabaran.
Wasallam
PROGRAM PT HPA NUSANTARA DI MUNDURKAN KE 20HB APR 2009
SALAM BUAT PARA DISTRIBUTOR INDONESIA
ACARA HPA NUSANTARA BERSAMA DIREKTUR TN HAJI ISMAIL AHMAD AKAN DI MUNDURKAN KE TANGGAL 20 HB APR 2009 ( JAM 8.00 PAGI HINGGA JAM 4.00)
LOKASINYA di UBAH KE
GEDUNG AUDITORIUM BPPT
JAKARTA PUSAT, INDONESIA
JALAN HUSNI TAMRIN
HPA NUSANTARA INDONESIA
Para Distributor Indonesia sekelian,
HPA Nusantara merupakan perusahaan PMA ( Pemasukan Modal Asing) dijangka akan memberikan 'booming' luar biasa dashat dalam mengembangkan HPA di Indonesia.
Insyallah marilah kita sama-sama seluruh warga HPA bangkit segera. Kita bina kekuatan baru melalui HPA Nusantara. GEMPUR....
PENJUALAN MAC
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah pada seluruh
- PJS
- Agen Stok
- Pengedar
- Pengguna
- Seluruh Staff HPA
TAHNIAH
PEMBUKAAN CAWANGAN DI WAKTU KELAS MINGGUAN
SALAM SEMUA SEKALI.
Saya berharap Pengurus Zon dapat memastikan hal seperti berikut;
- Sila pastikan mulai sekarang, sekiranya ada kelas mingguan, maka cawangan harus beroperasi hingga selesai kelas mingguan.
- Kita mendapati ada cawangan yang memadam lampu antara jam 6.00 petang hingga 9.00 malam, menutup pintu cawangan sehingga menimbulkan keraguan mereka yang datang.
- Mulai sekarang sila aturkan jadual supaya di hari kelas mingguan, cawangan di buka operasinya (jangan tutup lampu) kerana ada pengedar yang datang awal untuk membuat belian.
Minta semua cawangan yang berkaitan sila ambil perhatian segera.
KEPADA PJS DAN PENGANJUR KLASS. SILA PASTIKAN KLASS DI TAMATKAN SEBELUM JAM 12 MALAM. (INI ADALAH BERKAITAN DENGAN KESELAMATAN DAN PERATURAN SYARIKAT DAN NEGARA)
KEARAH KHIDMAT PELANGGAN YANG BERKUALITI
KHIDMAT PELANGGAN DARI CAWANGAN
Labels: CawanganSalam seluruh staff cawangan:
Saya berkunjung ke beberapa cawangan baru-baru ini. Saya masih mendapati staff masih lagi bersikap kaku dan tiada sebarang ucapan menyambut para pelanggan yang datang berkunjung ke cawangan. Masih seperti kurang percaya diri.
Mulai hari ini berkuat kuasa serta merta pastikan hal ini di laksanakan
1. Ucapkan dengan jelas pada seluruh pelanggan yang berkunjung " Assalamualaikum Selamat Datang"
2. Pastikan juga sebelum pelanggan meninggalkan cawangan ucapkan " Terima kasih. Datang Lagi"
Sila pastikan ucapan ini di sebut dengan terang dan jelas. Saya akan meneliti dan mendapatkan info dari masa ke semasa.
INFO TERKINI KONVEK
Labels: KonvekSALAM SEMUA WARGA HPA
Tiket Konvek akan di edarkan dalam waktu terdekat. Harga tiket konvek RM 50.00( termasuk tempat duduk dan lunch buffet). Satu tiket sah untuk seorang sahaja. Kanak-kanak tidak dibenarkan hadir kerana dari pengalaman kami ia akan mengganggu suasana.
Sila dapatkan tiket selepas tarikh 15hb Apr ini pada PJS setempat.
PERHATIAN PADA SELURUH CAWANGAN HPA
Labels: CawanganSaya mendapati ada lapuran cawangan yang ditutup operasi awal dari sepatutnya. Suka saya ingatkan bahawa kita tidak boleh memberikan apa-apa alasan untuk melakukan demikian. Komplen yang saya terima dari pengedar Lembah Klang amat mengecewakan saya.
Tindakan menutup awal tanpa kebenaran dari HQ akan menjejaskan prestasi dan imej syarikat yang dianggap tidak ada peraturan kerja tetap. Pengedar amat kecewa dengan keadaan ini. Mereka datang untuk berurusniaga, namun kecewa bila melihat cawangan ditutup. Ini menjejaskan sama sekali konsep khidmat pelanggan cawangan tersebut.
Sehubungan dengan itu, sila patuhi arahan ini serta merta. TIDAK ADA ALASAN UNTUK SESUKA HATI MENUTUP OPERASI TANPA KEBENARAN HQ.