PENIAGA TERMAKAN AYAM NAJIS
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my
JAMALNASIR menunjukkan ayam goreng yang didakwa ada najis di Kangar semalam.
________________________________________
KANGAR - Seorang penggemar makanan segera fobia apabila mengalami keracunan selepas termakan najis yang terdapat dalam seketul ayam goreng yang baru dibeli dari sebuah restoran makanan segera di sini kelmarin.
Mangsa, Jamalnasir Kamarulzaman, 24, yang muntah-muntah akibat kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu terpaksa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Besar selepas sejam termakan najis yang terdapat dalam ayam goreng tersebut.
Menurut Jamalnasir, ketika mula menikmati ayam goreng itu dia tidak perasan dia terdapat najis di dalamnya cuma ada berbau masam sahaja, namun tahi ayam itu kelihatan sebaik dia memakan sebahagian ketulan ayam goreng tersebut.
"Saya mulanya hairan kenapa ada rasa masam-masam dan payau pada daging ayam yang dikunyah tetapi bila melihat bahagian selebihnya saya terkejut mendapati isi hitam di dalam daging itu ialah tahi.
"Saya terus hilang selera dan loya, sejam selepas itu keadaan bertambah teruk apabila saya muntah-muntah dan pening kepala sehingga terpaksa pergi ke klinik untuk mendapat rawatan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kangar di sini semalam.
Jamalnasir yang merupakan peniaga menjelaskan, ayam goreng itu merupakan salah satu daripada lapan ketul ayam goreng yang dibeli oleh ibunya di sebuah restoran makanan segera di sini.
KOMEN DARI GM.
SETELAH MENDAPAT INFO DARI LAPURAN POLIS, AKHBAR KOSMO DAN PEJABAT KESIHATAN, MAKA SAYA DENGAN INI MENGESAHKAN IA BUKAN MELIBATKAN SAMAADA RCH, RFC DAN AYAM HPA. SILA HEBAHKAN AGAR TIDAK BERLAKU KEADAAN PANIK.
INI KES RESTOREN AYAM YANG POPULAR DI NEGARA KITA...TAK BOLE SEBUT NAMA...
•
2 comments:
assalamualaikum tuan faisol, gm al wahida. terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada seluruh penggerak dan penyokong banrangan HPA diseluruh malaysia mahupun indonesia dan brunei.
berkenaan dengan ayam hpa, terdapat beberapa tempat @ cawangan yang mengabaikan aspek barangan yang hendak dijual. bukan sekadar ayam, penjual @ cawangan/stokis hendaklah sentiasa memerhatikan barangan jangan sampai ada yang telah lupus tarikhnya.
berkenaan dengan ayam, penyelenggaraan perlu dilakukan keatas peti ais. dalam sebulan ambillah masa staf al wahida yang bekerja di cadwangan untuk mencuci dan seterusnya menilai mana-mana ayam yang kurang elok @ berbau (tak tahu masalah apa).
saya (stokis) pernah terbeli ayam yang sudah hiaam dan berbau busuk. masa itu beli banyak utk pelanggan stkis nak buat kenduri. mujur pihak kami semak satu persatu ayam dan terjumpa satu bungkusan yang telah busuk.
masalah lain yang menimpa AYAM SUCI HPA ini adalah pakejing nya selalu atau cepat kuyak. masalah ini tidak pasti berpunca daripada mana. adakah sewaktu proses pemunggahan yang dijika dilihat untuk sampai ke stokis, ada berapa peringkat. dari kilang, naik ke lori, lori terus ke gudang2. gudang pula naikkan dalam lori lagi, pas tu turunkan pula ke cawangan,.. so sampai ke stokis ntah jadi apa je.
harapan juga kepada pekerja2 hpa (gudang) hendaklah kerja dengan ikhlas dan harusla sentiasa bangga dengan produk HPA. jangan anggap hantar sudah cukup, tapi perlakuan adap dan tatacara kerja juga perlu diambil kira.
berkenaan dengan ayam semula, mohon tuan GM menilai formulasi terbaik dalam mengatasi masalah ini. Buat masa ini pengambilan stok ayam diberhentikan sementara dan kami hanya menunggu pelanggan kami untuk tempah dan barulah kami akan ambil ayam di cwangan.
sekian,
Pengedar Zon Selatan
ok.saya terima komen ini dengan rasa tanggungjawab. terima kasih atas keprihatinan
Post a Comment
Terima Kasih kerana Meninggalkan Mesej