Salam semua sekali. Saya menerima banyak soalan dan kemuskilan menegenai Insentif Taawun dan kemungkinan juga anda juga menerima soalan yang sama. Berikut adalah antara soalan yang saya terima samada dari Malaysia dan Indonesia. Kepada Bloger Rangkaian HPA sila masukan, baca dan fahami dengan jelas.
Soal dan Jawab insentif Ta’awun 2010
1. Soalan: Kenapa Insentif ini dinamakan Insentif Taawun? Apakah telah dirujuk kepada panel syariyah.
Jawaban: Taawun bermaksud kerjasama. Insentif ini perlu kerjasama semua lapisan dan generasi dalam hiraki MLMS HPA. Mengenai kelulusan syariyah sila hubungi Ust Adnan Fadzil setia usaha panel untuk kepastian.
2. Soalan: Apa alasan Insentif ini dilaksanakan selama 10 bulan dan tidakkah ia terlalu lama?
Jawaban: Ini adalah untuk memastikan semua pihak diberikan waktu yang secukupnya bagi mencapai sasaran penjualan syarikat RM 20 juta.
3. Soalan: Apakah sudah diadakan perbincangan dengan pihak pemimpin sebelum melaksanakan insentif ini? Adakah ia mengambil kira disemua peringkat?
Jawaban: Ya. Pihak pengurusan melalui GM telah mendapatkan info idea dari para pemimpin dan pengurusan yang lain sebelum dibentangkan dan dibuat penambahbaikan oleh Pengarah Urusan sendiri. Tidak timbul cerita setiap tahun muka yang sama naik pentas. Kita lihat setiap Konvek banyak muka baru yang di anugerahkan pelbagai anugerah. Ada juga mereka yang sebelum ini dianugerahkan hadiah prestige terkeluar dari senarai. Ini hanya andaian negatif sahaja. Dalam insentif ini sesiapa yang ingin kejayaan diberikan waktu secukupnya untuk meraih termasuk mereka yang baru menyertai HPA mampu mencapai insentif seperti pakej HAJI. Jadi tidak timbul soal tersebut.
4. Soalan: Dalam Kategori pertama apakah semua peringkat layak menyertai?
Jawaban: Semua pengedar layak untuk menyertai dengan syarat ia melakukan minima akumulasi(timbunan) sejumlah 2000NM/PV berakhir Sept 2010.
5. Soalan: Sekiranya saya melakukan pembelian di Negara Indonesia apakah NM
dimasukan dalam kelayakan insentif ini dan begitu juga sebaliknya sekiranya pengedar Indonesia datang melakukan pembelian di Malaysia.
Jawaban: Ya. Boleh dan nasihat saya pengedar Malaysia sekiranya hendak membuat pembelian di Indonesia, maka saya sarankan sebaiknya dilakukan di cawangan HPA Indonesia bagi mengelak salah faham. Kadar NM Malaysia dan Indonesia adalah 1:2000
6. Soalan: Bagi kategori kedua apakah hanya mereka yang berstatus Pengedar Biasa
hingga ke Pengarah Meranti sahaja yang layak? Kenapakah di letakkan mencapai Pengarah Jati mesti mencapai bonus RM 1000 tidak termasuk bonus agen stok?
Jawaban: Ya. Ini memberikan peluang yang secukupnya (jangka waktu 10 bulan) kepada sesiapa sahaja yang ingin meraih kategori tersebut termasuk sekiranya saya baru mendaftar sebagai anggota HPA.
7. Soalan: Kenapa Insentif ini meletakkan syarat 300NM peribadi perbulan atau 3000NM akumulasi selama bulan insentif? Kenapa juga di syaratkan RM 1000 sebagai Pengarah Jati yang layak menerima Insentif tersebut.
Jawaban: Kita meletakan syarat 300NM sebagai suatu nilai komitmen bagi memastikan suatu indikasi kesetiaan kepada penggunaan dan penjualan produk HPA. Nilaian bonus RM 1000 (tidak termasuk bonus agen stok) adalah suatu petunjuk kualiti sesaorang Pengarah Jati.
8. Soalan: Apakah sesaorang yang mencapai Pengarah Jati hanya perlu sekali sahaja
mencecah nilaian bonus RM 1000? Bagaimana sekiranya jika sesaorang pada awalnya mencapai Pengarah Jati dalam bulan Insentif mencapai RM 1000 tetapi bonusnya menurun sebelum bulan Insentif tamat?
Jawaban: Ya. Syarat kelayakan adalah minima hanya sekali mencapai RM 1000 ketika ia mencapai Pengarah Jati. Sekiranya bonusnya menyusut selepas itu, maka insentifnya masih tetap di kira sah.
9. Soalan: Sekiranya saya semasa bulan Insentif mencapai satus Pengarah Jati dan
dalam waktu yang sama saya mampu membina Pengarah Jati di bawah rangkaian saya. Apakah saya layak pada kedua-dua kategori iaitu kategori ke 2 & 3
Jawaban: Sekiranya sebelum bulan Insentif anda bukan seorang Pengarah Jati maka anda akan berada di kategori ke dua. Tetapi sekiranya anda mencapai Pengarah Jati pada bulan Insentif dan selepas itu anda membina Pengarah Jati berkualiti sebelum bulan Insentif tamat, maka anda layak menerima ganjaran pada kategori ke 3.(hanya satu kategori sahaja). Perlu difahami Insentif tersebut akan diambil kira adalah Pengarah Jati yang dibina dibawah jaringan anda iaitu setelah anda mencapai Pengarah Jati terlebih dahulu. Sekiranya Pengarah Jati yang dibina pada bulan Insentif dibawah anda sebelum anda mencapai Pengarah Jati, maka ganjaran itu adalah milik Pengarah Jati yang berada di atas anda.
10. Soalan: Jadi bermaksud setiap individu hanya layak menerima satu ganjaran sahaja?
Jawaban: Kategori pertama semua layak menerima. Tetapi setiap pengedar hanya layak mencapai salah satu daripada samada kategori 2 atau 3 atau 4.
11. Soalan: Apakah yang dimaksudkan dalam kategori ke 3 iaitu membina Pengarah
Jati yang berkualiti selagi tidak bertemu dengan mana-mana Pengarah Jati?
Jawaban: Ini memberikan peluang untuk seorang Pengarah Jati membina mana-mana kelompok jaringan selagi tidak bertemu dengan Pengarah Jati.
12. Soalan: Apa akan terjadi sekiranya terdapat Pengarah Jati dibawah saya yang tidak aktif. Ini akan mengganggu proses untuk saya membina Pengarah Jati di bawah?
Jawaban: Sekiranya terdapat Pengarah Jati yang tidak aktif di bawah kita, maka akan berlaku system pass up. Jadi tidak timbul masaalah untuk kita melakukan pembinaan jaringan di bawah Pengarah Jati yang tidak aktif.
13. Soalan: Apakah yang di takrifkan sebagai Pengarah Jati yang tidak aktif?
Jawaban: Pengarah Jati(PJ/PJE/PJI/PJM) yang tidak aktif adalah seperti berikut;
a) Tidak mengikuti skim Insentif Ta awun berminima memerlukan 200NM atau akumulasi 2000NM
b) Tidak mencapai minima bonus RM 1000 semasa bulan Insentif.
14. Soalan: Kenapakah syarikat meletakan syarat 2 jaringan yang berbeza? Apakah sekiranya pembinaan dua Pengarah Jati atau lebih dalam satu rangkaian layak menerima ganjaran Insentif?
Jawaban: Ini adalah untuk memastikan tidak ujud system pembinaan satey dalam MLM HPA. Ini juga untuk memastikan Pengarah Jati tersebut benar benar mengembangkan jaringan untuk kearah pengembangan bonus. Sekiranya sesaorang Pengarah Jati tersebut membina beberapa Pengarah Jati dalam satu rangkaian, maka ia tidak layak menerima ganjaran tersebut.
15. Soalan: Sekiranya terdapat seorang Pengarah Jati yang dikategorikan tidak aktif
dibawah saya mempunyai dua prospek dari jaringan yang berbeza dibawah beliau apakah ini di kategorikan sebagai 2 jaringan yang berbeza dibawah saya sekiranya saya membina kedua prospek ini?
Jawaban: Tidak. Ia masih dianggap sebagai satu jaringan sahaja.
16. Soalan: Apakah syarat RM 20 juta itu sebagai suatu syarat umum? Apa akan
berlaku sekiranya penjualan gagal mencapai RM 20 juta.
Jawaban: Ya itu merupakan syarat wajib untuk memastikan semua Insentif di perolehi kecuali Kategori Pertama. Tujuan Syarikat melakukan ini adalah untuk memastikan ujud apa yang dikatakan cabaran atau konsep challenging.
17. Soalan: Kenapakah Top 30 dan Top 31-60 hanya disyaratkan 200NM sahaja.
Apakah itu ujud ketidakadilan disitu?
Jawaban: Mungkin itu hanya andaian sahaja. Pada Top 60, dari rekod yang saya dapati sebelum ini mereka melakukan lebih dari 300NM. Tugasan mereka lagi mencabar mereka juga harus menggerakan PBC dengan lebih giat. Siapa sahaja boleh masuk dalam kategori tersebut dan siapa sahaja yang tercicir dari Top 60 ini.
18. Soalan:Apakah ujud syarat tambahan kepada mereka yang dikategori tidak setia dengan HPA?
Jawaban: Ya. Khusus kepada penerima kategori 2,3 dan 4 saya ingin samapaikan bahawa syarikat berhak menolak sekiranya ujud unsur tidak setia dan beretika semasa bersama dengan HPA. Diantaranya adalah seperti berikut;
a) Memburukkan nama syarikat HPA dan sekutunya.
b) Membawa cerita kabar angin yang boleh merosakan perjalanan dan prestasi syarikat.
c) Menghasut dan mengajak rangkaian supaya memulau mana-mana program resmi syarikat seperti PBC, PIC, KPJ dsbnya.
d) Dalam waktu yang sama turut bersama syarikat yang lain dan melakukan perniagaan yang bersifat persaingan samada kepada produk HPA maupun kepada Syarikat HPA sendiri.Kita mempuyai badan penilaian yang dinamakan sebagai BADAN TRIBUNAL serta PANEL SYARIYAH yang akan menilai prestasi para pengedar diseluruh MALAYSIA
19. Soalan: Menyambung soalan 18, jadi apakah Top 30 dan Top 31- 60 akan
tersingkir sekiranya mereka tidak beretika seperti diatas?
Jawaban:Ya dan akan digantikan dengan ranking berikut. Kita juga akan melihat penerima kategori ke empat ini adalah mereka yang bersama dengan mana-mana kelab, komuniti dan mengaktifkan PBC dan PIC sebagai suatu syarat utama. Kepada mereka yang ingin merebut gelaran dalam kategori ke 4 sila pastikan diri anda siap bersama HPA sepenuh waktu. Syarikat akan menghantar memo prestasi dari bulan ke bulan kepada mereka yang didapati tidak aktif supaya mereka sentiasa diberi peringatan dan akan akur sekiranya mereka di gugurkan kerana tidak memenuhi syarat yang dikatakan setia dan beretika.
20. Soalan: Apakah tidak menjadi suatu gangguan psikologi kepada Top 100 yang dipublish di BLOG RESMI GM?
Jawaban: Tidak sama sekali. Kita maukan mereka siap bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi kekuatan mental. Kekuatan mental yang bijak mampu mengatasi segala cabaran dan rintangan yang akan datang
SEKIAN. PERBANYAKAN SOLAWAT
1 comments:
Penjelasan yang cukup mantap.. TAHNIAH. Setiap pemasaalahan ada penyelesaiannya.
Post a Comment
Terima Kasih kerana Meninggalkan Mesej