Salam Kepada Agen Stok Malaysia

. Monday, April 13, 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Saya masih mendapati beberapa agen stok yang gagal mematuhi secara berterusan tanpa mengendahkan surat peringatan yang dikeluarkan oleh HQ. Kelewatan menghantar dokumen akan menjejaskan proses bonus para pengedar seluruh negara.
Sehubungan dengan ini mana-mana agen stok yang menghantar lewat dari tarikh yang ditetapkan pihak HQ akan mengenakan tindakan dengan tidak membayar bonus agen stok.
Adalah diharapkan para agen stok sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh MIS bagi memastikan perjalanan MIS berjalan lancar.

6 comments:

Abd Halim Said said...

Tahniah kerana bertegas dalam soal ini kerana kelewatan tersebut menjejaskan prestasi syarikat yg sdg meningkatkan kualiti perkhidmatannya terutamanya dlm konsistensi pembayaran bonus kpd ahlinya setiap bln. Bagaimanapun pihak sy boleh mejlnkan kajian berdasarkan data yg ada knpa kelewatan ini berlaku. Adakah sengaja dibuat oleh para agen stok ataupun syarikat penghantar (ie pos , gdex dll) yg tidak menepati piagam pelanggan mereka krn kami tidak tahu samada benar laporan yg kami htr smpi dlm tmph yg dijanjikan ?? Ataupun pihak agen stok menggunakan cara pos biasa setiap kali menghtr laporan atau ada faktor-faktor lain. Sekiranya faktor kelewatan ini dpt diketahui maka pihak sy boleh menasihatkan para agen stok terlibat alternatif yg terbaik utk atasi kelewatan.Pihak sy juga boleh "alert" para agen stok sekiranya laporan mereka blum diterima krn kami tidak tahu smda yg dihtr smpi tepat pd masa dan destinasinya.

GM said...

salam. terima kasih diatas saranan tersebut

zidlan said...

perlu ada satu penyelesaian kpd masalah ini. cthnya spt sms peringatan kpd semua agen stok pd setiap 1hb untuk menghantar laporan.

kedaiherba.com said...

Saya rasa pihak hpa kena berfikir secara wajar kerana bagi negeri kedah, kelantan dan trengganu cuti kelepasan am berbeza dari negeri lain. Maka proses penghantaran tergendala disebabkan perbezaan cuti.

Mujahid Ibrahim said...

pada pendapat saya, adalah lebih baik dibuat satu system pesanan ringkas , untuk confirmation sama ada laporan yg dihantar telah selamat sampai ke head quarters atau tidak.
ini kerana, walaupun laporan dihantar melalui pos ekspress,kami tidak dpt mengjangka samada laporan tersebut benar2 telah sampai atau tidak.

Mujahid Ibrahim said...

saya ingin mencadangkan agar laporan stok bulanan dapat disubmit kepada headquarter melalui system online.

headqurter perlu menyediakan suatu online platform ,yg dapat diakses oleh setiap stokis/agen jualan.semua laporan stok dan jualan di update didlm database individu sebelum disubmit kepada headquarter pada awal bulan.

Share

Share |