PERHATIAN KEPADA DISTRIBUTOR INDONESIA DAN JUGA MALAYSIA(ISU MONEY GAME)

. Monday, June 29, 2009
2 comments

Alhamdulillah kini HPA udah mulai mempercukupkan stok Kopi Radix dan juga perlatihan khusus di Indonesia. Kita amat berharap agar PJS, Agen Stok, Trainer dan Panitia Program mengambil ini sebagai suatu peluang untuk membesarkan dan memperkuat jaringan seterusnya mencapai impian sebagai seorang yang berjaya.
Kita harus ingat bahawa HPA membawa misi dan vissi yang cukup besar dan amat berbeza sama sekali dengan perusahaan MLM yang lain. Kita perlu memiliki daya juang jihad produk halal yang di pasarkan oleh MLM berasaskan syariah. Warga HPA sudah semestinya bukan sahaja maukan uang tetapi keberkatan. Warga HPA menentang bentuk bisnis yang tidak nyata dan yang saya maksudkan adalah MONEY GAME kerana ia amat bertentangan dengan syariyah dan juga hukum negara. Ulamak sepakat memfatwakan HARAM dalam hal ini kerana adalah suatu bentuk bisniss yang berunsurkan putaran uang dan produk itu hanya sebagai aksesori.Ia merupakan suatu bentuk bisniss yang sebenarnya menjadikan uang itu sebagai komoditi dan menjadikan biaya pendaftaran sebagai sumber bonus. MONEY GAME juga di larang oleh pemerintah seluruh dunia. Ekonomi US runtuh sebenarnya kerana aktiviti MONEY GAME yang menyaksikan perusahaan MARDOFF jatuh bangkrup.
Panel Syariyah MLM HPA di Malaysia sendiri telah sepakat bahawa sekiranya didapati ada distributor yang terlibat secara langsung atau tidak, maka distributor tersebut boleh di pecat dari member HPA.
GM mengingatkan kepada distributor HPA Indonesia agar mematuhi peraturan ini dan kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya kita mendapati distributor HPA melakukan MONEY GAME walaupun kononnya telah mendapat keizinan dari ulamak.
Wasallam..

KEPADA ZON, CAWANGAN DAN GUDANG HQ

. Saturday, June 27, 2009
1 comments

Salam,
1. GM memohon semua zon sentiasa memastikan persiapan produk di semua cawangan. Gudang Induk, Pengurus Zon dan Pengurus Cawangan dikehendaki sensitif akan masaalah ini. Pengurus yang bijak adalah pengurus yang mampu membuat keputusan yang baik. Ada ketika kita menggunakan kontener untuk penghantaran ke zon, ada ketika kita menggunakan lori HPA dan ada ketika produk yang urgent dan sememangnya produk tersebut di kenali sebagai "killer product" kita harus melakukan penghantaran segera( melalui kurier). Jangan hanya tunggu dan lihat. Saya rujuk kepada beberapa masaalah yang berlaku di Zon Sabah dan Sarawak baru-baru ini. Diharap jangan di ulangi lagi.
2. Kita seharusnya berwaspada di kala kita sedang bergelut dan berjuang mempertingkatkan jualan, ada anasir-anasir fitnah yang menyamar menggunakan email seakan-akan email cawangan. Contoh saya menerima email add: hpa_semabok@yahoo.com yang kononnya datang dari cawangan semabok. Tujuan email ini adalah untuk melakukan porak pranda di kalangan kita. Mereka ini lupa amaran Allah bahawa fitnah itu lebih dasyat dari membunuh. Fitnah haram di lakukan walaupun kononnya untuk kebaikan. Matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara. Kepada penghantar email ini sila tampil dan mohon maaf sekiranya tidak mau di persoal di akhirat.
3. Sehubungan dengan ini, saya berharap komunikasi Gudang HQ, Zon dan Cawangan perlu di perkuatkan lagi bagi memastikan pengurusan kita semua berjalan lancar.
Wasallam

PARA DISTRIBUTOR INDONESIA (JAWI MEDICINAL HERBS)

. Wednesday, June 24, 2009
0 comments

Kalau maukan kejayaan bersama HPA, memiliki ilmu dalam melakukan penjualan sila dapatkan buku JAWI MEDICINAL HERBS tulisan Tn Haji Ismail Ahmad.
Harga Pengedar (distributor) Rp45.000,-
Harga Konsumen Rp 55.000,-
Minimal pembelian 3 buku, segera hubungi bagian penjualan Bp. Abdi (Telp: 021-3148702, HP: 0856-92309594) atau Bp. Herman (HP:0856-91933700)

PERHATIAN PARA PJS, AGEN STOK DAN DISTRIBUTOR INDONESIA

Dalam usaha team Malaysiadan Indonesia untuk memastikan segala perjalanan para distributor berjalan lancar, berikut adalah beberapa pembaharuan baru yang akan di laksanakan segera

1. Semua panitia PBC sila pastikan lapuran dan permohonan PBC di hantar terus ke bahagian Marketing iaitu di kantor cabang Senin Jakarta. Untuk perhatian Bapak Amir Hamzah. GM mendapati masih ada lagi panitia yang tersilap hantar yakni ke kantor di Melawai.

2. Semua permohonan Agen Stok ( Stokis & Pusat Jualan) sila ajukan permohon juga ke cabang Senin Jakarta.

3. Begitu juga sebarang pengajuan dan permohonan program mohon di hantar ke kantor cabang senin.

Alamat Kantor HPA Cabang Senin
Pengurus Kelulusan Agen Stok
( Bapak Amir Hamzah, no HP 08567626663 , email: abi.hamzah@yahoo.com)
jalan kramat raya no 25 lantai 1 senen jakarta pusat kodepos 10450
No tel: 0213148702
No Fax: 0212300228

Mulai sekarang semua permohonan mengenai perkara di atas sila ke alamat tersebut.

SEKILAS PANDANG MENGENAI LARANGAN PEMBELIAN AGEN STOK

. Tuesday, June 23, 2009
6 comments

Salam semua sekali para warga HPA Malaysia;
GM berharap isu ini dapat di fahami dengan jelas dan positif. GM telah merujuk hal ini kepada Panel Syariah dan Pengarah Urusan sebelum ini.
Kita renung kembali kenapa PBC itu di laksanakan suatu masa dulu. Diantaranya adalah satu jalan pintas kenaikan pangkat yang kalau cara biasa adalah pengumpulan 1501NM timbunan berkumpulan tanpa had aras dan waktu.
Tujuan PBC adalah untuk melahirkan sebenarnya usahawan yang sukses. Sesaorang usahawan perlu dipersiap dan mempersiap diri mengubah cara kerja dengan menyertai program PBC serta melengkapkan 300NM dalam waktu 2 bulan.
Namun sebahagian para pemimpin yang melakukan mungkin niat yang baik dengan membenarkan bakal peserta PBC mencukupkan 300NM mengikut sesuka hati malah ada yang sampai lebih dari satu tahun. Setelah mencukupkan 300 NM, maka peserta tersebut di tawarkan menyertai PBC.
Suka GM ingatkan bahawa kalaulah cara ini di biarkan berterusan maka akan lahir peserta PBC yang tidak berkualiti. Kita ingin lahirkan kepada mereka yang benar serius mahu jadi usahawan.
Sehubungan dengan ini saya memberi peringatan kepada seluruh PJS supaya mematuhi keputusan tribunal dan mempositifkan segala keadaan.

KO Wahida sah keluarkan 14% dan insyallah 20% pada tahun hadapan.

Salam pada seluruh warga HPA, khususnya para ahli Koperasi Wahida Berhad.

Kali pertama kita telah mengistiharkan dividen 10%. Dalam Mesyuarat Agung kali kedua baru-baru ini kita telah mencadangkan sejumlah 14% dan insyallah akan di sahkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM).
Saya mensasarkan tahun hadapan dengan plan membesarkan projek sedia ada dan projek baru, insyallah mampu mencecah sehingga 20%.
Diantara projek baru yang akan dilaksanakan adalah
1. Pembukaan beberapa RFC di Lembah Klang.
2. Usahasama dengan Halalgel
3. Usahasama mengembangkan perniagaan HPA dengan para Pengedar HPA.(Jual beli produk dalam jangkawaktu tertentu dengan jaminan bonus). LANGKAH AWAL MISSI BANK WAHIDA
4. Pengembangan projek Insuran berasaskan Takaful.

AHLI LEMBAGA KOPERASI 2009/2010
1-Mohammad Faisol bin Abd Rahman (Pengerusi)
2-Azizan bin Ahmad (Setiausaha)
3-Rosli bin Abu Bakar (Bendahari)
4-Hafidzan bin Faudzi
5-Ismail bin Othman
6-Fisal bin Ahmad Tajuddin
7-Abdul Ghani bin Hussein
8-Khalid bin Iskri
9-Ramly bin Ahmad
10-Zambri bin Othman
11-Rashidah bt Abd Rahim
12-Siti Zawiah bt Abd Rahman
13-Zaharah bt Yusoff
14-Nor Bee bt Ramli
15-Norhaida bt Ramli

INFO KEPADA SELURUH PJS MALAYSIA.

. Monday, June 22, 2009
0 comments

HASIL PERRTEMUAN MAJLIS TRIBUNAL MALAYSIA BERIKUT ADALAH BEBRAPA KEPUTUSAN YANG DIAMBIL;

1. Keputusan larangan pembelian menggunakan agen stok milik individu lain adalah muktamad dan dipersetujui oleh Panel Syariah.
2.Semua program PBC wajib melalui Kelab Resmi (KPA, KPU,KPT dan KPSabah dan Serawak). PBC yang dibuat tanpa endorse oleh kelab tidak akan di terima. Ini kerana kita mahukan program PBC di kemaskinikan. Sila patuhi peraturan PBC. (Surat Resmi akan di keluarkan oleh En Kamal)
3.Semua PJS yang di lantik di wajibkan untuk mengikuti arahan semasa Kelab. Sebagai contoh tugasan PBC, Kelas mingguan dan program setempat. Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan status S. Saya mendapati terdapat PJS yang tidak mematuhi pandangan Presiden Kelab.
4. PJS juga di wajibkan untuk menghadiri progam KPJ setempat. Pengurus Zon sila daftar kehadiran PJS dan maklumkan pada saya.

Kita mahu melahirkan PJS yang berkualiti dan selari dengan perjalanan HPA. PJS adalah tulang belakang kepada para pemimpin.

PEMBUKAAN ZON UTARA DI SP

. Friday, June 19, 2009
0 comments

Alhamdulillah, Zon Utara kini memiliki gudang dan operasi seperti zon lain. Dibawah pentadbiran Pn CheFadzilah Abu Kasim, adalah diharapkan ia dapat mempercepat dan melicinkan lagi pengurusan dan pentadbiran seluruh cawangan di zon utara. Kepada cawangan di zon utara sila maklum dan ambil perhatian dalam hal ini.

AWAS KOPI PALSU "MASTER RADIX"

. Monday, June 15, 2009
4 comments

SALAM SERIUS SELURUH WARGA HPA,
Seorang taukeh cina yang tidak bertanggung jawab telah menciplak jenama RADIX. Taukeh tersebut telah menggunakan nama MASTER RADIX. Kini terdapat di Perak, Kelantan dan Terengganu.
Mari kita perangi mereka ini dengan;
1. Maklumkan pada semua warung, kedai makan, runcit bahawa KOPI MASTER RADIX adalah palsu.
2. Minta mereka jangan jual kopi tersebut.
3. Maklumkan pada cawangan terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Ayuh mari berjihad pertahankan produk Muslim...

Lanjutan isu larangan beli atas nama Agen Stok

.
3 comments

GM sekali lagi menegaskan bahawa penggunaan nama agen stok semasa pembelian barang adalah di larang sama sekali. Saya mengingatkan staf cawangan supaya mematuhi arahan tersebut.
Kepada para peserta PBC, disini cadangan bagi penyelesaian masaalah tersebut;

1. Pembelian yang dilakukan di cawangan oleh pengedar pada bulan sebelum hadzir ke PBC adalah diambilkira sebagai pembelian bersyarat untuk melayakan beliau naik pangkat. Contoh - A masuk pbc bulan jun09. A dah buat pembelian 150NM pada bulan Mei09 di cawangan dan menerima bonus sebanyak rm15.00. Lalu A membuat pembelian lagi sebanyak 150nm pada bulan jun09 dan ini akan melayakannya menerima bonus RM30+BPS serta berpangkat PLX. Kita cuma benarkan tempoh dua bulan pembelian 300NM biarpun berapa kali pembelian. Ini akan menyelesaikan banyak masalah. rungutan pemimpin cuma sebab tak boleh simpan, kalau beli di cawangan dianggap sebagai simpanan semua masalah boleh selesai.

2. Kalau lepas masuk pbc pada bulan jun09 baru A membuat pembelian - contoh 100nm pada bulan jun A akan terima bonus RM10.00 untuk bulan jun. Pada bulan julai A perlu buat pembelian pula sebanyak 200nm dan menerima bonus rm40+BPS.

Apa yang penting peserta PBC perlu menghantar borang PINK dan salinan inbois yang membuktikan telah mengumpulkan 300NM dalam jangka waktu 2 bulan. Sila pastikan salinan inbois di photokopi untuk simpanan rekod peribadi.
Saya rasa ini satu perkara yang praktikal untuk dilakukan dan boleh menyelesaikan masalah di kedua2 belah pihak. Isu yang berbangkit bukannya pembelian 300NM dalam satu invois tetapi bagaimana mengumpulkan 300NM kedalam satu bulan.
Selepas kenyataan ini GM berharap tiada lagi permasalahaan akan timbul.

INFO TAMBAHAN: KEPADA SEMUA PENGEDAR YANG INGIN MENDAPATKAN PENYATA BONUS BULANAN SECARA EMAIL SILA HANTAR ALAMAT EMAIL ANDA PADA awm.mis@gmail.com

SAMBUNGAN ISU LARANGAN BELIAN ATAS AGEN STOK

. Saturday, June 13, 2009
0 comments

Terima kasih pada tuan/puan yang menelefon, sms, email dan melakukan komen dalam blog saya.
Sebenarnya apa yang HQ lakukan adalah semata-mata untuk mengurus tadbir perjalanan pengurusan syarikat. Hq tidak ingin agen stok yang banyak di negara tetapi tiada stok.
Ada yang mengatakan larangan ini merumitkan peserta PBC adalah tidak benar sama sekali.

Bagi pengedar yang hendak maintain nilaimata PBC
1. Boleh beli di mana-mana cawangan dan agen stok sebanyak NM 300 bila-bila masa dalam bulan yang sama dan dapatkan salinan invois
2. Sebelum menghantar borang pink dan salinan hendaklah diphotastat terlebih dahulu borang pink dan salinan invois sebagai bukti salinan .
3. Borang pink dan salinan invois tersebut boleh di pos sendiri atau dikirim melalui cawangan .

Mengenai sesiapa yang ingin memohon sebagai agen stok khususnya Pusat Jualan, Gm telah nyatakan lebih awal dulu bahawa sesaorang yang berhasrat menjadi pusat jualan perlu melihat kepada beberapa faktor dan diantaranya adalah kekuatan rangkaian dan memudahkan rangkaian khususnya mendapatkan produk disamping melayan di luar rangkaian. Kekuatan Pusat Jualan tidak boleh bergantung pada rangkaian luar semata-mata. Bonus Jualan Stok tidak boleh diharap menampung kerani, letrik, api, air, minyak, sewa dan sebagainya.
Mengenai isu "bonus agen stok atas angin" adalah suatu realiti tidak sihat berlaku dikalangan agen stok. Gm sendiri melihat sebahagian besar agen stok yang melakukan tindakan sedemikian.
Jadi sesuatu yang tidak sihat kita wajar rawati dan semasa rawat semestinya ada yang merasai kesakitannya. Namun penderitaan tersebut tidak akan parah selamanya. Keadaan akan kembali kepada normalnya.
Perjuangan tetap diteruskan walau dalam apa keadaan sekali pun....

KENYATAAN RESMI GM MENGENAI ISU TIDAK BOLEH MEMBELI PRODUK ATAS NAMA AGEN STOK(KHUSUS UNTUK MALAYSIA)

. Friday, June 12, 2009
4 comments

SALAM SELURUH WARGA HPA MALAYSIA.
SETELAH SURAT ARAHAN DI KELUARKAN MENGENAI LARANGAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN AGEN STOK, SAYA MENDAPATI RAMAI RUNGUTAN YANG MENGATAKAN KENAPA ARAHAN INI DI KELUARKAN.
BERIKUT ADALAH KENYATAAN RESMI DARI SAYA.
1. KITA MENDAPATI KEBANYAKAN AGEN STOK MENGHANTAR LEWAT LAPURAN KERANA TERPAKSA MENUNGGU INBOIS PEMBELIAN DARI PENGEDAR YANG MEMBELI ATAS NAMA MANA-MANA AGEN STOK. INI MENYULITKAN KERJA DI BAHAGIAN MIS.BILA BERLAKU APA YANG DIKATAKAN "SISTEM TUKAR INBOIS", MAKA AKAN BERLAKULAH BANYAK KESILAPAN DAN AKHIRNYA KITA MENERIMA TERLALU BANYAK RUNGUTAN DARI PENGEDAR PBC YANG TIDAK MENDAPAT BONUS.
2. SEBAHAGIAN BESAR AGEN STOK TERMASUK JUGA PUSAT JUALAN DIDAPATI TIADA STOK YANG SEPATUTNYA, SEBALIKNYA MENGGUNAKAN STOK CAWANGAN DAN MENGARAHKAN STAFF CAWANGAN MEMBUKA INBOIS BAGI PIHAK MEREKA.
4. BAGI PENGEDAR YANG TERLIBAT DENGAN PBC, BOLEH MEMBELI DALAM JUMLAH BERPERINGKAT DI MANA-MANA CAWANGAN ATAU AGEN STOK BAGI MENCUKUPKAN 300NM.(TIDAK PERLU MEMBELI SEKALI GUS).TIDAK TIMBUL PERLU MENGGUNAKAN HANYA SATU AGEN STOK.
SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SAYA BERHARAP SEMUA AGEN STOK SEHARUSNYA MEMILIKI STOKNYA YANG TERSENDIRI DAN TIDAK HANYA BERPERANAN MENGGUNAKAN MEREKA YANG DATANG MEMBELI DI CAWANGAN.
GM AMAT BERHARAP SELEPAS INI TIDAK AKAN UJUD APA YANG DIKATAKAN "AGEN STOK ATAS ANGIN" DAN HANYA MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MERAIH BONUS JUALAN STOK.
WASALLAM

BILA KOPI RADIX UDAH MASUK KE INDONESIA

.
0 comments

KINI SAMPAI WAKTU DAN KETIKANYA, PARA PJS, LEADER, AGEN STOK & DISTRIBUTOR DI INDONESIA MENGAMBIL PELUANG UNTUK SAMA-SAMA BERUSAHA MEMPERTINGKATKAN OMSET PENJUALAN DI INDONESIA. DI TAMBAH DENGAN BEBERAPA PRODUK BARU DAN INSYALLAH PADA WAKTU AKAN DATANG AKAN ADA LAGI PRODUK BARU KE INDONESIA. SAYA INGIN MEMBERIKAN SUATU TANTANGAN DAN CABARAN PADA SELURUH PJS INDONESIA SUPAYA DALAM SELEWATNYA HUJUNG TAHUN INI, KOPI RADIX UDAH ADA DI WARUNG MAKAN, RUMAH MAKAN, WARUNG SEMBAKO DAN SEBAGAINYA. AYUH......

BAHANG KONVEK YANG SUDAH MULA DI RASAI

. Wednesday, June 10, 2009
0 comments

HANYA SEBULAN LEBIH LAGI ACARA KONVEK AKAN BERMULA. SIAPAKAH YANG AKAN MENERIMA ANUGERAH ANUGERAH YANG DISEDIAKAN.
HQ DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMOHON SUPAYA SEMUA KOMUNITI & KELAB YANG DI TADBIR OLEH PARA PJS SEGERA MENGATUR PENGURUSAN PERJALANAN DAN KEHADIRAN RANGKAIAN ANDA SEMUA KE KONVEK.

DARI MECCA

. Wednesday, June 3, 2009
0 comments

SALAM SEMUA SEKALI
Syukur kami semua selamat sampai di Madinah dan Mekah. Sekarang kami berada di Mekah. Cuaca panas kering. GM lakukan Umrah pada waktu malam kerana anak-anak tak tahan dengan panas.
KOPI dah masuk di Indonesia. Insyallah tak akan ada masaalah lagi selepas ini. Tahniah pada kumpulan staff Malaysia yang menguruskan dengan baik keasukan Kopi Radix ke Indonesia. Kejayaan PT HPA Nusantara sudah menampakan hasil. Diharap semua pihak dapat memahami situasi keadaan dan lakukan kerja secara team work. Bersatu membuang apa yang kurang dan berkongsi pengalaman dan kerja pasti membawa hasil.
Waasallam

Share

Share |