SEKILAS PANDANG MENGENAI LARANGAN PEMBELIAN AGEN STOK

. Tuesday, June 23, 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Salam semua sekali para warga HPA Malaysia;
GM berharap isu ini dapat di fahami dengan jelas dan positif. GM telah merujuk hal ini kepada Panel Syariah dan Pengarah Urusan sebelum ini.
Kita renung kembali kenapa PBC itu di laksanakan suatu masa dulu. Diantaranya adalah satu jalan pintas kenaikan pangkat yang kalau cara biasa adalah pengumpulan 1501NM timbunan berkumpulan tanpa had aras dan waktu.
Tujuan PBC adalah untuk melahirkan sebenarnya usahawan yang sukses. Sesaorang usahawan perlu dipersiap dan mempersiap diri mengubah cara kerja dengan menyertai program PBC serta melengkapkan 300NM dalam waktu 2 bulan.
Namun sebahagian para pemimpin yang melakukan mungkin niat yang baik dengan membenarkan bakal peserta PBC mencukupkan 300NM mengikut sesuka hati malah ada yang sampai lebih dari satu tahun. Setelah mencukupkan 300 NM, maka peserta tersebut di tawarkan menyertai PBC.
Suka GM ingatkan bahawa kalaulah cara ini di biarkan berterusan maka akan lahir peserta PBC yang tidak berkualiti. Kita ingin lahirkan kepada mereka yang benar serius mahu jadi usahawan.
Sehubungan dengan ini saya memberi peringatan kepada seluruh PJS supaya mematuhi keputusan tribunal dan mempositifkan segala keadaan.

6 comments:

joe penang said...

Saya bimbang. Kerana tingkahlaku segelintir ejen stok/stokis habis kesemua ahli x berpeluang mengumpul mata perlahan2. Tak bolehkah
- hanya mereka yg bersalah dikenakan tindakan?

Ahli yg nak kumpul nilai mata ni pun nak pbc. Nak naik pangkat jd plx.

antara meramaikan ahli plx dengan kualiti usahawan yang mana lebih penting? Bonus leader2 juga disumbang oleh ahli yang ramai(tak berkualiti)

Mohon dipertimbangkan kembali arahan ini.

kelate said...

Fahami maksud GM.kita nak lahirkan usahawan HPA. bukan ahli hpa berpangkat PLX semata-mata

mli said...

ahli yang kumpul mata perlahan-lahan pun kene pikir gak. stokis / agen stok nak declare camner klu semua ahli yang kumpul mata sampai setahun baru cukup 300NM. klu di perhatikan semua produk2 HPA, lebih dari 100NM sebulan yang kiter pakai klu kiter gantikan semua produk luar yang belum tentu halal haram nyer di dalam rumah.

HPA bukan nak lahirkan usahawan semata-mata tapi nak semua umat islam di dunia yang barangan kiter pakai @ guna kebanyakkannyer dari sumber yang tidak halal.

sedarlah umat islam semua, kiter dah lamer kene tipu oleh barat, kiter harus bangkit. suatu ketika dulu, di zaman nabi2, org yahudi cukup gentar dengan org islam.

bersama HPA, kiter bangunkan balik umat islam. HPA - hanya pada Allah.

mli said...

pembetulan.

untuk perenggan kedua di atas,

HPA bukan nak lahirkan usahawan semata-mata tapi nak semua umat islam di dunia sedar yang barangan kiter pakai @ guna kebanyakkannyer dari sumber yang tidak halal.

-perkataan SEDAR telah tertinggal. (typing error)
mohon maaf.

Yusof Ahmad said...

GM
boleh tak beli barang melalui telefon,makna nye
saya di sp nak order brg kat ipoh,saya order melalui telepon dan bayar online.lepas tu ada org disana ambik/pos

Syed Zulfauzi said...

Assalamualaikum, saya sokong dengan pendapat musyrif. Masalah akan timbul kepada golongan yang berpedapatan rendah seperti students, pekerja kilang, petani kampung dan staf bawahan kerana mereka ini yang nak sangat melakukan side income.

Yang sudah memiliki pendapatan yang tinggi tidak mungkin ingin melakukan perniagaan ini kecuali jika mereka benar-benar ikhlas dan faham akan perjuangan HPA.

Jadi, kami daripada golongan yang berpedapatan rendah ini tidak mungkin dapat membeli 300NM dalam masa 2 bulan berturut-turut.

Solusi untuk permasalahan ini saya nampak hanya ada dua kaedah:
1)Membenarkan kami untuk mengumpul NM selama beberapa bulan semula (seperti kaedah lama) sebelum PBC.
2)Mengurangkan NM untuk dikumpulkan.

antara sebabnya kami memerlukan kewangan untuk ke PBC (yang bukan murah bg kami dari golongan berpendapatan rendah) dan 300NM tu bukanlah dengan free lunch je dapat tapi dengan duit juga yang dlm anggaran kami hampir RM800. Jdi bukan mudah untuk kami mengeluarkan RM400 sebulan mcm tu je…Harap Tn Hj Ismail dan staf-staf HPA dapat mengkaji semula arahan ini.

Sekian Terima Kasih

Share

Share |