Lanjutan isu larangan beli atas nama Agen Stok

. Monday, June 15, 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

GM sekali lagi menegaskan bahawa penggunaan nama agen stok semasa pembelian barang adalah di larang sama sekali. Saya mengingatkan staf cawangan supaya mematuhi arahan tersebut.
Kepada para peserta PBC, disini cadangan bagi penyelesaian masaalah tersebut;

1. Pembelian yang dilakukan di cawangan oleh pengedar pada bulan sebelum hadzir ke PBC adalah diambilkira sebagai pembelian bersyarat untuk melayakan beliau naik pangkat. Contoh - A masuk pbc bulan jun09. A dah buat pembelian 150NM pada bulan Mei09 di cawangan dan menerima bonus sebanyak rm15.00. Lalu A membuat pembelian lagi sebanyak 150nm pada bulan jun09 dan ini akan melayakannya menerima bonus RM30+BPS serta berpangkat PLX. Kita cuma benarkan tempoh dua bulan pembelian 300NM biarpun berapa kali pembelian. Ini akan menyelesaikan banyak masalah. rungutan pemimpin cuma sebab tak boleh simpan, kalau beli di cawangan dianggap sebagai simpanan semua masalah boleh selesai.

2. Kalau lepas masuk pbc pada bulan jun09 baru A membuat pembelian - contoh 100nm pada bulan jun A akan terima bonus RM10.00 untuk bulan jun. Pada bulan julai A perlu buat pembelian pula sebanyak 200nm dan menerima bonus rm40+BPS.

Apa yang penting peserta PBC perlu menghantar borang PINK dan salinan inbois yang membuktikan telah mengumpulkan 300NM dalam jangka waktu 2 bulan. Sila pastikan salinan inbois di photokopi untuk simpanan rekod peribadi.
Saya rasa ini satu perkara yang praktikal untuk dilakukan dan boleh menyelesaikan masalah di kedua2 belah pihak. Isu yang berbangkit bukannya pembelian 300NM dalam satu invois tetapi bagaimana mengumpulkan 300NM kedalam satu bulan.
Selepas kenyataan ini GM berharap tiada lagi permasalahaan akan timbul.

INFO TAMBAHAN: KEPADA SEMUA PENGEDAR YANG INGIN MENDAPATKAN PENYATA BONUS BULANAN SECARA EMAIL SILA HANTAR ALAMAT EMAIL ANDA PADA awm.mis@gmail.com

3 comments:

PUSAT LATIHAN & RAWATAN HOLISTIK NURUL IMAN said...

Salam GM

Maknanya utk peserta PBC kumpul 300NM bole dibuat dengan cara:

1-beli runcit2 drpd cwgn dan agen stok; atau
2-beli dari cwgn shj atau
3-beli dari agen stok shj;

asalkan dalam tempoh tidak melebihi masa 2 bulan

GM said...

salam,
bole beli pada mana2 agen stok(cawangan atau stokis).Pastikan borang PINK di hantar dan kepilkan inbois pembelian. cukupkan 300NM dalam jangka waktu 2 bulan

Syed Zulfauzi said...

Assalamualaikum, saya sokong dengan pendapat musyrif. Masalah akan timbul kepada golongan yang berpedapatan rendah seperti students, pekerja kilang, petani kampung dan staf bawahan kerana mereka ini yang nak sangat melakukan side income.

Yang sudah memiliki pendapatan yang tinggi tidak mungkin ingin melakukan perniagaan ini kecuali jika mereka benar-benar ikhlas dan faham akan perjuangan HPA.

Jadi, kami daripada golongan yang berpedapatan rendah ini tidak mungkin dapat membeli 300NM dalam masa 2 bulan berturut-turut.

Solusi untuk permasalahan ini saya nampak hanya ada dua kaedah:
1)Membenarkan kami untuk mengumpul NM selama beberapa bulan semula (seperti kaedah lama) sebelum PBC.
2)Mengurangkan NM untuk dikumpulkan.

antara sebabnya kami memerlukan kewangan untuk ke PBC (yang bukan murah bg kami dari golongan berpendapatan rendah) dan 300NM tu bukanlah dengan free lunch je dapat tapi dengan duit juga yang dlm anggaran kami hampir RM800. Jdi bukan mudah untuk kami mengeluarkan RM400 sebulan mcm tu je…Harap Tn Hj Ismail dan staf-staf HPA dapat mengkaji semula arahan ini.

Sekian Terima Kasih

Share

Share |