KEPADA ZON, CAWANGAN DAN GUDANG HQ

. Saturday, June 27, 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Salam,
1. GM memohon semua zon sentiasa memastikan persiapan produk di semua cawangan. Gudang Induk, Pengurus Zon dan Pengurus Cawangan dikehendaki sensitif akan masaalah ini. Pengurus yang bijak adalah pengurus yang mampu membuat keputusan yang baik. Ada ketika kita menggunakan kontener untuk penghantaran ke zon, ada ketika kita menggunakan lori HPA dan ada ketika produk yang urgent dan sememangnya produk tersebut di kenali sebagai "killer product" kita harus melakukan penghantaran segera( melalui kurier). Jangan hanya tunggu dan lihat. Saya rujuk kepada beberapa masaalah yang berlaku di Zon Sabah dan Sarawak baru-baru ini. Diharap jangan di ulangi lagi.
2. Kita seharusnya berwaspada di kala kita sedang bergelut dan berjuang mempertingkatkan jualan, ada anasir-anasir fitnah yang menyamar menggunakan email seakan-akan email cawangan. Contoh saya menerima email add: hpa_semabok@yahoo.com yang kononnya datang dari cawangan semabok. Tujuan email ini adalah untuk melakukan porak pranda di kalangan kita. Mereka ini lupa amaran Allah bahawa fitnah itu lebih dasyat dari membunuh. Fitnah haram di lakukan walaupun kononnya untuk kebaikan. Matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara. Kepada penghantar email ini sila tampil dan mohon maaf sekiranya tidak mau di persoal di akhirat.
3. Sehubungan dengan ini, saya berharap komunikasi Gudang HQ, Zon dan Cawangan perlu di perkuatkan lagi bagi memastikan pengurusan kita semua berjalan lancar.
Wasallam

1 comments:

Abd Halim Said said...

Salam tuan.
Krisis ubat gigi di Selatan dah kembali ke ? Betul kata tuan tu , pengurus yang bijak adalah seorang yang mampu membuat keputusan yang baik. Bekalan ubat gigi sepatutnya tidak boleh terputus sekiranya perancangan yang baik dapat dibuat. Tempohari sudah berlaku krisis ubat gigi dan kini ianya kembali buat kali kedua.

Share

Share |