KENYATAAN RESMI GM MENGENAI ISU TIDAK BOLEH MEMBELI PRODUK ATAS NAMA AGEN STOK(KHUSUS UNTUK MALAYSIA)

. Friday, June 12, 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

SALAM SELURUH WARGA HPA MALAYSIA.
SETELAH SURAT ARAHAN DI KELUARKAN MENGENAI LARANGAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN AGEN STOK, SAYA MENDAPATI RAMAI RUNGUTAN YANG MENGATAKAN KENAPA ARAHAN INI DI KELUARKAN.
BERIKUT ADALAH KENYATAAN RESMI DARI SAYA.
1. KITA MENDAPATI KEBANYAKAN AGEN STOK MENGHANTAR LEWAT LAPURAN KERANA TERPAKSA MENUNGGU INBOIS PEMBELIAN DARI PENGEDAR YANG MEMBELI ATAS NAMA MANA-MANA AGEN STOK. INI MENYULITKAN KERJA DI BAHAGIAN MIS.BILA BERLAKU APA YANG DIKATAKAN "SISTEM TUKAR INBOIS", MAKA AKAN BERLAKULAH BANYAK KESILAPAN DAN AKHIRNYA KITA MENERIMA TERLALU BANYAK RUNGUTAN DARI PENGEDAR PBC YANG TIDAK MENDAPAT BONUS.
2. SEBAHAGIAN BESAR AGEN STOK TERMASUK JUGA PUSAT JUALAN DIDAPATI TIADA STOK YANG SEPATUTNYA, SEBALIKNYA MENGGUNAKAN STOK CAWANGAN DAN MENGARAHKAN STAFF CAWANGAN MEMBUKA INBOIS BAGI PIHAK MEREKA.
4. BAGI PENGEDAR YANG TERLIBAT DENGAN PBC, BOLEH MEMBELI DALAM JUMLAH BERPERINGKAT DI MANA-MANA CAWANGAN ATAU AGEN STOK BAGI MENCUKUPKAN 300NM.(TIDAK PERLU MEMBELI SEKALI GUS).TIDAK TIMBUL PERLU MENGGUNAKAN HANYA SATU AGEN STOK.
SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SAYA BERHARAP SEMUA AGEN STOK SEHARUSNYA MEMILIKI STOKNYA YANG TERSENDIRI DAN TIDAK HANYA BERPERANAN MENGGUNAKAN MEREKA YANG DATANG MEMBELI DI CAWANGAN.
GM AMAT BERHARAP SELEPAS INI TIDAK AKAN UJUD APA YANG DIKATAKAN "AGEN STOK ATAS ANGIN" DAN HANYA MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MERAIH BONUS JUALAN STOK.
WASALLAM

4 comments:

Abd Halim Said said...

Pertamanya tahniah atas usaha membendung aktiviti tidak sihat dalam syarikat tapi surat yang diterima serentak oleh kami(tidak seperti bayaran bonus yg semakin merosot prestasinya)tidak jelas apa yang hendak dinyatakan dan disampaikan apa motif sehingga kami tidak tahu hujung pangkalnya.Keduanya pihak syarikat menyedari berlakunya aktiviti tidak sihat oleh segelintir agen stok dan "pemimpin" tapi tidak berani mengambil tindakan sebaliknya mengiakan bidalan melayu "Kerana kerbau seekor membawa lumpur ......" Kenapa ? dan Kenapa ? Kenapa mereka yang "ikhlas" menjadi mangsa kesulitan sedangkan yang menyusahkan masih dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan. Kenapa perkara yang mudah di susahkan ? Ketiganya bagaimana ahli pbc boleh membeli utk kumpul 300 nm drp pelbagai tmp sdgkan kertas pink perlu dihtr dgn satu invois. Mungkin boleh dilaksanakan dgn pihak HQ mengumpulkan nm yang dibeli oleh ahli (accumulate) setiap belian dn apabila cukup 300 nm dlm tempoh 2 bln maka naik pangkat dgn serta dan kertas pink dihtr sebagai bukti kehadiran ?? Harap dapat penjelasan lanjut.Keempatnya "Bonus Atas Angin" Kenapa ianya berlaku ? Berapa banyak jumlah yang dibelanjakan oleh syarikat untuk bayar "Bonus Atas Angin" Berapa ramai agen stok yang dah berjaya meraih pendapatan lumayan dengan menjadi agen stok ?? Contohnya - PAJ: Jualan sebulan 70K. Bonus stokis antara 1.5K - 1.7K Bayaran ansuran kedai 1.1K , Bil api air + telefon RM250 , Minyak kereta? Makan Minum dll ? Tak berbaloi tapi kenapa masih bertahan bersama HPA ?? Jawapannya kerana "PERJUANGAN" ... Akhirnya mohon maaf sekiranya ada yang terguris dan menguris. Luahan ini muga dapat difikirkan oleh pihak syarikat agar dapat membantu agen stok menjadi usahawan muslim yang berjaya. Pendekatan yang diambil oleh syarikat seolah-olah tidak membantu agen stok yang ikhlas membina kejayaan. Jangan kerana jualan dah meningkat sumbangan agen stok yang kerdil ini dilupakan.

crewradix said...

Salam..
Sedikit info apa yg berlaku Dlm MLM pada masa ini...Ini berlaku dlm semua syarikat MLM tak terkecuali juga HPA yg berteraskan syariah...
Kepentingan diri sendiri dlm industri MLM,ramai yg ditemui lebih mementingkan diri sendiri dari kepentingan org lain.akibatnya ramai yg gagal berbanding yg berjaya di dalam industri MLM.Ramai juga yg hanya berlakon sebagai usahawan MLM yg berjaya,hakikatnya jauh sekali dari kejayaan.
Ini kerana mementingkan diri sendiri adalah dilarang sama sekali dalam Industri MLM.Bahagian kita ,kejayaan kita memang telah tersedia,dan tak perlu dirisaukan selagi kita mengutamakan kepentingan org lain..
Bantu tajaan-tajaan di dalam kumpulan anda menikmati kejayaan terlebih dahulu-kejayaan anda akan terjamin,datang secara natural dan berpanjangan.
sebaliknya,sekiranya hanya memikirkan kejayaan diri sendiri tanpa mempedulikan kejayaan mereka yg berada di dlm kumpulan anda pasti sekali anda akan hanya beroleh kegagalan dan berada di dalam dunia lakonan MLM.
Akhir sekali orang yang mementingkan diri sendiri tempatnya di pulau terpencil bukan didalam industri MLM apatah lagi MLM syariah yg dilaung-laungkan oleh HPA INDUSTRIEIS.Jika ada undang2 yang menghalang mereka ini mesti dihalang dari menyertai Industri MLM selama-lamanya kerana mereka adalah sebahagian dari makhluk PEROSAK Industri MLM tak terkecuali juga MLM(SYARIAH).Malang sekali SYARIAH hanya sekadar DLM KURUNGAN.HPA dan PJS masih kabur lg dalam halatuju MLM(Syariah).Panel syariah bukan sekadar gimik atau kosmetik sahaja.
Umumnya perniagaan MLM adalah suatu sistem pemasaran yg lebih menekankan kpd 'PENGKADERAN' daripada penjualan produk.Ia lebih banyak menjual 'HARAPAN' dan menjanjikan kekayaan dan kebebasan kewangan dalam pendekatan kepada para pengedar dan org ramai.Pihak HPA tidak harus mengikut kaedah ini.PJS PUN MASIH KABUR KONSEP 6M DAN MULTI LEVEL MARKETING.

Sekadar menumpang mencari sedikit pendapatan halal bersama HPA...RadixCrew...

crewradix said...

15 jun,isnin di cawangan ipoh jam 5 ptg.pjs-pjs dan pj-pj di perak wajib hadir.sy dah maklum pd GM dan PU.Tribunal KPA akn bentuk jk pbc IPOH Mesej KPA(PJS HAFIZAN FAUZI)kepada pemimpin HPA d PERAK.Adakah satu arahan!!!MLM adalah satu kerjaya yg bebas!!!mengapa pihak Syarikat HPA tidak keluarkan surat pekeliling atau memo kpd pemimpin di perak untuk penjelasan yg lebih detail dan boleh mengelakkan fitnah.Apa perlu bentuk jk pbc di perak???Disini sy harap pihak GM,PU dan Panel Syariah HPA dapat hadir pd meating anjuran KPA ini.Kpd PJS-PJS anda perlu bersatu dgn GROUP anda dulu,sebelum anda boleh bersatu dgn GROUP lain..
'wahai org2 beriman,jgnlah kamu memakan harta2 sesama kamu melalui jalan yg batil,kecuali melalui perniagaan secara saling meredhai antara kamu'.
-Jln yg batil merangkumi semua jalan yg dilarang Syarak seperti riba,Perjudian,Rasuah,RAMPASAN,Penipuan dan sebagainya.

Maaf jika terdapat kesilapan atau menyinggung mana-mana pihak...

fajria said...

apakah berlaku pula di indon?

Share

Share |