Terima kasih pada tuan/puan yang menelefon, sms, email dan melakukan komen dalam blog saya.
Sebenarnya apa yang HQ lakukan adalah semata-mata untuk mengurus tadbir perjalanan pengurusan syarikat. Hq tidak ingin agen stok yang banyak di negara tetapi tiada stok.
Ada yang mengatakan larangan ini merumitkan peserta PBC adalah tidak benar sama sekali.
Bagi pengedar yang hendak maintain nilaimata PBC
1. Boleh beli di mana-mana cawangan dan agen stok sebanyak NM 300 bila-bila masa dalam bulan yang sama dan dapatkan salinan invois
2. Sebelum menghantar borang pink dan salinan hendaklah diphotastat terlebih dahulu borang pink dan salinan invois sebagai bukti salinan .
3. Borang pink dan salinan invois tersebut boleh di pos sendiri atau dikirim melalui cawangan .
Mengenai sesiapa yang ingin memohon sebagai agen stok khususnya Pusat Jualan, Gm telah nyatakan lebih awal dulu bahawa sesaorang yang berhasrat menjadi pusat jualan perlu melihat kepada beberapa faktor dan diantaranya adalah kekuatan rangkaian dan memudahkan rangkaian khususnya mendapatkan produk disamping melayan di luar rangkaian. Kekuatan Pusat Jualan tidak boleh bergantung pada rangkaian luar semata-mata. Bonus Jualan Stok tidak boleh diharap menampung kerani, letrik, api, air, minyak, sewa dan sebagainya.
Mengenai isu "bonus agen stok atas angin" adalah suatu realiti tidak sihat berlaku dikalangan agen stok. Gm sendiri melihat sebahagian besar agen stok yang melakukan tindakan sedemikian.
Jadi sesuatu yang tidak sihat kita wajar rawati dan semasa rawat semestinya ada yang merasai kesakitannya. Namun penderitaan tersebut tidak akan parah selamanya. Keadaan akan kembali kepada normalnya.
Perjuangan tetap diteruskan walau dalam apa keadaan sekali pun....
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana Meninggalkan Mesej